Apokalips: Singapura dilanggar Zombie

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Pernah terlintas di fikiran anda tak sekiranya Singapura diserang zombie, apa akan terjadi?

Dalam drama 10 episod berjudul Apokalips, penonton dapat melihat apa yang mungkin berlaku andainya negara tercinta kita secara tiba-tiba dipenuhi makhluk ganas ini.

Dibintangi pelakon hebat Suhaillah Salam, Fir Rahman, Lydia Asyiqin, Azhar Nor Lesta, Bella Putri, Sabrina Nasir, Hans Hamid dan ramai lagi, drama wabak zombie ini sebenarnya sebuah family drama. Percayalah!

Apa yang Min suka tentang drama ini adalah hubungan antara Sabrina (Suhaillah Salam) dan Rizal (Fir Rahman). Mereka merupakan pasangan suami isteri tetapi hubungan mereka akan renggang kerana Rizal punyai hubungan sulit bersama Ally (Lydia Asyiqin).

Tatkala zombie menyerang, Rizal terpaksa memilih antara menyelamatkan anak mereka atau pun Ally. Si Ally ni pun satu? Mengada-ngada. Manje sangat dengan si Rizal tau?

Yang penting dalam cerita ni, pusat panggilan polis semua tutup. Pihak berkuasa seperti polis takde pun semasa wabak zombie ni. Pelik!

Pendek kata, ia sebuah kisah zombie biasa-biasa. Tak ade pape yang menarik sangat. Kalau korang nak tengok, silakan. Lakonan tak kaku, mantap!

Cuma… satu soalan. Penonton diberitahu bahawa zombie ini tidak akan menyerang mereka-mereka yang tidak punyai otak yang sempurna. Ini kerana Dr Imran (Azhar Nor Lesta) mempunyai masalah otak dan zombie tidak menyerangnya. Begitu juga dengan seorang budak yang mempunyai autisme, apparently.

Tapi kan, apa yang boleh penonton belajar dengan maklumat ni? Min adelah terfikir “oh mungkin Dr Imran akan cari penawar dengan menggunakan otaknya” (literally dan figuratively). Tapi tidak.

Min juga berpendapat bahawa drama ni seolah-olah mempromosikan radio sebagai wadah yang boleh dipercayai sekiranya Singapura dilanda situasi serupa. Pelik, dalam dunia canggih di mana socmed lebih rancak, radio mendapat perhatian lebih dalam drama zombie ini.

Selain itu, ade jugak beberapa loopholes dalam drama ni but let’s not discuss that. Unsur kebetulan memanglah amat ketara dalam mana-mana drama, kan?

Kisah ini berakhir dengan Dr Imran mengorbankan dirinya demi selamatkan anak dan cucunya. NGL, sebak tengok babak ni.

Rizal pula ditinggalkan scandalnya, dan bersatu semula dengan keluarganya. Drama ini berakhir dengan secebis harapan kononnya mereka akan terselamat.

Secara keseluruhan, ia sebuah drama yang bagus tetapi ia bukan kisah zombie yang menarik. Penonton telah disajikan banyak kisah zombie dan jalan ceritanya semua seakan. Solekan zombie agak ngeri, Min suka!

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Mediacorp)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s