Perbincangan Rudy & Rilla: Episod 3

Salam sejahtera, semua! Salam September ya. Saya tanak buang masa macam mana orang-orang buang tanggungjawab dalam topik Rudy Rilla episod 3 ni eh. Tapi sebelum itu…

Kenapa dalam rancangan perbualan si Rilla pergi pasar cari buah? Apa kena mengena. Ni bukan rancangan memasak. Kepada anda yang ingin membaca episod sebelumnya, klik di sini.

Topik episod ketiga adalah…

Secara jujur, saya tak tau kenapa rancangan ni punya topik selalu setengah peribahasa la eh. Nak ada unsur sastera kot. Walauapapun, topiknya Berpatah Arang (Berkerat Rotan). Isu penceraian. Dan semestinya ini topik khas untuk Rilla sebab berbual isu nafkah anak.

Sebenarnya, jalan penyelesaiannya senang. Kalau kau sedar tu anak kau, kau tanggung lah kan. Dah cerai pun, tu masih anak kau. Kau putus hubungan dengan pasangan. Bukan dengan anak. Tetap darah daging kau. Case closed, itu sahaja kali ini.

 

Chey tak la.

Eh betul ke diorang nak kahwin? Gosip ni semakin hangat dan rasa macam betul je.

VT yang menunjukkan bahawa bekas suami tidak membayar nafkah namun ingin sangat berjumpa dengan anak. Bekas isteri melarang bekas suami daripada berjumpa anak kerana tidak membayar nafkah. Bekas suami  tidak membayar nafkah kerana tidak diberi peluang untuk berjumpa dengan anak. Bekas isteri tidak menerima wang nafkah daripada bekas suami dan oleh itu membuat keputusan untuk tidak membenarkan suami jenguk anak. Bekas suami rasa dia patut jumpa dengan anak dahulu sebelum membayar nafkah.

Awak perasan tak apa yang saya dah buat? Kan. Macam budak-budak, kan? Sampai bila nak salahkan satu sama lain. Dah la dulu sebelum cerai ada pertelingkahan antara mereka berdua yang menyebabkan pasangan berpisah. Dan semestinya korang akan benci satu sama lain 4Lyfe abeh akan sentiasa gaduh. Cuba matang sikit. Pasti akan selesai. Ni macam vicious cycle sak. Sampai Dajjal dah mampus pun tak habis sak.

Malang sekali, si anak yang merana kerana terpaksa menjadi saksi pergaduhan antara ibu dan bapa, menjadi mangsa penceraian mereka. Pelajaran mungkin ketinggalan (tiada tuisyen sebab tiada wang, ponteng sekolah sebab takde duit belanja). Banyak yang terpaksa dilalui oleh si anak. Ini pasti menjejas psikologi anak tersebut dan akan meninggalkan kesan kepada dirinya. Jangka masa pendek mungkin kemurungan, pelajaran semakin merosot dan sebagainya. Jangka masa panjang pula mungkin dari aspek perhubungan, pemikiran, pendirian dan lain-lain.

Secara peribadi, tak faham mak bapak yang dah bercerai tapi taknak kasi nafkah anak sebab tak suka lihat muka bekas. Padahal tu nafkah ANAK KAU sak. Kau dah syiok syiok buat anak abeh lupakan? What even. Tak rasa berdosa ke? Tak rasa serba salah ke? Abeh salahkan bekas isteri sebab terkejar-kejarkan nafkah. Padahal anak kau tu yang nak gunakan duit!

Saya ingin timbulkan satu persoalan. Bolehkah si anak membuat aduan kepada pihak berkuasa sekiranya si ibu/ayah tidak membenarkan si anak berjumpa dengan si ayah/ibu. Mungkin dalam situasi di atas di mana si ayah tidak membayar nafkah, si anak sebagai seorang anak yang memerlukan sokongan ibu dan bapa, berhak berjumpa ayahnya, no? Anak itu ada hak untuk meluangkan masa bersama ayahnya walaupun isu nafkah masih tergantung. Cos you know saya kan rights activist gitew. So, misal kata si anak nak saman si ibu (in the future) sebab dia tidak meluangkan masa bersama si ayah hanya kerana tidak membayar nafkah. Dan kalau si ayah meninggal tiba-tiba dan si anak tak puas hati sebab tak luangkan masa yang cukup bersama ayahnya kerana ibunya melarangnya berjumpa ayahnya. You know what I mean?

Sedikit statistik untuk menunjukkan bahawa perkara ini berlaku dalam dunia yang nyata.

Dalam VT di atas, isteri baru sanggup bayarkan nafkah sebab sayang punya fasal. Isteri baru dia tak pikiak betul-betul ke? Kalau suami haprak kau tak boleh bayar nafkah anak setakat berapa ratus dolar, dia sanggup ke nak tanggung bayi yang dalam perut kau tu? Bayi makan duit beratus sak. Bodoh punya perempuan. Si laki ni pun bahLOL. Anak satu tak sanggup bayar, nak ada lagi satu? Pui la. Tau lepaskan kat dalam je. Tapi tak fikir dalam-dalam. Bodoh.

Cik Saleha Rashidi, Penolong Pekerja Sosial Kanan dari PPIS Vista Sakinah yang membaca jawapan daripada iPadnya.

Mereka bertiga menimbulkan isu-isu hangat lagi menarik pada malam itu.

Antaranya jika duda/janda berkahwin dengan janda/duda yang ada anak dan masing-masing ada masalah nafkah. Hais. Sebab ada anak tiri dan anak sendiri. OMG KOMPLIKASI. Bayangkan kalau seorang ayah ni menampung segala kos anak tiri tapi anak sendiri ketepikan. Hais. Mungkin dia lakukan sebegitu untuk memikat hati anak tiri dan juga isteri baru but anak sendiri? Tambahan, dia tanggung keperluan anak tiri sebab bapa kandung anak tirinya tidak membayar nafkah. HAHAHAHAHAHAHAH. Masalah sak. Ada pula bila ada keluarga baharu, boleh bercuti tak ingat dunia tapi bila balik je lupakan tanggungjawab. Sila buat perancangan kewangan, ya bang?

Kalau terlalu sukar, saya ada jalan penyelesaian yang ingin saya syorkan.

Potong je lah dari gaji diorang! Macam deduct CPF. Senang cerita. Masuk ke akaun anak, bukan mak.

Dan kepada bekas isteri yang pandang serong kepada bekas suami kerana meminta wang nafkah daripada bekas isteri, harap taubat ya. Kalau bekas isteri tidak menjaga anak dan sudah berkahwin, dah berfoya-foya dengan suami baru, pls. Berikan sokongan kewangan kepada bekas suami yang menajaga anak awak. Kau nak pandang serong untuk apa? Apa kau dapat? Bangga? Tetek kau cup A takkan ke cup D pun. So bayar je.

Natijahnya, apabila pasangan sudah bercerai dan mempunyai anak kecil, saya  amat berharap mereka boleh mengetepikan masalah peribadi mereka semata-mata untuk anak-anak mereka. Saya pasti kita tidak mahu anak-anak menjadi mangsa penceraian kerana anak-anak ini merupakan masa depan Singapura. Ibu bapa yang sudah bercerai harus bersikap matang dan mementingkan kebahagiaan anak dan bukan kebahagiaan sendiri atau berniat untuk cemburukan bekas pasangan. Selalu berbincang sekiranya ada masalah membayar nafkah, bukan terpekik macam tailong. At the end of the day, wang nafkah itu akan diguna oleh anak sendiri. Anak merupakan pelaburan untuk masa depan kita!!! Fikirkanlah, wahai pembacaku.

Selamat Hari Guru!

– Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s