Interns musim kedua sudah pun sampai ke kemuncaknya (or nah sebab tergantung?). Adakah anda puas hati dengan penghabisan jalan cerita drama ini yang kali ini agak malap jika dibandingkan dengan musim pertama? Soalan-soalan anda (dan juga soalan saya) dijawab dalam episod akhir atau tidak? Tanpa membuang masa, ayuh kita lihat bagaimana Azree akan memberitahu berita terkejut mengenai perletakan jawatannya itu.
Jika terlepas membaca episod lepas, klik di sini!
Episod 8
Coco bersama pekerja sepenuh masa sedang berbincang mengenai Fashion Week apabila Azree mengatakan bahawa dia tidak boleh tolong kerana ingin meletak jawatan. Bagus Azree. Semasa mesyuarat jugak kau nak buat eh? Dasar kewat lah, nak berdrama segala.
Azree pun meluahkan perasaannya yang telah dia simpan selama ini. Azree rasa bahawa dia tidak dihargai dan kemahiran serta pengetahuannya mengenai fesyen tidak dioptimumkan oleh Coco. Di Runway Rio, Azree bakal diberi jawatan tinggi. Kepala Desain (or what la). Namun, Coco tidak setuju dengan pandangan Azree. Coco menjelaskan mengapa Azree diberi jawatan “pembantu” dalam semua jawatan. Ini kerana Coco percaya bahawa Azree mempunyai bakat dan akan membuka Fashion Label tersendiri. Dengan pengalamannya menjadi pembantu dalam hampir semua jawatan, Azree akan serba sedikit belajar selok-belok dunia fesyen dari segala aspek. Malang sekali, Azree tidak dapat lihat apa yang Coco visikan.
Wow Nadya. Timing bagus sangat ye nak masuk ofis Coco dan berikan sejambak bunga daripada Eddy. Woooo. Banyak sak bunga Eddy bagi!
Sani lambat ke kerja. Seluruh pejabat aka 5 of them tahu bahawa Sarah dan Sani bergaduh. Tasya Turnover menasihati Sarah untuk berbual dengan Sani. Eh, macam mana diorang tahu Sarah yang patut pujuk Sani?
Coco menerima hadiah daripada Rio. Pantsuit Miss Liza di kulit majalah RAG. “625 ways to nail your party look”? Siapa nak baca sak.
Cakap pasal kulit majalah, tahukah anda bahawa Daddy Fir Rahman menghiasi kulit majalah Manja edisi Jun? Unf.
Sarah cuba menjelaskan mengapa dia terjejas melihat Hilmi bersama Leena.
Sani memberi lagi satu peluang.
Isu pantsuit menjadi satu isu besar. Ini kerana desain eksklusif itu berjaya menjadi kulit majalah. Ini bermakna salah satu daripada pekerja RCV telah memberi desain itu kepada Rio/majalah RAG. Siapa..?
Coco amat marah dan dia akan menyelidik hal ini. Kenapa Azree dan Sani pakai sama warna? Saya juga perasan bahawa Sani dah tak pakai seluar pendek lagi hahaha. Bagus.
Coco juga bersumpah! Dia berkata bahawa sialan yang melakukan kerja ini tidak akan kerja di RCV dan tidak akan kerja dalam bidang fesyen langsung. Aku ingatkan muntah darah tujuh keturunan teruk, ni lagi teruk. Ni baru Slayron Ismail!
Babak irrelevant. Can Leena stop wearing contacts? It’s not even nice.
Mereka berdua mengesyaki Azree… Pada masa ini, siapakah suspek awak?
Nadya tukar subjek. Wan Dragon memberinya hadiah. Bagus la tu. Boleh jual buat duit.
Hilmi terdengar kata-kata “mamat autoroam”. Sungguh mencurigakan. Dari perbualan ini, Hilmi dapat tahu bahawa seorang intern yang membocorkan desain-desain RCV.
Desain-desain Fashion Week sudah pun diumukan. Sarah ditugaskan untuk pergi tailor. Tasya Turnover bimbo ke?
Azree pula ditugaskan untuk mencari lokasi bagi Fashion Week (isn’t fashion week location ditetapkan oleh pihak fashion week entahlah konpius aku). Azree rasa bahawa tugas itu terlalu remeh, seperti dia didenda kerana Coco mengesyaki bahawa Azree yang bocorkan desain pantsuit.
Padahal pantsuit sak. Aku pun boleh desain.
Azree ingin Rio bersihkan namanya. Tetapi Rio being Rio, tidak akan buat apa-apa.
Sani ingin berjumpa dengan Sarah. Kenapa eh?
Coco sendiri pergi ke tailor untuk buat desain-desain eksklusif yang tidak diketahui sesiapa… Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dia ingin berhati-hati dengan desain-desain.
Kenapa sebelum ini, mereka jahit baju sendiri. Tetapi Fashion Week suruh tukang jahit buat? URGH.
Hilmi memberitahu Sarah apa yang dia tahu. Tapi Sarah fikirkan Hilmi dengki akan Sani. Grow up, Sarah. Korang dua dah move on, kan? Tolong sikap profesional sikit. Tak rugi kalau kau selidik sikit je.
Nadya bercadang untuk melakukan kerja-kerja sepai-menyepai.
Si dekni nak seks aja? Kalau hot takpa.
Walaubagaimanapun, Nadya berjaya korek rahsia dan memang terbukti bahawa Sani melakukan kerja haram jadah itu.
Saya tak faham kenapa dalam babak ini, Sarah terpaksa pakai topi dan cermin mata gelap dan duduk di belakang. Sambil telefon Nadya. Dia boleh telefon kat mana-mana kan? Kenapa risk herself from being exposed padahal dia boleh duduk dalam pejabat sak.
Sebab apa Sani berbuat begitu?
Tasya Turnover ambil selfie dan bukan gambar lokasi.
Azree memberi idea untuk konsep Fashion Week.
Did you? Did you pancut dalam I? Hahaha chey tak la. Sarah tanya pasal pantsuit tu.
Huh? Kau nak tanggung keluarga kau secara haram ke? Bodoh. Kalau nak cari duit lebih, pergi cari kerja sepenuh masa ah.
Ye lah tu. Bila kau rancang benda ni ah? Bila? Bila Rio datang untuk penggambaran AYRMA ke?
Oh, mungkin jugak eh. Sebab keesokan harinya Miss Liza datang ke pejabat RCV dan hari itu jugak pantsuit hilang.
Uh-oh. Diorang tengah gaduh tapi terjumpa orang tua berpaktor ni.
Coco memberitahu Sarah mengenai desain-desain eksklusif rahsia itu. Coco betul-betul percaya akan Sarah, eh?
Oooo. Ramai menunggu di luar. Tasya Turnover memberi Taro Turnover kepada pelanggan. Do I call these fashion enthusiasts “pelanggan”?
Buat kacau je lah bapok ni.
Nasib Azree halau dia. Walaupun Rio bakal jadi majikannya tidak lama lagi.
Anna de Souza???? Lame. Abeh cakap pasal Botox la. Sepatutnya suruh Hafeez Glamour buat cameo. Tu baru botox sak.
Ok la, kali ini desain-desain lebih lawa berbanding Fashion Week lepas di mana semua buruk macam Blues Clues. And Coco pakai apa sak? Macam lembu.
Penat lelah Azree dihargai akhirnya.
Sigh, sedih ya.
Anna ni bodoh ke tanya soalan macam ni? Sudah terang lagi bersuluh.
Azree memberi hadiah kepada mereka berdua. Hari terakhir di RCV. Makanan nampak sedap. Dah sejuk tu.
Azree bermula bekerja di Runway Rio. Dia diberi sebatang pena. Pena atau…vibrator? Nakal diorang berdua ni.
Aww… Comelnya si Eddy ni! Tapi ada permit tak? Takut nanti Coco turun Eddy masuk lokap pulak.
Kalau anda semua suka dengan lagu yang dinyayikan oleh Abang Khairudin Saharom ni, pergilah klik link ini:
http://adarapictures.bandcamp.com/track/serpihan-khayalan
Coco akan menerima cinta Eddy? Ya atau tidak?
Yay!!!! Bayangkan jika mereka bergabung tenaga dan buka syarikat bersama. “Eddy & Co.” HAHAHAHAHAHAHA. Ketawa pls.
Ayuh sama-sama doa Coco tidak akan jatuh sakit lagi. Kalau tak Eddy menyesal.
Sarah dapat menerima pakcik ni. Yay. Semua bahagia ya.
Kenapa episod terakhir baru nak kenalkan keluarga Sani yang hidup susah ni?
Nadya rindukan Azree. Dia letakkan gambar Azree di payu daranya. Motorboat oh.
Coco menerima panggilan daripada Azree. Hmm…
Masih banyak tanda tanya yaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Hmm.
Secara keseluruhan, saya amat puas hati dengan episod lapan kerana saya suka akan plotnya. Di mana Coco mendapat tahu isu pantsuit dan Sarah dan Nadya pergi selidik. Tu macam sebuah episod di musim pertama kan. Ada unsur excitement gitu. Namun, saya memang kurang suka dengan musim ini kerana secara amnya, ia agak satu dimensi. Ini kerana watak-watak utama seperti mempunyai masalah identiti/konflik dalaman dan bukan konflik antara watak. So jalan cerita tidak semenarik musim lalu. Ni more to personal growth dan kematangan masing-masing ah. Mungkin memang tujuan musim ini. Saya harapkan lebih ah sebab musim lalu was such a hit. Ia amat inspiring dan membakar semangat. Ia seolah-olah mempersiapkan para belia kepada dunia kerjaya. Musim ni macam… Meh.
Saya teringin sekali melihat full-timers membimbing interns tetapi tidak. Terjatuh cinta pulak. Sigh.
Awak rasa ada musim ketiga ke tidak? Saya rasa ada kot. Ini kerana ia berakhir dengan banyak persoalan. Mengapa Azree menelefon Coco? Is it Azree nak balik ke RCV? Atau mungkin Rio dah taubat dan mahu berkolaborasi? R2CV. Rio/Roxanne & Coco Vintages. Bagaimana dengan Nadya? Dia macam ada hati dengan Azree je. Tapi dia tahu dia tak ada peluang sebab Azree ahli PinkDot. Hubungan Sarah dan Sani pula bagaimana? Sarah pun bodoh sak. Just go to Hilmi lah! Oh yes, bagaimana pula dengan nasib Sani? Dibuang kerja? Sarah dan Nadya tak bilang Coco pun… Dan kenapa pada episod terakhir baru nak kenalkan keluarga Sani. Ni mesti diorang simpan untuk musim seterusnya. Dan akhir sekali…
Tasya Turnover. Kenapa watak dia wujud dalam drama ini? Kali pertama saya ternampak watak Tasya Turnover di poster Interns 2, saya agak teruja. Ini kerana mungkin saya bakal lihat bimbo fight antara Nadya dan Tasya Turnover. Tetapi tidak. Saya amat salah sekali. Watak Tasya Turnover semata-mata untuk mencukupkan kuota perempuan cantik dalam drama ini. (I like how her head kinda blends w the Taro Turnover or is it my photoshop skills ala-ala profesional?) Saya rasa antara Sani dan Tasya Turnover, saya yang akan mendapat jawatan full-timer sebab saya lebih mahir daripada mereka berdua COMBINED. Sudah terang Sani takkan dapat jawatan tersebut, si Tasya ni… Dia bukak kedai Tasya Turnover sua. Pada mulanya saya sangkakan dialah yang berikan pantsuit kepada Rio/RAG kerana I was like “oh jadi inilah significance dia dalam drama ini, pengkhianat!” tetapi tidak. Dia tetap tidak relevan!!!! Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya panggil dia Tasya Turnover, sila baca episod 5.
Malang sekali, kita tak dapat lihat Roxanne. Not even in text lol. Kan bagus kalau kita dapat lihat pendapat Roxanne tentang Fashion Week dan juga insiden pantsuit.
Kalau ada musim ketiga, saya nak lihat Himi dan Sarah nikah. No arguments!!! Saya ship diorang sangat-sangat. Walaupun saya ship watak Erwin dan Aisiqa dalam drama 93m² more.
Akhir sekali, syabas kepada Lydia Asyiqin, Aaron Khaled, Sheiryn Aisiqa, Sharon Ismail, Khairudin Saharom, Erwin Shah Ismail, Bobby Tonelli, Danial Ashriq dan Sofia Dendroff (do I even include her) kerana menjayakan musim kedua ini! And also Adara Pictures dan mereka-mereka yang terlibat la eh. Terima kasih juga kerana menjawab soalan saya di Fesbuk!!!
Saya ingatkan diorang akan abandon soalan tu sebab takde orang lain komen pun… Saya sebenarnya nak spam tapi takde orang lain komen???? What even!!!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle and Manja’s Facebook)
[…] INTERNS 2: EPISOD TERAKHIR […]
LikeLike
[…] Lakonan Sofia Dendroff dalam drama ni pun memang jauh lebih bagus kerana diberi lebih banyak skrip dalam Melayu dan bukan Inggeris! Selain itu, memang mengagumkan melihat lakonan Sofia Dendroff yang telah improve so much dari lakonannya di Interns 2. […]
LikeLike
[…] yang terbaik buat pelakon cantik molek itu yang kami kenali menerusi drama bersiri berjudul Interns 2 ini. Semoga terus berjaya, dan ilmu lakonan bertambah baik! Harumkan nama Singapura dan capailah […]
LikeLike