Perbincangan Rudy & Rilla: Episod 2 

Salam sejahtera, pembacaku. Dah bayar segala hutang-hutang Hari Raya? Maklumlah, orang kita suka sangat pakai dulu, bayar kemudian. Amalkan, ye. Sebenarnya tagline yang betul adalah pakai dulu, pajak kemudian. Haha, kelakarnya saya.

Pasti ramai yang telah menonton episod kedua Rudy & Rilla Isnin lalu. Topik hutang ini kembali lagi kerana masyarakat Melayu masih berhutang. Tak kisahlah secara haram atau tidak. Hutang tetap hutang. Cuma implikasinya je lain. Satu agresif, lagi satu tak sangat.

Topik malam itu adalah “Guli Lobang, Tutup Lobang”. Ye lah, dah pinjam abeh nak bayar hutang, pinjam lagi satu tailong. Abeh kata “biar papa, asal bergaya”. Tahukah anda, dalam frasa di atas, sebenarnya ada jalan penyelesaian untuk keluar dari kemelut hutang ni.

CARI SUGAR DADDY (papa) DUH.

Senang hidup. Kalau kau boleh pinjam secara haram, berbelanja ikut nafsu, tu kan hasutan SYAITONNE. Kalau nak ada sugar daddy, takot nak kasi badan? Hmm… Bingung saya tengok orang kita.

Lawa baju Rilla. Ada sayap gitew.

Tanpa membuang masa, ayuh kita lihat sketsa berikut.

Sebelum itu, dia yang berbaju hijo ni nak kerja kat pejabat ke nak pergi MET GALA sak?

Ok, so si minah kat kerusi ni tengah tengok-tengok beg berjenama. Belum gaji tapi nak gunakan kad kreditnya untuk membayar beg yang dia ingini. Padahal makan lunch setakat roti dengan kopi. Pui lah nak berlagak beg berjenama. Si bini Shrek pula mengajak minah kerusi ke restoran mahal. Minah kerusi pun ye kan aja la, akan bayar guna kad kredit.

Ekcili kenapa dia ada kad kredit kalau dia tak mampu? Kalau tak mampu jangan ada kad kredit la. Sebab kalau ada kad kredit seumpama melayan nafsu, kan? Kalau takde kad kredit kita tidak akan rasa teringin untuk berbelanja di luar kemampuan kita kerana kita tidak boleh (we don’t have the means). Dengan adanya kad kredit, minda kita tahu bahawa kita boleh belanja lebih dari apa yang kita mampu, so, kita akan senang terhasut. Kononnya kita akan bayar masa gaji. Tapi bila gaji datang bayar bil semua, terus tinggal duit untuk makan roti sardin semasa lunch.

Beberapa statistik untuk menunjukkan bahawa hutang tu kerja bodoh. Tak perlu dijelaskan. Sampai muflis jadinya. Orang miskin yang tinggal bawah jembatan pun hidup lagi mulia daripada orang muflis. Diorang takde hutang seh.

Dalam sketsa di atas, makcik-makcik quarters sedang bergaduh di majlis keramaian. (Ni la makcik-makcik tak beradab, abeh kata anak-anak sekarang kurang ajar) Anak si ungu meminjam wang daripada anak-anak si duduk. Si duduk kurang puas hati dan ingin anak ungu membayar anak-anak mereka secepat mungkin. Ungu pun kata dia boleh bayarkan.

Ni la mak. Tak boleh dengar nama anaknya diburukkan dan akan lakukan apa sahaja untuk membersihkan nama anak mereka. Jadi persoalannya, patutkah ibu bapa membayar hutang anak-anak? Jawapan peribadi saya adalah semestinya tidak. Terutama sekali bagi anak lelaki. Kau mulakan perkhidmatan negara je dah boleh kasi mak bapak makan seh. Ataupun boleh berhenti mengharapkan wang daripada ibu bapa. So ya, belajar untuk berdikari dan menguruskan kewangan sendiri.

Ini juga menimbulkan satu isu. Mungkin sekolah-sekolah di peringat pos-menengah boleh mengenalkan kursus di mana murid-murid boleh belajar menguruskan wang supaya mereka lebih bersedia untuk ke adult world. You know? Melalui kursus pendek ini mereka serba sedikit tahu bagaimana untuk menangani masalah kewangan pada masa hadapan.

Tetamu undangan Encik Saiful Nizam Jemain,  Penolong Pengurus Pusat Nasihat Hutang (DAC) mengatakan bahawa salah satu sebab utama mengapa orang Melayu kita terjebak dalam hutang adalah kerana perkahwinan. Saya setuju sekali. Proses sebelum dan selepas kahwin memerlukan banyak wang. Sebelum kahwin, pasangan harus rancang tempat, juadah, pakaian dan macam-macam lagi. Selepas kahwin, beli rumah la, ubah suai rumah la. Mesti lawa tau sebab rumahku syurgaku. Abeh anak la apa la ini la itu la. HUTANG BEB.

Akad nikah sudah. Islam tak ajar untuk menunjuk-nunjuk.

Sebelum apa-apa, 15 responden je? Siak ah. People, plis participate.

Jawapan saya, YA. Untuk membiayai pelajaran anak saya, tentunya ya. Kerana pendidikan merupakan pelaburan yang pasti akan membawa manfaat. Dan kesan masa panjangnya memang positif. Tapi kalau hutang untuk beli beg atau rumah mewah… Tak payah sua.

Natijahnya, kita jangan teringin benda yang luar dari kemampuan kita. Tak mampu, kerja keras sampai mampu. Bukan hutang. Jangan pinjamkan wang. Kalau awak kaya dan akan halalkan then ok lah. Tapi kalau awak sendiri kais pagi makan pagi, pls be selfish. Jangan pinjam wang untuk kawan atau sesiapa. Biar hubungan hancur tapi diri sendiri jangan hancur. Jangan ikut nafsu. Jangan nak gatal daftar kad kredit. Tu pendapat saya.

Anda bagaimana?

– Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Facebook)

 

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s