Salam! Bila terbaca tajuk je dah macam saspens, kan?
Beberapa hari yang lalu, saya telah mengGoogle “Pengkritik Sandiwara” dan terserempak dengan sebuah blog yang dihos oleh Blogger.

Saya rasa agak teruja kerana saya fikir ada orang berbual pasal blog saya. Tak kisah lah ulasan positif atau negatif kerana saya akan mengambil segala kritikan. Constructive criticism gitew.
Namun, alangkah terperanjatnya saya apabila terbaca inti blog ini setelah saya klik link yang tertera di halaman kedua Google search. Segala ayat, perkataan, frasa, gambar diambil bulat-bulat dari blog saya. Jantungku henti buat seketika, tanganku menggeletar sehinggakan iPhone yang digenggam di tangan hampir jatuh. Aku lepaskan nafas panjang dan beristighfar. Apakah salahku?
CHEY STEP SAK.
Tapi memang terkejut ah bila nampak blog ni COPY PASTE 100% tulisan saya.
Sejauh ini blog Laura Bouhuys (???? What is that even) telah copy paste dua entri. The Hush dan Kupasan: Kecoh-kecoh Ramadan. TETAPI, dalam entri Kupasan: Kecoh-kecoh Ramadan, terdapat beberapa entri lagi. Sebagai contoh,
THE HUSH (IKR berapa kali nak copy??)
YOU KNOW A MALAY MOTHER IS SCOLDING YOU WHEN (I reblog pun dia nak)
Jumlah 8 entri saya yang si lahaghau ni copy paste tau.
Pada mulanya saya amat geram dan marah tapi bila tengok blog dia, macam BOT aja. Jenis yang copy paste segalanya. Saya ok ah kalau kau nak copy paste dan tengahkan drama-drama Melayu di blog kau (I think that’s your objectives) tapi at least letak lah link saya di situ. Sebagai contoh: laurabouhuys.blogspot.com
Senang dan mudah sekali! Tak sampai 5 saat.
Saya telah cuba menghubungi si polan ni tapi dia tak jawab ah so… Saya juga telah ke Blogger untuk membuat aduan tapi Blogger asyik redirect me in circles so saya give up.
Saya benar-benar harap pemilik blog ini akan menghubungi saya dan selesaikan masalah ini secara damai sebab saya demokrat ah. STEP SAK.
Penat tau tulis blog ni. Satu entri makan masa sebanyak 3 jam. Tak dibayar lagi. Ni la sebab suka sangat. Abeh senang-senang orang tiru, eh? Tu pasal saya beli lagu di iTunes sebab saya takut dosa.
Orang selalu kata “Imitation is the sincerest form of flattery.” Tapi bagi saya tidak. Ini kerana segala kerja keras, titik peluh saya “dicuri” untuk…? Untuk apa pun saya tak pasti. Tidak flattering langsung.
Kepada anda yang tahu hal-hal ni, apa yang harus saya lakukan?
Whatever it is, saya amat ghairah untuk esok kerana hari pertama di sekolah!!!!!
Woohoo! Happy National Day!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos are SS from that website lol, header from here)