7 Hari: Ayah Sayang Kamu

Salam Hari Vesak, para pembaca setiaku? Adakah anda semua enlightened?

Episod ke-enam 7 Hari bertajuk Ayah Sayang Kamu ini ada pelakon dari Melaysia you alls! Pemenang Pelakon Terbaik Pesta Watak Utama Perdana 2017 Beto Kusyairy!

Turut dibintangi bae Shenty Feliziana, bae Sheiryn Aisiqa, Ayden Faisal, Junaidi Sali dan Shahril Wahid, episod ini mengisahkan cinta seorang ayah terhadap anaknya (atau mungkin bukan anaknya??) kerana cinta ibu amatlah mainstream.

Rumusan:

Borhan dan Sarah sudah berpisah kerana Sarah main kayu tiga. Anak mereka Nabil, tinggal bersama Borhan dan amat merindui ibunya. Nabil tidak begitu serasi dengan makwe baru Borhan, Diana. Pada masa yang sama, Diana pun rasa macam Borhan terlalu mementingkan Nabil. Nabil diculik semasa Borhan dan Diana berdating dan semuanya huru-hara. Borhan bongok dan ingin memberi penculik itu wang tebusan, dia tidak ingin melaporkan ini kepada polis. Sarah menyalahkan Borhan atas kejadian ini dan memberitahu Borhan bahawa bapa kandung Nabil mungkin bukan Borhan kerana Borhan ye-ye-oh jadi Pak Sanggup tanpa pengetahuannya.

Plot twist: si penculik merupakan pakwe Sarah kerana pakwe tu ada hutang keliling pinggang. Namun, si pakwe tu ada sikit psycho jadi dia pun cederakan Sarah dan kongkongkan Sarah dan Nabil di dalam satu bilik. Sarah mula rasa menyesal kerana berkomplot dan bersubahat dalam menculik anaknya. Mereka pun melarikan diri kerana seperti adegan culik dalam drama-drama lain, pasti ada benda tajam yang terletak di dalam bilik tersebut. Klisye. Dengan benda tajam itu, mereka potong tali dan terus ke rumah Borhan. Borhan bersama beg plastik hitam bergelut dengan si penculik dan tumbuk puas-puas. Mujur Nabil selamat dan Sarah menyerahkan diri di balai polis. Si penculik itu ditangkap.

Kini, Diana dan Nabil dah macam sepasang rakan karib. Surat pemeriksaan DNA tiba tetapi Borhan tidak ingin membaca keputusan pemeriksaan itu dan membakar surat itu. Sia-sia kau bayar.

84127911


Saya amat menyukai drama ini kerana lakonan Beto memang bermutu dan meyakinkan ya, tidak menghampakan. Kalau boleh, saya ingin melihat more of Shenty, please! Saya juga suka akan jalan ceritanya dan juga motivasi di sebalik penculikan yang dilakukan. Cuma, kenapa setiap adegan culik di dalam sesebuah drama, pasti si penculik kata jangan lapor polis abeh si bapak/mak penculik tak laporkan eh????  Bodoh or what sak. Serta adegan di mana mereka melepaskan diri. Kenapa selalu ada benda tajam?? Sungguh membosankan siak. Si penculik pun tak tahu nak kunci pagar ke??? Patutlah dia mintak wang tebusan sikit je sebab kemahiran dia dalam bidang culik-menculik amatlah cetek.

Saya agak kecewa kerana ia drama antologi. Would love to see it into a full series drama ah. Saya rasa boleh go far sebab ini menyentuh isu cinta seorang ayah. Selalunya kita lihat pengorbanan ibu la apa la, ayah yang mendera anak. Ni lain; seorang ayah yang akan melakukan apa sahaja manakala ibu berfoya-foya. Lagipun, adakah ayah itu benar-benar ayahnya??? Huh tu yang membuat drama ini lagi feels ah sebab dah sayang anak gitu.

Pada saya, ia akan lebih bermakna jika Borhan membaca keputusan pemeriksaan DNA itu kerana apa pun jawapannya, saya pasti dia akan menyayangi Nabil seperti anaknya sendiri. But then again, itulah sebab mengapa dia membakar kertas itu kan. Tapi dah bayar seh. Takkan tak ada curiousity langsung?

tumblr_ls5sdaguqj1qfwo9uo1_400

Walaubagaimanapun, yang pasti kita semua ada satu Ayah.

tumblr_olp8gfb2qf1tqokhlo1_500

(I’m getting stoned for this)

Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s