Salam Zulhijjah, wahai pembacaku yang tak sabar nak long weekend minggu depan. Kalau nak sambut Hari Raya Haji dan sembelih kambing ok, tapi marah apabila orang-orang di China makan daging anjing. Hmm logik mana letak?
Kepada pembaca saya yang tidak menonton TV sebab ada perkara lebih afdol untuk lakukan, tahukah anda bahawa Suria mempunyai drama bersiri terbaru bertajuk 11 Oktober! Pertama kali saya terdengar pasal drama ni, saya ingatkan ada kena mengena dengan 31 Disember. Malang sekali, tidak. Drama ini merupakan satu drama landasan (???) untuk para peserta Anugerah Skrin 2016 menonjolkan bakat lakonan mereka di TV buat kali ke berapa entah. Menurut Suria, drama ini psiko-saspens. APA KEJADAH SAK. Kau fikir makcik-makcik faham psiko saspens haram tu apa?
Dibintangi Farhana M Noor, Syaiful ‘Ariffin, Iskandar Shah, Syafiqah Shahlan, Wirda Elliesa, Danish Ashraf, Nurul Nadia, Shida Lestaluhu, Kamarul Arifin, Fadli Kamsani dan ramai lagi. Pelik, pemenang wanita Anugerah Skrin mana? Ya-ya-oh je ke? LEL.
Walauapapun, kenapa tajuk dia 11 Oktober eh? Mari, saya beritahu anda apa yang berlaku pada 11 Oktober.
- Poland merdeka pada 1918
- Amitabh Bachchan dilahirkan pada 1942
- Dan lain-lain cari di Wikipedia
Tanpa membuang masa, ayuh kita saksikan apa yang berlaku dalam episod pertama.
Episod 1
Oh, babak di tengah-tengah tempat meletak kereta? Wow, apa yang bakal berlaku eh? Hmm… Serangan jantung? Disambar petir? Dirasuk pontianak?
COME ON SURIA YOU CAN DO BETTER THAN THIS. Baru episod pertama dah mati? Suria memang suka eh episod pertama mati. Kalau dah mati then dah la habiskan je drama ni. URGH.
Macam merepek ah dia kenek langgar sebab tempat luas abeh takkan kereta nak speeding kat tempat meletak kereta? Bukannya dorang pakai baju hitam/gelap sak.
Watak Haryani mencuba yoga untuk menenangkan fikirannya. Kan baik kau pergi sembahyang kat masjid or what. Posisi hampir sama. Nak buat yoga ni buat apa? Kan Mufti Mesyo (or negeri mana entah) kata HARAM. Abeh dia teringat peristiwa kemalangan jalan raya bapak dia yang dah mati tu?
HUH????? Dah bertahun sak kau tak over ke. GILA.
Ni mamat popz kat sekolah. Nama dia shibboleth. Shiblee sak nama dia macam kentang goreng Calbee sak.
Haryani terjatuh/terlanggar Shiblee dan telefon bimbitnya bersama Shiblee sebab Haryani kelam kabut. You know where this is going.
Si dekni punya yoga mat boleh double as hijab decorator ke? Inovatif! I suka.
Huh? Haryani merupakan pelajar tahun terakhir di uni tau. Abeh si dekni berbual macam budak sekolah rendah. Stop it sak!
Si jaket merah ni sepupu Haryani yang duduk sama rumah dengan Haryani sebab Haryani anak yatim kan. Kawan jenis apa ni tanak tumpang kawan. Rude sak.
Anyway, kesian eh dua-dua sepupu belajar kat private uni. *snorts*
Padan muka motor rosak! Karma namanya. Eh tak boleh cakap karma sebab karma tak islamik.
Aku tak pernah nampak orang baca surat duduk kat bawah blok. Selalunya diorang naik rumah dan baca ah. Atau dalam lif ke apa.
Macam mana diorang tanggung yuran uni sak?????
Biadap sak nak curi duit mak dia or Haryani tapi kosong lel.
Kononnya Regina George of the campus ah tapi takde kereta sendiri.
The more I look at her, I realise she’s like Raquelle.
Best letak gambar buruk Haryani?
Ni kursus apa ni? Belajar pasal respect. Apa sak professor ajar respect… Philosophy? NIE ke? Civics and Moral ke? What sak!!!!
Abeh marah bila ada pelajar datang lambat untuk lecture. YES THIS IS A LECTURE IN A ROOM WTF KAN. Setahu saya, profs tak kisah ah datang lambat or what. URGH.
Oh, kawan dia ada gitar tu pasal dia pun nak gitar.
Telefon bimbit dipulangkan. Kawan ejek dia mr popz.
Perhubungan antara Raquelle dengan prof ni apa eh?
Takde recorded lecture ke? Oh ya, tak boleh record sebab lecture dalam tutorial room. Kat uni pun masih ada orang yang prihatin kalau datang lambat dan ponteng kelas? Pelik.
Wow. Kakak-kakak hijab abad ke 21! Sanggup cuba panjat batu pulak.
Cinta berputik lattew.
Oh, mestilah si Calbee ni kenal Abang Batu tadi.
HUH… Si Abang Batu pergi ke taman permainan dan kebas-kebas abeh ni muncul. Ni diorang tulis semalam ke? “Forever friends”? Huh?????? So dia kawan childhood Haryani ah.
Berapa kali harus saya menonton babak ini? Saya tahu bapak dia dah mampos.
Kepada anda yang tidak tahu, watak ni sebenarnya syaiton/suara hati Haryani yang terperangkap di dalam dirinya. Kononnya dialah konflik dalaman Haryani yang dihidupkan sebagai watak fizikal ah. (Saya berpendapat begitu ah, unless episod kedua dia berbual dengan watak lain sebab watak ni hanya berbual dengan Haryani)
Di sini kita dapat lihat pelajar sepanjang hayat ya.
Wow, prof. Banyak masa prof nak berdiri di luar kelas untuk berbual dengan Calbee secara peribadi. Abeh kelas kat dalam tu apa hal? Tak penting? Tak boleh tunggu kelas habis dan berbual dengan Calbee selepas kelas?
Cik Hijabster berbual pasal Abang Batu.
Perhubungan mereka apa sak?
Mereka sedang merancang kem ala-ala NUS yang merecik.
Ini bukan feminist. Ni misandrist. Abeh lelaki ni pun bodoh sak, bawak beg si Raquelle.
Dia pun pelik. Drama ni pelik.
Mereka berempat bersama tapi Syaitonne tak berinteraksi bersama Calbee atau Abang Batu! Haryani dan Abang Batu sedar mereka rakan childhood.
Reaksi saya:
HUH????????????
So, drama ini mengenai seorang wanita yang tidak boleh get over yang bapak dia dah mati dan sering mempunyai konflik dalaman. But baru episod pertama so tanak cakap banyak.
Yang saya kurang suka adalah konsep universiti yang ditonjolkan melalui drama ini. Terlalu banyak calefare baca buku teks. Kuliah di bilik tutorial? Hmm… Profesor yang mengambil berat kehadiran pelajar ke kuliah? Whut.
On a side note, lakonan mereka masih err… Kekok? Entahlah macam rimas tengok diorang berlakon. But jom doa mereka akan improve ya.
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Facebook and Toggle)
[…] terlepas reviu episod pertama, boleh klik di sini. Kalau taknak baca, pendek kata, episod pertama mengisahkan seorang watak bernama Haryani yang […]
LikeLike
[…] di sini untuk membaca episod 1, 2 & 3, 4 & 5 dan […]
LikeLike