Perbincangan Rudy & Rilla: Episod 4

Salam TGIF! Akhirnya setelah selama seminggu merana, kita bakal dapat cuti panjang. Hari Isnin dapat makan kambing!! Bayangkan jika selebriti-selebriti Hollywood membuat video untuk membantah penyembelihan kambing di merata dunia kerana ia kejam, pasti ramai orang Islam akan tidak puas hati, bukan? Pasti ramai akan menjelaskan sebab-sebab mengapa agama Islam melakukan sedemikian, bukan? Begitulah perasaan rakyat China yang ingin melestarikan budaya “Dog Festival” mereka. Kita sebagai orang luar tidak ada hak untuk menukar atau membantah budaya mereka. Mereka bebas untuk lakukan apa sahaja. Mereka juga ada sebab-sebab rasional untuk tetap lakukan tradisi itu walaupun dilabel kejam oleh beberapa orang.

Tapi blog ini bukan untuk bincang perkara global, blog ini untuk mengetengahkan isu-isu yang dekat dengan masyarakat Melayu di Singapura.

Sebelum saya mulakan perbincangan lanjutan episod keempat Rudy & Rilla, saya ingin komen sikit. Apa tanaman-tanaman tu buat dalam studio. Buat menyemak je. Letak dalam stor je la.

Topik minggu ini adalah “Rebut”. Boleh ribut dibuatnya. Jikalau minggu lepas isu nafkah, minggu ini pula kesinambungannya, isu hak jagaan anak. Ibu dan bapa merebut untuk mendapatkan hak jagaan anak setelah bercerai.

Di sini kita lihat bahawa si ibu teragak-agak untuk biarkan anaknya meluangkan masa bersama bekas suaminya. Dia juga ingin anaknya dihantar pulang tepat pada masanya. Strict sangat ke, cik kak oi?

Si anak pun bocor rahsia. Bilang bapak dia yang mak dia ada matair baru. Si bapak pulak cemburu. Kenapa eh?

Oleh kerana terlalu marah dan ingin orang ramai fikir bahawa bekas isteri tidak layak menjaga anak, bekas suami pun mengirim sesuatu (di Facebook) yang merendahkan reputasi bekas isteri sebagai seorang ibu. Bekas isteri ternampak status bekas suami dan berbalas balik.

Terdapat beberapa masalah di dalam situasi ini:

  1. Mengapa mereka masih menjadi “kawan” di laman sosial Facebook?
  2. Dah tua gedebak pun masih nak lakukan kerja-kerja seperti ini? Sampai bila? Setahu saya cuma budak sekolah menengah je buat anonymous quarrel kat Facebook.
  3. Kenapa si bekas isteri mengirim status untuk balas status bekas suami? Kini semua rakan-rakan mereka tahu mereka ada masalah PERIBADI.

Oleh itu, pembaca setiaku yang budiman, janganlah sesekali kamu mengongsi perkara peribadi di Facebook atau mana-mana platform. Sebenarnya, kita tanak tahu masalah keluarga yang sedang kamu hadapi. Kita tak kepo, kau je yang nak kepokan kita.

Banyak tu. Boleh la awak-awak cari sugardaddy.

Kenapa curang? Isteri tak bagi ke? Suami tak cukup besar ke?

Masalah kewangan? Di sini saya ingin membuat pengumuman kepada mereka-mereka yang pro kahwin muda. Mereka menggunakan alasan agama untuk kahwin muda. Ok, fine. Kau nak kahwin muda tu kau punya pasal tapi dah fikir jauh ke belum? Ye-ye-oh sangat nak kahwin muda, nak lalui onak dan duri bersama, selami lautan api, tapi bila dah kawhin, cicak kat dinding je kau dah lari 10 kilometer. Pui. Duit simpanan dah cukup ke belum? Dah ada kerja tetap ke belum? Cita-cita dah capai? Takkan nak kasi anak makan rumput kan?

Just because agama menggalak kahwin muda, ia tidak sepatutnya menjadi ALASAN untuk kahwin muda. Faham?

Seperti apa yang saya katakan dalam entri sebelumnya, antara kesan (kepada anak) penceraian adalah masalah psikologi. Kan. Konsperm mereka mencuri, hisap rokok, mencabul dan lain-lain sewaktu dengannya.

Situasi ini pula menunjukkan di mana bekas suami mengajak anak bercuti di luar negara selama 2 minggu. Tetapi, setelah dua minggu, anak mereka belum pulang. Ibunya mula rasa risau dan ingin membuat aduan kepada polis. Mungkinkah kes ini boleh diklasifikasikan sebagai culik? Sila ke Toggle untuk menonton Rudy dan Rilla untuk jawapan penuh daripada peguam pakar iaitu Encik Rudy Marican, ya.

Puan Marjianah Abu Bakar, Pekerja Sosial Kanan dari PPIS As-Salaam menimbulkan isu-isu seperti custody, perlindungan anak dan sebagainya.

Isu yang ingin saya kemukakan adalah isu di mana anak-anak tidak dijaga oleh ibu dan bapa namun dicampakkan kepada nenek dan atuk. Pada pendapat saya, ia sesuatu yang amat kejam sekali dan akan menjamin slot istimewa di neraqa kelak. Anak-anak merupakan tanggungjawab ibu dan bapa dan bukan nenek atok. I don’t even want to explain in details. Ni kan macam idiot proof. Perangai jangan macam Instagrammer yang dah murtad tu. Entah apa nama dia. Anak dia comel, mak dia pun lawa. GILF.

Kadangkala, anak-anak yang bermasalah. Nak tinggal dengan mak la, sekejap bapak lah. Ini akan merumitkan keadaan sekiranya ibu dan bapa tinggal berjauhan. Kan susah kalau nak pergi sekolah. Mungkin ibu bapa boleh talk some sense into anak tu agar tidak ubah fikiran sebab yang akan merana is anak.

Ada pula akan menghantar anak-anak ke rumah bekas pada hujung minggu walaupun bekas suami/isteri tidak ingin berjumpa dengan anak-anak. Ni dah jadi kes apa ni? Kesian anak-anak tu terpaksa duduk luar rumah atau jalan balik ke rumah ibu/bapa. Atau yang paling best, pergi rumah atok/nenek.

Seperti yang saya katakan minggu lepas, kita fikirkan anak-anak kita yang akan membesar dan mungkin menjadi pemimpin negara kelak. Jangan biarkan perasaan kita mengambil tindakan yang akan merosakkan masa hadapan anak-anak kita.

Episod akan datang (setelah cuti Hari Raya Haji) , Rudy dan Rilla bakal bincangkan tentang…

Isu saman.

Jangan lupa untuk ambil bahagian dalam tinjauan Rudy Rilla! Secara peribadi, YA.

Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)

7 comments

  1. Bahasa yang digunakan penulis ini yang digunakan amat kasar dan tidak matang.

    Kebanyakan diologue nya tidak begitu sesuai untuk pembaca2 secara ‘general’ umum.

    Were the most of the sentences had been lifted from somewhere else or the TV show?

    Pembaca yang dikalangan professional sukar untuk memahami perkataan yang digunakan.

    Satu lagi, di antara punca isu penceraian adalah kurang persiapan dan ilmu yang konsisten serta tekanan dari masyarakat( societal pressure).

    Saya ingin tahu siapa penulis blog ini?

    Dan Jikalau blog ini tidak sesuai untuk yang berfikiran kolot, warak, konservatif dan sebagainya, maka dengan ini tidak perlulah menyebut istighfar di dalam amaran anda. haha.

    Like

    • Terima kasih kerana membaca blog ini yang tidak seberapa. Saya tidak kenal dengan penulis blog ini. Setelah menyelidik, saya rasa penulis blog ini merupakan makhluk asing dari planet marikh. Saya, selaku pentadbir blog ini, hanya memuatnaikkan isi kandungan blog yang dihantar memalui gelombang udara. Sememangnya blog ini bukan untuk kalangan profesional kerana blog ini sekadar hiburan dan bukan untuk dibaca dan be “woke”.

      Like

  2. Kepada penulis, datangkan pendekatan yang terdapat solusi atau jalan penyelesaian yang ada di petunjukan Television.

    Mengapa ada hubungan?
    Sebab masalah kewangan, tidak ada komunikasi dengan baik, tidak sehaluan, tidak berpendidikan tinggi, masalah hubungan sulit antara pasangan, tidak berfikiran matang, orang ketiga yang tidak secara professional (ipar duai dan sbginya) yang memasuki campur dan sengaja ingin meruntuhkan alam perkhawinan pasangan tersbut

    Like

      • Maaf, saya hanya menyampaikan pendangan saya secara spontan.

        Bukankah penulis blog ini juga merupakan pemilik blog ini?

        Like

      • Seperti saya katakan tadi,saya sekadar selaku pentadbir. Tugas saya adalah untuk memuatnaikkan isi kandungan blog ini. Penulis blog ini merupakan makhluk asing yang bermastautin di planet Marikh.

        Like

Tinggalkan komen