Perbincangan Rudy & Rilla: Episod 1

Salam Bulan Bahasa, pembacaku yang sememangnya mencuba sedaya upaya untuk melestarikan Bahasa Ibunda kita. Pasti ramai yang menonton rancangan yang paling relevan di Suria semalam iaitu Rudy dan Rilla! Dah 6 musim siol. Syabas Team Rudy & Rilla! Kalau youalls tak tau Rudy & Rilla tu apa… Harap masukkan kepala anda ke dalam periuk nasi.

Antara sebab mengapa saya ingin meneruskan perbincangan topik Rudy & Rilla kerana saya berpendapat bukan semua pandangan boleh diperbincangkan di TV. Maklumlah MDA tapis sini sana. Jadi, blog ini merupakan satu wadah untuk bincangkan pandangan yang kurang popular ataupun yang tidak begitu konvensyenal gitew. InsyaAllah saya akan melakukannya setiap minggu kerana saya tidak akan menulis review untuk drama Aduh…Bibikku sebab ia drama komedi so meh.

Untuk pengetahuan anda, soalan General Paper yang telah saya pilih untuk peperiksaan peringkat A yang menggalakkan saya untuk memulakan perbincangan ini.

How far, in your society, should unpopular views be open to discussion?

Jika diterjemahkan, ia bermaksud:

Sejauh manakah, dalam masyarakat anda, pandangan tidak popular harus terbuka untuk perbincangan?

Jawapan saya semestinya YA BINCANG JE kerana setiap pandangan itu pasti ada kesan. Langsung atau tidak, buruk atau baik itu terpulang.

Oleh kerana ia pandangan kurang popular, ramai yang akan kecik hati dan tidak setuju jadi saya syorkan awak tekan butang X merah di atas skrin komputer anda sekarang kalau awak tidak ada minda yang terbuka. Kononnya masyarakat Melayu = masyarakat konservatif la. Padahal2.


Topik episod pertama musim terbaru Rudy & Rilla adalah “Melentur Buluh”. Pendek kata, ia hal anak-anak muda yang bermasalah dan siapakah harus dipersalahkan, bagaimana untuk mengelak mereka daripada terjebak dakam gejala sosial yang tidak memanfaatkan dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

Antara isu-isu yang diperbicangkan adalah mengenai remaja lelaki yang gila seks.

Seperti VT di atas, anak lelaki itu makan kentang goreng LAYS yang sebenarnya tiada sijil Halal. Kelakarnya, mereka yang berdiri sedang mengejek mamat yang duduk sebab dia masih boy. HA HA HA. Semua masih boy lah!! Oleh sebab terlalu gian, mereka ke aplikasi WeChat untuk mendapatkan khidmat seks. Rilla bertanya Rudy mengapa boy bawah umur ini boleh melanggani kupu-kupu malam sedangkan nak beli rokok pun kena screen. Amacam pelacur tak screen? Malangnya, Rudy tak jawab soalan. Hais.

Oh, lihat tu. Tweet saya terpancar di skrin TV! Ikuti saya di Twitter!

Terdapat juga beberapa statistik mengenai remaja lelaki.

Saya ingin bertanya, adakah rancangan ini diterbit oleh seorang hardcore feminist? Kenapa statistik lelaki heteroseksual sahaja? Semestinya kaum lelaki mengadakan hubungan dengan wanita, jadi di mana statistik untuk kaum hawa? Dalam abad yang ke 21 ini, ia sudah menjadi satu kebiasaan di mana wnita juga gian dan meminta seks. Maaf cakap tapi minah tudung pun rosaque!

Selain itu, saya ingin tahu perbezaan statistik ini dengan statistik sama yang dilakukan mungkin 10-20 tahun yang lepas. Adakah ia satu kenaikan yang mendadak ataupun tidak? Setahu saya, seks di luar nikah bukan lagi perkara yang aneh atau perkara yang baharu dalam masyarakat kita. Maaf, kebenaran itu amat perit.

Mungkin ramai anak muda melakukan seks pada usia muda kerana secara biologi (biologically) badan kita yearns for it? It is the right age to do it(?). Apa yang saya maksudkan adalah, dahulunya ibu bapa kita nikah pada usia yang muda dan melakukan perhubungan seksual halal bersama pasangannya pada usia muda. Adakah ini salah satu faktor mengapa anak muda sekarang rasa gian dan oleh kerana susah nak dapat partner, mereka ke kupu-kupu malam? (Ini bukan pandangan saya tapi soalan)

Bukan itu sahaja, media massa juga memainkan peranan bagi statistik yang amat membimbangkan ini. Isu memperalatkan wanita (objectifying women) juga disentuh dan saya rasa ia juga salah satu faktor mengapa remaja melanggan khidmat pelacur. Mereka menganggap wanita sebagai objek yang boleh dibuat guna-guna. FYI, objectifying men doesn’t work the same way pls. Just like how reverse racism doesn’t equate to racism.

Dr Mariam Aljunied dari Rumah Kebajikan Muhammadiyah merupakan tetamu undangan pada malam semalam. Beliau mengatakan bahawa belia sekarang ibarat kereta yang ada high horsepower tetapi steering tidak stabil. Satu analogi yang amat tepat sekali dan mudah untuk difaham!

Isu 21 tahun juga timbul. Di mana persepsi bahawa jika seseorang anak itu sudah menjejak 21 tahun, dia bukan lagi tanggungjawab ibu bapa dan sebagainya. Sebagai Melayu/Islam, anak kita menjadi tanggungjawab kita seumur hidup kecuali dia dah kahwin kan. Tambahan, kalau anak kau 21 tahun tapi masih tinggal bawah bumbung kau, mintak duit kau, dia jagaan kau. Birthday kek kunci yang kau kasi semasa harijadinya tidak bermakna apa-apa.

Sebagai contoh, kes kegiatan-kegiatan yang mempunyai unsur seksual semasa Orientation Camp di NUS yang digembar-gemburkan. Mereka-mereka yang ke universiti boleh dianggap matang dan mampu membuat keputusan sendiri. Tetapi tidak! Mereka masih perlukan bimbingan orang tua. Bukan itu sahaja, ramai masyarakat Melayu menganggap pelajar universiti = baik. HAHAHAHAHA BYE.

Seperti apa yang Rilla katakan, ramai ibu bapa Melayu lebih rela kelakuan anak mereka terbongkar di depan mata mereka. Yang peliknya, kadang kala anak-anak melakukan kegiatan yang kurang senang di depan ibu bapa tanpa pengetahuan ibu bapa!!!! Sebagai contoh, membawa balik rakan untuk school project tapi sebenarnya dalam bilik tengok benda lucah!!!!! Dan kita juga tidak boleh menafikan bahawa ada ibu bapa yang tidak kisah jika anak mereka membawa rakan yang berlainan jantina ke dalam bilik. Ibu bapa terlalu percayakan anak mereka!

Dalam rumah dia ada alkohol seh. Ni mesti mak bapak minum. Tu pasal macam gini. ALkohol nak, ALlah taknak.

Haruskah wanita belajar seni bela diri semata-mata untuk mengelak daripada dirogol? Ataupun lelaki harus diajar untuk menghormati wanita dan mengawal nafsu? Saya feminist, so jawapan saya kawal nafsu ah. Lower your gaze! Apa-apa pun, bawak pepper spray.

v4wvk

Natijahnya, setiap individu harus memilih rakan yang betul dan bukan tak betul. Selalu adakan Plan B jika anda terjebak dalam keadaan yang mungkin akan menghilangkan dara awak. Seumpamanya, apabila di party rakan dan anda mula rasa curiga, hidupkan alarm pada waktu maghrib dan jawab telefon itu seolah-olah ibu anda menelefon anda. Beritahu si tuan rumah bahawa anda ingin pulang. Senang kan? Ibu bapa juga memain peranan penting untuk mengawasi anak-anak. Memang benar pada usia remaja, anak-anak memerlukan kebebasan namun pada masa yang sama, ibu bapa harus sedar bahawa anak-anak mereka tetap tanggungjawab mereka dan mereka berhak mengawal pergaulan anak-anak mereka. Sebagai orang Islam, kita harus berbalik kepada agama. JANGAN MENGHAMPIRI ZINA. Saya berpendapat sebagai seorang individu, kita harus mempunyai pendirian yang teguh. Pendidikan, kesedaran, agama dan ibu bapa merupakan penyumbang pendirian seorang anak.

Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s