Salam Hari Ibu, wahai para pembaca setiaku yang mempunyai naluri ibu.
Seperti tahun-tahun yang lepas, Suria menayangkan telemovie khas sempena Hari Ibu.
Kalau tahun lepas ia bertajuk Kasih Tiana, tahun ini tajuknya Kerana Kasih pula. Kenapa? Sebab tiada siapa yang nak kasi(h) idea. Dan, jika dibandingkan dengan tahun lepas, tahun ini penerbitnya ada waras sedikit. Pada Kasih Tiana, penerbit letakkan nama sebagai “Wahyu Rahman (MissHyu™)”, tahun ini hanya “MissHyu”. Nampaknya, dia sudah lebih siuman. Or is it?
Dibintangi Suhaillah Salam, Sani Hussin (AGAIN but not complaining), Freda Mel, J. Rosmini, Jeff Catz, Nurul Akhmar, Adlina Adil dan ramai lagi, telemovie ini mengisahkan kehidupan seorang ibu tunggal yang mempunyai autisme.
Apabila saya terbaca sinopsis kisah ini di Fesbuk Suria, saya fikirkan ada typo la eh sebab Suria is always having typos ha ha ha. Saya sangkakan bahawa watak Suhaillah Salam seorang ibu yang mempunyai anak autistik tetapi bukan, Suria tidak membuat typo. #shook! Itu juga membuat saya lebih teringin untuk menonton telemovie ini kerana saya rasa ia pertama kali kita lihat watak ibu autistik di TV. Jom, kita lihat apa yang terjadi!
Pada adegan-adegan permulaan ini kita serba sedikit dapat meneka bahawa Khadijah atau Eja merupakan individu yang lain daripada orang-orang biasa. Eja tidak dapat mengluahkan dirinya secara normal. Dari situ kita dapat mengenal pasti bahawa dia mempunyai autisme. Eja tinggal bersama anaknya Syakilla dan juga ibunya, Nek Mah. Walaupun hidup sederhana, mereka kelihatan bahagia.
Ini Cikgu Azhar, guru tuisyen Syakilla. Saya kurang pasti mengapa Cikgu dan Eja begitu mesra dan rapat sekali.
Ini pula rakan-rakan baik Eja. Mereka sentiasa menolong Eja jika Eja memerlukan bantuan. Saya akan membincangkan perwatakan mereka dan persahabatan mereka bertiga sebentar nanti.
Ini pula anak Cikgu. Cikgu tidak lagi duduk sebumbung dengan isterinya kerana sedang berdepan dengan masalah rumahtangga.
Isteri Cikgu, seorang peguam, selalu sibuk di kerja sehinggakan tiada masa untuk luangkan bersama keluarga.
Bekas suami Eja, Sulaiman (Leman) tiba-tiba muncul di rumah Eja.
Eja ternampak Leman di bawah blok. Dia amat terkejut dan takut.
Eja paranoid dan meminta pertolongan ibunya.
Anak Cikgu akan mewakili Singapura tetapi ibunya tidak tahu.
LOL Suria kenapa kau suruh adik-beradik ni belakon dalam satu scene urgh. Sekurang-kurangnya, suruhlah kakak dia toleh belakang or what, so tak nampak muka seiras.
Eja terserempak dengan Leman. Syakilla ingin sangat tahu siapa lelaki ini tetapi Eja merahsiakannya.
Isteri Leman, Nina menelefon Leman untuk memberitahu bahawa mereka tidak mahu maid. K lah, this is just a scene untuk memberitahu penonton bahawa Leman mempunyai anak yang sakit.
Eja memberitahu Syakilla bahawa dia masih ada seorang ayah.
Ermz. Leman berpisah dengan Eja kerana Leman malu mempunyai isteri “gila”. Ermz??????? LOL ni tak masuk akal tau huh. Kalau kau dah buat keputusan untuk kahwin dengan dia means kau cintakan dia walau apa pun kan?? Kau takkan kisahkan apa kawan kau cakap pe. I’m sure your friends said this bila kau belum kahwin tapi kau tetap kahwin sebab cinta kan??? Abeh now kata malu???? Dafuq.
Leman menjadi hero kerana menghalau budak-budak yang mengejek Syakilla.
Syakilla amat gembira kerana dapat berjumpa dengan ayahnya. Kini, dia ingin berjumpa dengan ayahnya sekerap mungkin.
Nampaknya, mereka berdua ada udang di sebalik batu. Mengapa Nina ingin Leman rapat dengan Syakilla? Apa tujuan mereka?
Suka la tu. Tapi mak kau merana kau tak tau kan?
Leman ingin mengajak Syakilla keluar tetapi Eja tidak benarkan kerana Leman tak kenal Syakilla. Dia yang melahirkan Syakilla dan menjaga Syakilla sendiri. Tanpa pertolongan Leman.
Rakan-rakan Eja muncul dan Leman pecut.
Saya amat curious akan persahabatan mereka bertiga. Siapakah mereka kepada Eja? Rakan sekolah? Real Housewives of Punngol Street 97? Minah-minah gangster bawah blok yang sudah berubah?
Ini kerana dari segi perbualan mereka bertiga, ia jelas kelihatan bahawa rakan-rakan Eja juga sepertinya; tidak mampu berfikir secara normal. Mereka agak slow, low IQ gitu tapi EQ biasa sahaja. Jadi, adakah mereka rakan-rakan sekolah Eja dari sekolah istimewa? Dan mengapa mereka bertiga amat rapat dengan Cikgu?
Mereka bertiga bercadang untuk menulis surat perjanjian atau kontrak agar dapat mencegah Leman daripada melarikan Syakilla.
Mereka pun memberi kontrak tersebut kepada Cikgu dan ingin Cikgu memperbetulkan dan memperbaiki kontrak itu supaya mereka boleh menyaman Leman sekiranya Leman merampas Syakilla daripada Eja.
Namun, Syakilla suka meluangkan masa akan bapanya. Oleh itu, mereka tidak berhak untuk menghalang Leman berjumpa dengan Syakilla.
Eja menyuruh Leman menandatangani kontrak di mana dia harus menghantar Syakilla pulang sebelum jam 7 malam.
Leman berjaya merakam perbualan di mana Syakilla mengatakan bahawa kadang-kala dia tidak memahami kehendak Eja dan Eja mengenggam tangannya amat erat.
Puan Lawyer ini amat mementingkan status tetapi kahwin seorang cikgu. Dia tidak mengahwini seorang jantan setaraf dengan statusnya. Dia menyesal. Hahaha. Cerita ni agak merepek eh? Dah la satu dulu kahwin wanita autistik abestu menyesal. Abeh ni kahwin cikgu dan menyesal. Kan baik kalau tak kahwin?? Atau kahwin orang yang padan dengan kau???? URGH.
Sesi mansplaining. Azhar ingin sangat Puan Lawyer makan malam bersama sebelum anak mereka berangkat untuk mewakili Singapura. Azhar mengatakan bahawa Puan Lawyer tidak mempunyai perasaan seorang ibu.
Melalui adegan ini juga memberitahu saya bahawa masyarakat kita masih belum begitu sedia untuk menerima hakikat bahawa isteri/ibu zaman kini ingin menjadi seorang wanita berkerjaya. Ia amat sukar untuk seorang ibu untuk pergi jauh sekiranya mereka berkerjaya kerana keluarga amat penting. Sungguh tidak adil!!! Why do we live in a patriarchal society?
Jika watak seorang bapa tidak hiraukan anaknya, ia boleh diterima sebab tugas seorang bapa adalah mencari rezeki. So, kalau dia terlepas menonton persembahan anaknya di sekolah, tak apa. Sebab bapak korbankan masa kerja cari wang. Tapi kalau seorang ibu yang lakukan sedemikian????? We just jump to conclusion and say that she’s not a good mother.
Leman mengajak Syakilla periksa darah kerana ingin pergi makan angin. Dia suruh Syakilla merahsiakan bahawa mereka ke klinik. Hmm?
Setelah mendapat tahu bahawa Leman ingin mengajak Syakilla bercuti, Nek Mah menghalau Leman. Ini kerana Leman baru sahaja ingin bermesra dengan anaknya dan kini, dia ingin bawa bercuti? Rileck sua.
Mereka menunggu Puan Lawyer.
Nama je peguam tapi bodoh. Dia dah sampai tapi taknak masuk sebab ada kerja last minute???? Urgh. Sekurang-kurangnya cakap hi ke apa, makan satu suap or what!!
She’s been SERVED!
Eja memberitahu rakan-rakannya tentang surat peguam itu dan mereka dengan segera meminta pertolongan daripada Cikgu.
Cikgu pun menerangkan surat peguam itu. Leman ingin hak jagaan penuh terhadap Syakilla.
HA HA HA HA HA That’s really bold coming from a dad who hasn’t seen his daughter for 7 years.
Eja pun memberontak dan tidak mahu Syakilla dirampas olehnya. Mereka semua janji akan menolong Eja dan tidak akan membiarkan Leman menang.
Eja memberitahu Syakilla bahawa dia tidak boleh melihat ayahnya lagi.
Kenapa mereka pergi IVF? Kenapa mereka nak anak lagi?
Kenapa si dekni nak Syakilla? Apa motif dia? Si dekni kalau nak cakap besar, pergilah culik Syakilla!!!
Leman gertak Eja dan memberitahu bahawa dia tidak mampu membayar peguam dan pasti dia akan mendapat hak jagaan.
Adegan tak perlu.
Unsur convenient dan kebetulan off the charts, Cikgu ingin isterinya mewakili Eja.
Cikgu ingin Puan Lawyer mewakili Eja kerana isterinya merupakan peguam yang terbaik yang dia kenali (duh). Dan dia ingin isterinya mengambil kes ini secara pro bono. Isterinya tidak ingin mengambil kes ini namun Cikgu berjanji akan lakukan apa sahaja jika dia mengambil kes ini.
Ekcili kes ini senang kan? Kau suruh peguam baru amek sua. Si Leman tu takkan menang sebab dia menghilang 7 tahun, so he’s not fit to be a dad. Lagipun, dia ada anak sendiri, so dia takkan ada masa untuk Syakilla. Tambahan, dia menceraikan Eja kerana autisme, ini membuktikan bahawa dia seorang yang suka discriminate!!!!
Cikgu memberitahu Eja bahawa dia sudah mendapatkan seorang peguam secara PERCUMA.
Ini adegan tak perlu pt. 2.
Abeh si lakonan mamat ni pun macam kaku? I can’t tell if he’s sarcastic or serious? “I’m so proud of you” HUH BYE SAK BYE.
Puan Lawyer menanyakan soalan-soalan yang kurang menyenangkan kepada Eja dengan cara condescending. Ini membingitkan Cikgu kerana ia seolah-olah Puan Lawyer tidak melayan Eja sebagai kliennya. Puan Lawyer juga macam judgy terhadap rakan-rakan Eja.
Walaupun soalan-soalan yang dikemukakan tadi agak menyakitkan hati, Eja akan lakukan apa sahaja asalkan Syakilla tidak dirampas.
Mereka terjumpa Leman dan Nina di kafe dan bergaduh. Nasib tak ada tumbuk-menumbuk ya. Rakan-rakan Eja macam samseng uh!
Lakonan mamat lawyer ni kaku dan saya cringe mendengar dia bercakap. Konon nak memberi impak seperti Anal-Lease Keating but sorry, kau pakai baju sampai butang ke atas tapi tak pakai tali leher, rileck sua, bro.
Mereka mempunyai bukti di mana Syakilla mengadu tentang lengannya yang sakit.
Si Puan Lawyer ni kata ada standard tapi kes senang macam ni tak boleh handle? Dia tak selidik latar belakang keluarga Leman ke? Mana tau dia ada anak berpenyakit ke…
Dia memerlukan pep talk daripada Eja untuk teruskan kes ini. URGH. Are you really a tip top lawyer????
#throwback kepada era di mana Suria was ignorant and uneducated less educated.
Cikgu berjumpa isterinya dan menyuruh isterinya melawan kes ini all out. Dia tahu mengapa isterinya tidak go all out on this case. Ini kerana dia cemburu melihat orang lain gembira. Erm, how can you even mix work with your personal life????
Setelah itu, dia pun memberitahu Eja bahawa dia akan cuba sedaya upaya untuk melawan kes ini.
Syakilla juga memberitahu bahawa dia lebih rela tinggal bersama ibunya.
OK KES CLOSED BYE BITCH THIS SHOW HAS ENDED
But no, Syakilla terlepas cakap dan memberitahu Puan Lawyer mengenai pemeriksaan darah yang dilakukan.
Akhirnya, Puan Lawyer melakukan penyelidikan penuh terhadap Leman.
Kenapa dia nak Syakilla sangat? Apa tujuan sebenar mereka berdua?
Sesi bertaubat.
Hmm..? Nina sanggup melakukan apa sahaja demi anaknya. Anak mereka sakit dan mungkin tidak akan hidup lama.
OH PATUTLAH.
LOL I tahu you marah tapi biarkan peguam berbual lah!!!!!!
Ye memang tapi adakah ia beretika???????
Eja begitu baik dan menawarkan bantuan.
Happy ending. Adegan ini membuat saya menitiskan airmata ya.
Tapi ni macam merepek eh selesaikan kes di bawah blok. Urgh stereotapi Melayu habis.
Setiap keluarga gembira seadanya yay.
Melalui telemovie ini, kita melihat 4 ibu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk anak mereka. Yes 4.
Nek Mah, seorang ibu yang akan melakukan apa sahaja untuk melindungi anaknya. Usia tidak menghalangnya daripada melakukan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu,
Puan Lawyer, seorang ibu berkerjaya yang mementingkan kerja sehinggakan lupa bahawa dia mempunyai seorang anak yang memerlukan kasih sayang seorang ibu. Namun akhirnya, dia mengetepikan kerjayanya buat seketika kerana keluarga tiada pengganti.
Nina, seorang ibu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk melihat anaknya membesar dengan sihat. Walaupun cara itu mungkin haram ataupun kurang beretika, dia sanggup melakukan pengorbanan itu kerana cinta ibu terhadap anaknya tiada batas.
Dan akhir sekali, Eja. Seorang ibu yang tidak normal. Tetapi dalam aspek keibuan, Eja amatlah sempurna. Dia bekerja tungkus lumus untuk mencari sesuap nasi untuk anaknya. Melakukan apa sahaja supaya anaknya tidak dirampas. Walaupun berdepan dengan rintangan, tidak pernah Eja mengaku kalah.
Sesungguhnya cinta ibu itu suci dan tiada tandingannya. *cue sad music dan tangisan airmata*
Kepada ibu-ibu di luar sana, SELAMAT HARI IBU!!! Dan kepada ibu-ibu yang diabaikan oleh anak-anak kerana kelakuan anda, sila REFLEK.
Tahun depan tajuk apa pula eh? Tahniah Kasih?
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)