Salam Sejahtera, wahai pembaca setiaku yang sanggup korbankan apa saja, harta ataupun nyawa. Oleh kerana kita masih dalam mood pos-Hari Raya Haji, saya akan mengupas telemovie khas HRH iaitu Impian Haji Malik. Dengan membaca tajuk je kita dah tahu telemovie ini mengisahkan seseorang bernama Malik yang ingin menunaikan haji tetapi hajatnya tidak tersampai kerana ada sahaja cabaran ataupun halangan yang terpaksa dia lalui. Ini semua SOP telemovie Suria.
Selain itu, ia sudah menjadi satu kemestian dalam setiap drama Suria (genre sedih) untuk memulakan dengan babak orang mampus.
Watak Rizman yang dimainkan oleh Norman Ishak telah membunuh seseorang.
Rizman agak terkejut dan dalam keadaan keliru. Ibunya juga sama.
Satu keluarga ikut sekali.
Penampilan khas Khairudin Samsudin sebagai watak yang dah mati.
Wow. Semua calefare Melayu. Dalam realiti, kebanyakan Cina. Orang kita tak kisah pun. Dan cepatnya si adik (Fadhlur Rahman) mangsa dapat berita. Tinggal sebelah blok, eh?
Korang masih ingat tak dulu bila Fadhlur Rahman baru nak berkecimpung dalam industri TV abeh ramai kata Aaron Aziz v.2. *snorts* it didn’t happen.
Abang-abang polis tidak berpangkat ditugaskan untuk menangkap Rizman aka pembunuh.
Adiknya si mangsa mengugut Malik (S Sahlan).
Kita cepatkan masa ya. Setelah 5 tahun, Rizman bakal keluar penjara.
Pakcik-pakcik masjid bergurau senda dan berbual pasal Malik yang belum ke haji. Riak latew.
Malik dan isteri (Mariana Yati) mempunyai sebuah kedai runcit di bawah blok mereka. Kedai Malik namanya. Masih ada ke orang Melayu kita bukak kedai runcit? Macam jarang, kan?
Selain itu, pasangan Mariana dengan S Sahlan ni agak ganjil eh? Macam si suami terlalu tua untuk si isteri. Tapi takpelah, kan musim sekarang ni hero lebih tua. Macam Rosyam Nor gitew.
Baru daftarkan tapi sungguh yakin dah boleh pergi eh? Bagus pakcik ni.
Tapi mereka agak risau tentang kedai mereka. Takpe, usah risau. Rizman akan tolong bila dia dah keluar lokap.
Rizwan, abangnya Rizman, seorang anak yang rajin dan ingin menjadi peguam. Dia belajar tungkus lumus untuk mencapai cita-citanya. Dia ingin memiliki rumah besar dan hidup senang, dan tidak ingin jadi tauke kedai runcit. Tanpa disedarinya, dia telah menghina pekerjaan bapanya dan kedai bapanya, sumber rezeki keluarganya. Dari kedai itulah dia dapat wang untuk makan, beli buku dan menampung kos kehidupan seharian.
Ibunya menyuruh meminta maaf. Dia pun meminta maaf. Malik berceramah sedikit.
Pelik eh. Bila imbas kembali, watak mak dengan bapak tidak digantikan dengan pelakon muda pulak.
Mereka berbual pasal haji lagi. Mereka teringat pengorbanan yang telah mereka lakukan (basically menunda haji) agar Rizwan dapat melanjutkan pelajaran.
Malik mempunyai perasaan dengki terhadap anak sulungnya. Isterinya menasihati untuk buang rasa benci itu kerana tak bagus kan. Kata nak pergi haji so hati mesti suci. Wow asonansi.
Kenapa? Tak boleh ke?
HUH??? Ni la perempuan yang nak “marry up”. Belajar tinggi-tinggi untuk cari boyfriend kaya abeh duduk rumah merempat hahahhais. Fir Rahman daddy memainkan watak Rizwan, si peguam tu. Myra (Adlina Adil) isterinya dan Marissa anaknya. Myra tidak suka Marissa ke rumah nenek dan atuknya.
Saya juga agak kurang senang dengan pengunaan Inggeris dan Melayu apabila watak Myra berbual dengan watak Marissa. Memang benar ini berlaku dalam dunia yang nyata, tetapi sebagai saluran Melayu yang sepatutnya memupuk pengunaan Bahasa Melayu, kan lebih elok jika mereka menggunakan Bahasa Melayu 100%. Telinga saya berdarah mendengar mereka berbual campur aduk. Saya sangat berharap saya tidak akan bertutur sebegini dengan anak-anak saya pada masa hadapan. Saya juga berharap ibu bapa berhenti berbual sebegini dengan anak-anak mereka. Bila anak-anak tak boleh berbual Melayu, nak salahkan cikgu. Padahal Bahasa Melayu harus digunakan, bukan setakat subjek yang mereka belajar dalam kelas.
Malik menyimpan $5ooo di dalam peti yang disimpan dalam kedainya.
Kita semua tahu apa yang bakal berlaku, kan?
Aww…
Jengjengjeng…
Eh, kata boleh menampung hidup isteri? Tapi kad kredit pun belum bayar?
Kita sudah tahu apa yang bakal terjadi. Insiden “card has been declined” akan berlaku.
Hahahahaha kelakar wanita-wanita upper-middle class/lower-upper class ni shopping kat kedai VANS. Nampak tak bag VANS yang dia pegang?
Kenapa Malik tanak buat PPO? Ni dah kira ugutan secara lisan! Kalau 5 tahun berturut-turut buat macam gini, si Malik taknak buat apa-apa eh? Buat luar masjid lagi. Perangai setan.
2 ekor budak ingin membeli air kotak. Mereka nak beli sekarton. Tapi malangnya, ia terletak di tempat tinggi.
URGH so expected la. Abeh mereka lari dengan duit $5000 tu.
Pihak polis dalam talian fasih berbual Melayu. Eh lupa SPF Malay dominated.
Sekali lagi, abang-abang polis tidak berpangkat menyelesaikan masalah mereka.
Mereka teringatkan peristiwa di mana mereka menggunakan wang simpanan mereka (yang sepatutnya digunakan untuk haji) untuk menampung kos belanja/tuition fees Rizwan di Australia. Mereka terpaksa menangguh haji mereka agar Rizwan boleh belajar. Mereka mengetepikan impian mereka agar cita-cita anak mereka tercapai. Dengan harapan Rizwan akan ingat pengorbanan mereka dan membalas jasa.
Hmm… Hmm… Hmm… Kenapa Rizwan ditawarkan untuk belajar bidang guaman di Australia tanpa biasiswa? Kenapa eh? Belajar kat NUS je la, Mendaki TTFS kan ada.
Comel pelakon cilik ni.
Eh? Nyawa anak kau je? Abeh nyawa mertua kau?
Rude af.
Tu la. Kangkang sikit.
Rizwan ingin mereka menjual kedai dan tinggal bersamanya. Rizwan tidak mahu melihat mereka bekerja keras pada usia tua. Namun, entah mengapa mereka tidak mahu menerima pertolongan Rizwan.
Kenapa eh?
Bila ditanya jika Rizwan akan ambil Rizman dari penjara, Rizwan memberi jawapan yang tidak tentu.
Fuh. Bapak dia tanak salam sak. Greatest form of insult.
Eh? Kalau malu then duduk diam-diam.
Mereka berdua berbual pasal anak bak tanaman.
Kita?
Dahulunya, mereka ingin Rizwan tolong sikit kes adiknya tu kerana bos Rizwan peguam pihak mangsa. Tapi si Rizwan baru kerja so apa lah sangat dia boleh buat, kan?
Tu la. Tak boleh biarkan isu-isu peribadi mengganggu undang-undang pe.
Eh?
Oh. Untuk dapatkan $5000 balik, Malik perlu meraih dapatan 5 kali ganda. Dalam jangka masa..? Setahun? Sebulan?
Wow. Pakcik-pakcik masjid akan tolong buat delivery. Ala-ala Deliveroo/Food Panda. Tapi saya rasa barang-barang sampai lambat sebab pak haji ni semua suka tawaf. Walauapapun, siapa yang nak belanja lebih $100 di kedai runcit? Selalunya orang ke kedai runcit kerana terlupa beli barang bila ke pasar raya. Atau dalam masa darurat dan terdesak sahaja mereka ke kedai runcit sebab dekat.
Syarahan.
Ni la nenek-nenek di luar sana. Tak jumpa cucu je sakit la, rindu la. Semakin tua semakin mengada-ngada.
Eh? Ajar anak berbohong ke? Takut bini ke?
Aww pt 2
Tu la saya pun tak tahu.
Tu la. Rezeki datang dalam pelbagai cara. Nak pergi haji dengan duit sendiri konon. Jangan nak sombong, Malik.
Huh…
Eh eh. Dah bagus maid masak. Kalau harapkan Mak kau? Nampaknya McDonald’s je lah hari-hari.
Kesian sak anak dia rindu nenek dan atok dia abeh marah segala. Mak dia pun bukannya kat rumah sak.
Wow begitu ke ajar anak. Padahal dia pun rosaque.
Kau tu terlalu liberasl. Minum araq lagi. Kenapa lakonan Adlina dalam telemovie ni macam ada yang tak kena? Seperti tersekat-sekat. Takde flow gitu.
YAAAAS DADDY FIR. Get her.
Rizwan menerima panggilan di tengah-tengah pergaduhan mereka yang semakin rancak dan membakar.
Kan. BTW, ni bukan rumah kau.
Huh? Tak sakit tak apa dah mampus? Dia ada barah ke?
“Ada aku kesah? Haterz neraqa!”
Tetiba Rizwan teringat pesanan ibunya.
Pilu.
Kalau saya Rizman, saya pengsan kat pintu tu jugak. Keluar penjara je mak meninggal. WTH sak.
Eh si dekni eh dah kata mak dikebumikan masih boleh tanya apa terjadi. Mak kau pergi audition untuk Halloween Horror Night 6 aku rasa.
Sebak.
Balik rumah nak rasa masakan mak tapi kebumikan mak eh. Rizwan di sebelah bapaknya (not in pic).
Jawapan standard.
“jauhi”, dia gunakan perkataan jauhi. HAHAHAHA. Cuba bayangkan jika kita gunakan istilah tersebut dalam perbicaraan seharian. Pelik ye.
Eh? Kau fikir adik kau masih budak ke?
Dia mak jenis apa sak. Nak anak hormat dia tapi ajar bukan-bukan.
Oh no. Seorang banduan! Tak boleh dipercayai. Bukak tudung sua, makcik kalau ada persepsi negatif terhadap banduan.
Wow,pakai tudung angin semata-mata untuk ke kedai runcit?
Ni semua biasa kan. Sedih eh perkara ini normal.
Rizwan ternampak anaknya sembahyang dan tersentak.
Shan memang comel, tidak boleh dinafikan. Tapi tak boleh berbual Melayu eh? Kasihan dia tidak mewarisi bakat ibunya. Mungkin perlu diasah lagi.
Eh??? Ni dua ekor dah kenapa? Menghalang bekas banduan ke masjid. Kerana kehadirannya mencemar nama baik masjid. Hahaha kelakar. Abeh sebelum ni, orang yang dah berdosa nak taubat ke mana? Church? Get out la.
Syarahan sentap. Khusyuk dengar pak haji ni berhujah.
Azankan je!
Eh? Kau tu yang tak layan dia dengan betul.
Abeh kau pun tak jaga anak kau. Might as well.
Suami kau daddy Fir tapi kau nak sugargrandaddy????
Oh no. Rizman masih belum berubah ke?
Jengjengjeng…
Isteri dah meninggal pun masih tak mampu ke? Kalau dulu kau ada simpanan untuk 2 orang, kini kau ada simpanan yang sama tetapi untuk satu orang. Masih tak cukup?
Eh? Dulu tak fikir gitu pulak.
Kan Rizwan dah marah.
Tapi benar ke Rizman dah balik berjudi dan segalanya?
Oh wells, hanya Tuhan yang tahu.
Kan. Babak “your card has been declined”.
Si pelayan ni bodoh or what? Rizwan tanya rhetorical question abeh dia jawab “check w the banks” omg stupid.
Rizman menjelma dan bayar bil Rizwan. Wow unsur kebetulan 💯 ah. Saya juga agak mabuk melihat kamera pusing 360 darjah dalam babak ini.
Rizman meyakinkan Rizwan bahawa dia benar-benar dah berubah.
Lakonan menangis yang amat berkesan sebab hingus melilih.
Syarahan sentap.
Tapi dia taknak pergi.
Dia penat sebab kenek ride sugargrandaddy yang dah takde semangat.
Padahal dia dah hidup menggunakan duit suami dia eh.
Rizman ada galeri seni di dalam biliknya.
Eh, duit Rizman nak, duit Rizwan taknak. Berat sebelah ni.
Malam-malam buta nak buat eh? Tak boleh tunggu besok ke.
Aww lukisan Rizwan dan Rizman.
Eleh setakat minum jus.
Ingat muka ini.
Sebab muka tu = pengkhianat laknat!!!!
Myra terpaksa menjualkan diri kepada sugargrandaddy untuk membayar bil malam itu. Kesian perempuan cina yang kat sebelah tu. Padahal dia dah chope sugargrandaddy tu seh.
Klisye.
Suka lattew.
Dah agak dah. Siapa suruh jalan bawah jemuran? Boleh jalan bawah blok taknak tau. Tu pasal orang pakai susuk tak jalan bawah jemuran.
Weak pe dia baru tikam kat situ seh. Kalau cerita Hindustan, dia boleh lari panjat gunung sak.
Eh? Pak Haji ni secara kebetulan muncul.
Abang polis ni tak jelak ke kendalikan kes Malik?
Eh? Padahal belum ada bukti/apa-apa siasatan eh.
Hmm… Dah mampus pun.
Bila disuruh jual kedai je mengamuk dan ingin keluar kereta. Lain kali naik bas.
Rizwan meluahkan perasaannya yang terpendam.
Rizwan terkejut apabila diberitahu perkara sebenar.
Gengster mabuk ni mengancam Malik, Rizman datang untuk melindungi bapanya.
Rizman menolak gengster mabuk. Kepala gengster mabuk terhentak kerusi dan dia pun mampui.
Rizman tidak boleh percaya apa yang telah berlaku.
Eh? Konfiden Malik ni eh? Paramedik belum sampai dia dah sahkan mati.
Dia ingin abangnya mencapai cita-cita untuk menjadi seorang peguam.
Aww pt tak terkira
Papa ke greatgrandpapa???
Siak la dia sepak Marissa!
Adegan ni pun macam pelik. Rizwan ke kubur untuk kebumikan adik dia abeh Marissa kat rumah??? HUH????
HAHAHHHAHAHAHA
Rude.
Saya against domestic violence tapi ni drama so MEMANG PATUT.
Sampai sekarang perempuan tak tahu bahawa mereka boleh tuntut cerai is it??
Rumah dan kedai dijual. Plot twist: Rizwan nak bolot duit bapaknya.
Yay???? Entah kenapa diorang gembira sangat. Macamlah boleh hidupkan Rizman balik.
Memang.
LOL
“Alamak! Macam mana nak bayar bil perubatan HERPES? Jadi pelacur sudah!”
Akhirnya hajatnya dimakbulkan.
Rizman telah korban lebih.
InsyaAllah.
Ok lah. Agak normal untuk telemovie hari raya haji. Menyentuh jiwa, mengajak anda ke keinsafan (chey), sebak, menghargai dan meluangkan masa bersama yang tersayang selagi mereka masih hidup dan lain-lain. Isu pengorbanan semuanya ada. Cuma… Kenapa bapak dia rahsiakan kebenaran daripada Rizwan? Kalau Rizwan tahu perkara sebenar, kan Rizwan boleh tolong adiknya. Bodoh sak. Takkan Rizwan, sebagai seorang peguam, tak tertanya-tanya kenapa adik dia hanya dihukum di penjara selama 5 tahun padahal jenayah yang dilakukan adalah membunuh. Dan kenapa si Malik, walaupun dah berpuluh tahun memiliki kedai runcit tu, masih takde cukup duit untuk ke haji? Like, orang ada kedai selalu kaya kan? Kenapa Rizman tak amek bank loan untuk lanjutkan pelajaran? Atau kerja sambilan? Takkan nak harapkan duit bapak kau je. Saya harap pelakon cilik tu akan muncul di Suria lagi sebab dia comel dan lakonannya sungguh semula jadi!
Tahniah Flipside Stories kerana berjaya mengetengahkan telemovie yang amat tersentuh ini pada Hari Raya Haji. Syabas kepada Razi Salam dan barisan pelakon juga!
–Â Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle and Flipside Stories FB)
[…] Abang Pokai mencuri wang simpanan Haryani. Hmm… Dia ada motor kan? Kenapa tak kerja Food Panda, Deliveroo dan sebagainya? Kenapa harus curi? Dan semestinya Haryani akan menuduh dia kan sebab dia perangai setan. Selain itu, kenapa Haryani tidak menyimpan wang di dalam bank? Perangai Haji Malik. […]
LikeLike
[…] […]
LikeLike