Screen.Shot. kupas kepentingan socmed

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Memasuki panggung Teater NAFA untuk menonton Screen.Shot. oleh Bound Theatre amatlah satu pengalaman yang agak baharu.

Ini kerana penonton diajak untuk menyertai kumpulan sembang Telegram sebelum pementasan ini bermula. Ini bermakna, penonton tertarik ke dunia Screen.Shot. dan dapat berinteraksi bersama para pelakon, menembusi dinding keempat antara pelakon dan penonton. Sort of.

gambar: Bound Theatre

Penonton dikejutkan dengan berita bahawa seorang pelajar yang hilang setelah ibu bapanya tidak menjemputnya di pusat penjagaan kanak-kanak. Dan bermula detik itu, unsur multimedia digunakan untuk menghidupkan pementasan sempena Pesta Pinggiran Singapura M1 (M1SFF 2022) ini.

Para penonton dapat melihat mesej-mesej yang dihantar oleh watak-watak dipancarkan di hadapan mereka. Babak ‘IG LIVE’, siaran Facebook dan Instagram, e-mel dan segalanya yang menggunakan telefon bijak boleh dilihat oleh penonton dari POV atau sudut pelakon.

Secara terus terang, memang menarik melihat unsur multimedia dikembangkan dalam pementasan ini. Dalam masa di mana teknologi memainkan peranan penting dalam hidup seharian, memang amatlah relevan jika teater menerapkan unsur sebegini.

gambar: Bound Theatre

Tetapi, Screen.Shot. seolah-olah menimbulkan terlalu banyak sangat isu tanpa mendalami dan mengupas isu yang mereka bentangkan.

Memang tidak boleh dinafikan bahawa karya Dwayne Ng ini berjaya meningkatkan kesedaran tentang betapa manusia terlalu mengharapkan media sosial untuk segala-galanya, tetapi apakah niatnya untuk memberitahu penonton bahawa:

Pasangan suami isteri berbilang kaum? Adakah kerana Zulfiqar Izzzudin dan Yanshan Seet berlainan bangsa? Afterthought ke?

Mendedahkan bahawa Vivian seorang lesbian?

Rotan anak?

Pasangan adik-beradik dari Indonesia?

Sekiranya persoalan ini tidak diungkitkan atau tidak diterapkan dalam persembahan arahan Juliana Kassim Chan ini, besar kemungkinan pementasan ini akan tetap menyampaikan mesej yang sama. Unsur humuornya juga kekadang tidak kena.

gambar: Bound Theatre

Selain itu, sesi di mana penonton boleh menghantar mesej di kumpulan sembang Telegram terasa terlalu lama. Perkara yang serius menjadi bahan jenaka kerana ada saja trolls yang menghantar mesej-mesej lawak. Mungkin boleh adakan unsur interaktif tanpa penonton menukar mood persembahan. Tetapi, ia menghiburkan lah!

Bagi Min, lakonan Patrick Alvarez amatlah meyakinkan sekali! Terutama babak di mana dirinya membelakangkan penonton untuk beraksi LIVE di IG. Babak itu perlukan pergerakan badan yang tepat pada masa dan skrip yang tidak boleh diubah. Syabas!

gambar: Bound Theatre

Secara keseluruhan, Screen.Shot. berjaya membawa isu-isu relevan lagi penting ke pentas demi menimbulkan perbincangan. Tetapi, mereka juga harus peka agar tidak menyeleweng dari isu sebenar yang ingin mereka sampaikan.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Bound Theatre)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s