Hari Raya Haji…Lagi?

Selamat Hari Raya Haji (HRH), para pembaca setiaku yang sentiasa korbankan masa apabila lunch hour untuk baca blog saya yang tak seberapa ni. Dah puas makan daging kambing kembiri? Eh, daging kambing biri-biri korban. Ini merupakan pertama kali di mana saya menulis review pada hari yang sama telemovie disiarkan di TV! Maklumlah, ia disiarkan pagi raya, so ada masa lah nak tonton sekali lagi dan tulis pasal telemovie ni semasa menunggu telemovie khas yang lagi satu.

Bertajuk Hari Raya Haji…Lagi?, ia mengisahkan Ahmad (Hariz Nasir) yang tidak ingin menyumbang tenaga di masjid  bersama bapanya (Cef Bob) pada Hari Raya Haji dan kemudian terperangkap dalam “masa”.

Kenapa kalau telemovie khas, grafik intronya selalu comel dan menarik perhatian sekali? Saya suka.

Minit-minit pertama drama ini tiada sarikata. Tup-tup sarikata muncul. Saya rasa sarikata dikorbankan kot.

Ayah mereka (Yusop) baru pulang dari persiapan di masjid. Sempat pergi Swee Heng beli roti untuk sarapan esok.

Saya memang amat terpegun melihat Siti Khalijah sebab dia boleh melakonkan watak apa sahaja dengan selambanya dan kelihatan semula jadi. Bila masa nak bagi dia anugerah Pesta Perdana?

Yusop ingin Ahmad menolongnya membuat sup kambing di masjid keesokan harinya. Tetapi, Ahmad tidak mahu menolong kerana tidak suka dengan bau kambing. Dia merungut kepada ibunya.

Pada pagi raya, dia terpaksalah ke masjid untuk menolong ayahnya. Apa nak buat. Adiknya (Ina) sedang mencari buku yang tersorok di celah bantal di sofa. Apabila terjumpa, dia terpekik dan ibu mereka terperanjat sehinggakan terjatuhkan gelas. Pecah dibuatnya.

Video fail mana ni eh diorang amek?

Pak Haji ini nak makan sup, tapi sup belum masak. Yusop pun memberi $10 kepada Pak Haji ini agar dia boleh beli makan di kedai kopi berdekatan. Padahal boleh suruh dia tunggu eh. Entah-entah pakcik ni tak susah pun… Nampak kemas dan bersih, mungkin hidup sederhana dan tidak memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Tapi Yusop nak pahala lebih sempena HRH, jadi dia bagi sedekah. Tambahan, boleh ajar Ahmad tentang erti HRH.

Rakan-rakan Yusop tak sabar nak makan Sup Kambing Yusop. Dan oleh kerana ini drama cilik berunsurkan komedi, mereka terpaksalah buat lawak jenaka mengenai Yusop dan Sup.

Ahmad ingin pulang ke rumah kerana kepenatan. Tambahan, dia ingin menyediakan goodie bags untuk hari lahirnya.

Namun, sebelum itu,Yusop memberi tugasan kepada Ahmad. Tugasan yang senang sahaja, Ahmad harus menghantar 5 kilo daging kepada alamat yang diberi.

Kasihan Ahmad terpaksa angkat kampit berat tu. Saya rasa dia dah kelilingi estet ni berapa kali untuk mencari alamat yang ditulis ayahnya itu.

Ahmad berehat di bawah blok dan ternampak Pak Haji tadi. Dengan segera, dia memberikan daging itu kepada Pak Haji. Sedekah katanya. Tanpa disedarinya, jam tangannya tertinggal di meja di bawah blok tu. Pak Haji tu pun ambil.

Yusop tanya jika Ahmad sudah melakukan apa yang disuruh. Jawapan Ahmad menimbulkan kemusykilan dalam diri Yusop. Yusop pun menyuruh Ahmad berterus terang.

Ahmad memberitahu bahawa dia sebenarnya memberikan daging itu kepada Pak Haji tadi tu.

Lakonan dia bagus. Tapi kalau watak dia benar-benar wujud di alam nyata, dia akan membesar tanpa kawan.

Yusop pun mula mengomel. Seperti mana bapa-bapa di luar sana akan buat bising jika anak mereka telah membuat kesalahan.

Entah bagaimana, Pak Haji ni berada di luar rumah Ahmad. Saya rasa jam tangan Ahmad ada fungsi Siri, di mana dia boleh “Siri, tunjuk arah ke rumah tuanmu.”

Yusop ahmad marah (see what I did there) dan ingin Ahmad belajar dari kesilapannya. Dia ingin Ahmad mengulangi perbuatannya sehinggakan dia melakukannya dengan sempurna. Sama macam soalan matematik, kita harus cuba dan cuba hingga dapat jawapannya!

Secara jujur, minda saya belum bersedia untuk menonton rancangan Sci-Fi pada pagi Hari Raya AidilAdha… Sungguh tidak sangka. Saya fikirkan rancangan ini seperti telemovie kanak-kanak  yang lain. Di mana pada akhir cerita, nilai-nilai seperti hormat, pengorbanan, kasih sayang dan lain-lain yang sewaktu dengannya akan diutamakan. Macam tahun lepas, cerita Haji Kecil tu. Mengenai budak sombong yang akhirnya bertukar 180 darjah.

Pendek kata, Pak Haji ini terdengar kata-kata Yusop dan mempunyai kuasa untuk memutarbalikkan masa. Ala-ala time machine gitu. Tapi, time machine dia senang je. Cuma perlukan jam tangan. Saya rasa Pak Haji ni jenis Pak Haji yang ke haji dengan niat nak timba ilmu hitam. Tu pasal dia ada kuasa ni semua. Dia bukannya saintis pakar fiziks ke apa yang boleh putar balik masa!

0dzelu

Ahmad meletakkan goodie bagnya di tepi katil dan tidur. Tak sabar nak birthday lattew.

Tetapi…

Tarikh masih 12 September walaupun semalam 12 September.

Ahmad melalui HRH sekali lagi. Peliknya, hanya Ahmad sahaja yang sedar bahawa masa berputar balik dan segalanya berulang.

Stres budak ni.

Sebelum pulang, Ahmad disuruh menghantar daging korban.

Ahmad melakukan perkara yang sama. Dia memberikan daging itu kepada Pak Haji Pakar Ilmu Sihir tersebut. Mungkin ini caranya Pakar Ilmu Sihir itu mencari pengganti. Dia ingin lepaskan sakanya kepada Ahmad!

Seperti biasa, dia melakukan rutinnya sebelum tidur.

Ahmad menunjukkan simptom-simptom kemurungan.

Namun, ibu dan bapa Ahmad tak endahkan masalah yang sedang Ahmad lalui. Inilah ibu bapa zaman sekarang. Kurang peka akan masalah anak-anak. Mereka fikirkan bahawa Ahmad sedang melalui fasa di mana dia bakal melalui zaman baligh. Tetapi realitinya, syaitonne dan jin-jin Pakar Ilmu Sihir sedang bermesra dengan badan Ahmad.

Ahmad memberitahu adiknya, Ina, bahawa dia telah melalui HRH sebanyak 5 kali, termasuk hari ini.

Ina tidak percaya. Tetapi setelah dijelaskan dengan bukti-bukti kukuh, Ina menolong abangnya menjalani HRH bersama.

Stop doing this. Kau tu kat masjid tak tutup aurat apa hal?

Akhirnya, mereka ke rumah yang tertera di post-it note tu. Ini menunjukkan bahawa wanita lebih bijak dalam bab-bab arah, kan? Apa lagi, SAF silakan rekrut perempuan ke NS.

Ahmad menjenguk di tingkap dan ternampak nenek ni pegang sebilah parang. Ahmad pun pecut.

Ahmad memberitahu adiknya bahawa jika esok HRH lagi, dia memerlukan pertolongan adiknya untuk menempuhi hari yang amat membosankan itu.

Kali ini, Ahmad benar-benar sudah bersedia untuk melalui HRH tanpa sebarang masalah. Bahkan, dia menangkap gelas yang terlepas dari tangan ibunya sebelum ia terhempas di lantai.

Dia juga membawa perisai Kapten Amerika sebagai senjata untuk melindungi dirinya.

Comelnya.

Sebenarnya, nenek ni menjaga Ahmad semasa dia kecil dahulu.

Nek Limah memerlukan 5 kilo daging korban kerana ingin masakkan daging itu untuk diagihkan kepada jiran tetangga yang kurang bernasib baik.

(Hamidah Wahab macam masih muda untuk menjadi nenek, kan?)

Mereka dua beradik pun menolong nenek memasak.

Kemudian, mereka memberikan makanan yang telah dimasak kepada jiran tetangga Nek Limah.

Mereka berdua menceritakan apa yang terjadi. Yusop amat bangga dengan Ahmad.

Erti HRH buat Ahmad tahun ini.

Sekali lagi, Pakar Ahli Sihir muncul di luar rumah Ahmad. Kali ini, dia beranikan diri dan bunyikan lonceng rumah Ahmad. Ahmad ke pintu dan ternampak dia. Pakar Ahli Sihir pun memulangkan balik jam tangan Ahmad. Tanpa pengetahuan Ahmad, segala saka dan ilmu telah disematkan ke dalam jam tangannya.

Setelah 6 hari menyambut HRH, akhirnya dia boleh menyambut hari lahirnya!

Best eh drama Melayu. Sarapan pagi jam 630 makan nasi dengan jus oren. Saya pun nak.

Telemovie ini akan bersambung dalam siri terbaru Dimensi Ke 4 yang bakal disiarkan pada 2017. Apakah nasib Ahmad? Mungkinkah dia menerima saka itu dan menyambung warisan Pakar Ilmu Sihir? Nantikan…


Secara jujur, saya amat suka dengan telemovie ini. Ia mengingatkan kita (tidak kira si cilik atau dewasa) bahawa dalam dunia realiti, kita hanya boleh melakukan sesuatu perkara sekali sahaja. Kita tidak boleh memutarbalikkan masa untuk betulkan apa yang salah. Apa yang dah berlaku, telah berlaku. Kita harus menunaikan tanggungjawab, beramanah dan jujur. Dan jika telah melakukan kesilapan, kita sepatutnya belajar dari kesilapan dan bukan mengulangi kesilapan itu. Dan oleh kerana ini drama HRH, kepentingan pengorbanan juga disentuh. Dan korban tidak semestinya datang dari segi wang. Dari segi masa dan tenaga pun boleh.

Itu sahaja daripada saya kali ini. Ayuh tonton telemovie khas Hari Raya Haji, Impian Haji Malik di Suria!

Pengkritik Sandiwara

(Photos are from Mediacorp Suria’s Toggle)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s