Aduh… Bibikku: Episod 1

Salam SG51, pembacaku yang sememangnya patriotik sangat sehinggakan sanggup menghabiskan cuti panjang di Tanjung Pinang.

Kali ini saya bakal kupaskan drama terbaru Suria yang bertajuk, “Aduh…Bibikku”. Kenapa aduh? Apa yang bibik kau buat? Sungguh musykil dibuatnya.

IMG_6814

Sebagai warga Melayu Singapura, tidak boleh dinafikan bahawa bibik memainkan peranan penting dalam hidup kita. Walaupun keluarga saya tidak memiliki mengupah seorang bibik, saya serba sedikit tahu akan kepentingan bibik dalam kehidupan sesebuah keluarga kerana nenek saya ada PA aka bibik.

Pertama kali saya terlihat/terdengar tentang drama ini, saya benar-benar berharap Suria akan mengemukakan isu-isu serius yang berkait rapat dengan pembantu rumah di Singapura. Ini akan saya bincangkan setelah saya kupaskan drama ni, ya.

Drama ini sebenarnya tentang tabiat dan perangai jenis-jenis bibik yang wujud di muka bumi. Setiap bibik mempunyai karenah masing-masing dan bekerja untuk keluarga yang dibelenggu masalah atau cabaran tersendiri. Bagaimanakah bibik-bibik ini menyempurnakan tanggungjawab mereka sebagai pembantu rumah dan pada masa yang sama mengharungi cabaran di tempat kerja dan di luar serta mempertahankan pendirian masing-masing?

Ayuh, ikuti Suhaillah Salam, Atyy Malek, Endang Rahayu Ruslan dan Nina Halim sebagai bibik-bibik utama dalam episod pertama Aduh…Bibikku!


Episod 1

IMG_6815IMG_6816

Saya akan berikan dia gelaran Bibik Sofist sebab dia sofistika dan feminist gitew. Dalam acara keramaian mingguan, Sofist selalu akan berpidato tentang mencapai impian dan perjuangan wanita. Sofist juga ada kelab sendiri iaitu KEPEMDO. Kelab Pembantu-pembantu Indonesia. Saya amat suka dengan perwatakan Sofist yang bervisi dan cekal walaupun dia hanya sekadar pembantu rumah. Semangat untuk berjaya masih membakar dalam dirinya. GET IT, GURL.

Cuma saya tak suka bila ada bibik ni pekik Agnes Monica sebagai salah seorang tokoh wanita, Sofist macam annoyed ah. Padahal Agnezmo dah perjuangkan segalanya untuk ke dunia ANTARABANGSA.

IMG_6817

Wanita ni baru dapatkan bibik baru tapi agak ragu-ragu dengan bibik baru.

IMG_6818

Ini lah yang saya tak suka pasal Suria. Kononnya saluran Melayu yang ingin menggalakkan pengunaan Bahasa Melayu tapi adakan babak di mana watak ibu berbual dengan anak kecil dalam Bahasa Inggeris? Tak faham. Sepatutnya Bahasa Melayu. Lagipun, ini rancangan keluarga, sepatutnya berbual Melayu sudah. Nanti anak kecil kita tengok budak kecik kat TV pun berbual Inggeris dengan mak bapak, jadi dia pun boleh ah.

Keluarga ni mempunyai seorang bibik serba boleh bernama Wiwik. Wiwik mengendalikan segala urusan rumah dan juga hal anak-anak keluarga ini.

IMG_6819

Mel baru sahaja pulang dari Jepun setelah bertahun duduk di sana. Dia agak kurang senang melihat kehadiran Bibik Sofist dalam rumahnya.

IMG_6820

Bibik BahLOL ni step buat tahu semua benda tapi sebenarnya tak tahu apa kejadah pun. Si majikan lagi NGOK percayakan kata-kata manis si BahLOL ni. Saya asti anda semua dah teka apa yang bakal berlaku, BahLOL disuruh melakukan sesuatu tetapi akhirnya BahLOL merosakkan mesin/benda kan? Suria begitu klisye.

IMG_6821

Comel la dua beradik ni berlakon. Ibu mereka telah masak makan malam tapi tak sesedap masakan bibik. Haha. Ibu mereka nak latih masak untuk gerai.

IMG_6822

RUDE???? Si Jepun ni tak suka Sofist duduk bersama di meja makan. Menyampah sak. Padahal dia dah jaga mak kau bila kau kat Jepun sak. Abeh nak step? Kononnya nak berbual dengan mak la, apa la. Dari tadi tak berbual! Kesian Sofist duduk di dapur.

IMG_6824IMG_6825

KLISYE. Majikannya memarahinya. Tu je.

IMG_6826

Dia baru sedar bahawa Wiwik boleh melariskan makanan di gerainya. LOL.

IMG_6827

Keesokan harinya, Wiwik menyediakan rempah-rempah untuk gerai majikannya. Terus gerai dia trending, you.

IMG_6828

Ni Sofist merepek HAHAHAHA. Nak pikat hati majikan masak tahu telur. Abeh bibik lain semua kata takde resipi lain ke??? #DEAD sak. Pakai lawa-lawa setakat kongsi resipi tahu telur!!! Bagus eh bibik pakai lawa-lawa.

IMG_6831

Ini pula Sus. Saya rasa Sus ni macam bibik-bibik rileck ah. Dia asyik balik kampong la. Bila datang Singapore je jual jamu. Bagus, buka perniagaan.

IMG_6832

Hafeez Glamour memang suka kerja dengan pembantu rumah eh? For now, watak dia belum ada kesan lagi.

IMG_6833

Dia nak Wiwik masak rempah hari-hari dan tolong hantar delivery… Bukan ke tu salah di sisi undang-undang? Walaupun dinasihati oleh suaminya, dia tetap nak Wiwik lakukan kerja haram tu.

IMG_6834

Kesian mak dia makan sushi.

IMG_6835

MAlam-malam buta pergi dapur cari makan. Hahahahaha. Nasib Sofist masakkan.

IMG_6837

Kawan-kawan dia datang rumah konon nak makan tapi…

IMG_6838

HANGUS. Si BahLOL tu la! Tapi kalau letak makanan kat ketuhar gelombang mikro untuk seminit dua lebih takkan berkepul-kepul sak asap. LAME.

Kosa kata minggu ini: Ketuhar Gelombang Mikro = Microwave Oven.

IMG_6839

Dia nak tukar bibik tapi siapa sanggup sak???


Sejauh ini saya suka dengan rancangan ini kerana terdapat 4 orang bibik yang mengongsi kehidupan mereka sebagai pembantu rumah di Singapura. Dan dalam kita berketawa menyaksikan drama berunsurkan komedi ini, terdapat juga beberapa isu-isu yang boleh diajak berbincang bersama rakan anda waktu makan tengah hari.

Sebagai contoh, isu majikan yang terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk menyelesaikan hal anak-anak. Pada pendapat saya, ini satu masalah kronik (Pak Raden pun kalah) kerana anak-anak akan lebih meluangkan masa bersama pembantu rumah. Disebabkan itu, ibu bapa semakin jauh dengan anak-anak dan anak-anak akan percayakan dan menyayangi pembantu rumah lebih dari ibu bapa sendiri. Ini amar membimbangkan kerana ibu bapa telah melepaskan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa kepada pembantu ruman tapi akan rasa tidak puas hati apabila anak-anak mereka tidak menjalin hubungan rapat dengan mereka.

Kedua, menyalahgunakan hak sebagai majikan. Melalui watak Wiwik, kita dapat lihat bahawa Wiwik disuruh melakukan tugas yang tidak sepatutnya dia lakukan. Ini sememangnya salah di sisi undang-undang. Namun, majikannya sanggup bayar lebih untuk tugasan lebih tu. Ia menjadi satu isu perbincangan bukan?

Saya harap lebih isu seperti isu cuti, hak pembantu rumah (ataupun saya suka panggil hak asasi manusia sebab it’s basic rights), xenophobia, isu wang dan lain-lain akan dibincangkan. Secara terus terang, saya rasa Singapura masih cetek ah when it comes to pembantu rumah. Padahal bibik pun manusia, tapi disuruh kerja macam hamba. What even. Yang best bila those xenophobes yang rely on foreign domestic helper untuk jaga mak bapak yang sakit tenat. Hipokrit sak.

Dengan adanya rancangan ini, mungkin kesedaran tentang pembantu rumah akan meningkat dan persefahaman antara majikan dan pembantu rumah akan lebih mudah untuk dicapai.

Pengkritik Sandiwara

(Photos are from Mediacorp Suria’s Toggle)

Advertisement

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s