Hos!pektakular

Salam hujung minggu semua! Wah wah, cuti panjang eh you alls (termasuk saya). Maklumlah Hari Kebangsaan yang ke 51 katakan. Cakap pasal Hari Kebangsaan, Suria ada cerita baharu yang menyambut bakat-bakat tempatan! Rancangan apa? Rancangan ni la Hos!pektakular.

IMG_6714

Kenapa tajuknya terlalu Inggeris? Spektakular???? What even. Syabas Suria sebab menggalakkan pengunaan Bahasa Melayu. NOT. Walauapapun, rancangan ini sebenarnya memanggil hos-hos tempatan untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang pengacaraan dan melalui rancangan ini mungkin, MUNGKIN, mereka mampu memaksimakan kebolehan mereka dalam bidang ini. Ini agar mutu pengacara-pengacara di Singapura akan meningkat dan ada standard gitew.

IMG_6715

Dihoskan oleh Suhaimi Yusof dan Najip Ali (selaku dalang rancangan ini), dengan penampilan khas Sarah Sechan yang diterbangkan dari Indonesia you.

I mean, hos Indonesia mana lagi yang boleh Najip Ali jemput sebagai pengadil tetap rancangan ni? Orang Singapura cuma tahu Sarah Sechan je. Ya, mereka bertiga merupakan hos selaku pengadil rancangan ini.

IMG_6716

Korang pasti tertanya-tanya, kalau menang dapat apa? Nampak tu? Suria banyak sangat duit nak beri kat artis. Jumlah wang yang bakal diberikan melebihi $30,000!!! Mak oi! Banyak duit nak kasi artis kita.

Saya pasti sesetengah daripada anda mungkin macam ada perasaan Déjà Vu gitu sejauh ini. Macam rancangan ni pernah wujud. FYI, RANCANGAN INI MEMANG PERNAH WUJUD. Cuma tajuk lain, dan target lain, penyanyi bukan pengacara. Rancangan apa? Rancangan Pop Agenda. Tajuk omputeh jugak!

Nak tahu apa Pop Agenda? Cuba lihat di bawah.

Hyrul Anuar juga menulis tentang pengalaman beliau di rancangan itu. Baca di sini: https://iamhyrulanuar.wordpress.com/2010/02/08/popagenda-debuts/

Kedua-dua rancangan ini serupa. Najip Ali mencipta sebuah wadah untuk bakat-bakat tempatan menunjukkan kebolehan mereka. Dengan memanggil pengadil dari luar Singapura, mungkin bakat-bakat Singapura bakal dicungkil oleh mereka-mereka di Malaysia/Indonesia.

Tapi apa terjadi kepada penyanyi-penyanyi yang telah melalui rancangan Pop Agenda ini?

F L O P Z

Saya akan jelaskan isu ini pada akhir entri ini. Buat masa sekarang, jom kita sambung cakap pasal Hos!pektakular.

IMG_6717IMG_6718

Pasangan pertama, Farhana M Noor dan A B Shaik.

Erm… A B Shaik tak payah la masuk rancangan ni. Stick to radio dan bisnes dia sudah.

IMG_6720IMG_6721

????? Aura Shai dan DidiCazli? Aura Shai boleh sertai A B Shaik untuk kembali ke konti radio dan memutarkan lagu DidiCazli ye. Saya rasa saya dah curahkan isi hati saya tentang pengacaraan Didi di entri Adam & Hawa so tak perlu nak add on lagi. Kenapa sertai rancangan ni? Album tak laku?

IMG_6725

Mereka pun memulakan rancangan mereka iaitu untuk mengadakan sebuah talkshow bersama tetamu jemputan, Bocil. Secara peribadi, saya rasa A B Shaik begitu spontan dan semula jadi. Farhana M Noor macam asyik tergelak je. Topik mereka agak menarik, iaitu perbualan dengan kanak-kanak, fesyen kanak-kanak. Boleh diajak berbahas sebab saya rasa bahasa kanak-kanak dan bahasa dewasa amat berlainan. Cuma saya rasa it’s very one-sided ah.

IMG_6726IMG_6728

Pusingan kedua bertajuk “Emosinyaaa!!” pula mencabar kespontanan dan kepantasan hos-hos kita. Mereka diharuskan untuk mengacara mengikut emosi/perasaan yang tertera. Sebagai contoh, memuji. Jadi topik yang diperbualkan adalah pasal puji-memuji la. Nasib bukan memuja.

IMG_6729

Lame sak topik diorang.

IMG_6733

Saya pasti mereka menulis skrip mereka (entah siapa yang tulis) dan mereka telah melakukan kesalahan yang besar. Sejak bila bubbles = belon? Belon tu balloon. Bubbles = buih sabun. ZZZZZZ

Saya berpendapat bahawa cara mereka mengetengahkan topik mereka sungguh kreatif dan berkesan. Iaitu kepentingan bibir. Sungguh menghiburkan, cuma saya rasa lebih maklumat tentang bibir boleh dikongsikan bersama penonton.

Alias Kadir kelakar 5ever sak.

IMG_6734

Giliran mereka pulak untuk beremosinya!!! Sungguh lepak seperti dalam konti radio.

IMG_6736

Dah agak dah.

IMG_6737

Oooo Aisiqa! Dia lah sebab utama saya tonton rancangan ini.


Saya harap sangat-sangat mereka-mereka yang terlibat dalam rancangan ini akan meningkatkan mutu pengacaraan mereka. Walaupun saya tanak tengok Didi hos rancangan apa-apa di Suria but it’s k.

Apa yang akan berlaku setelah seorang pemenang telah dinobatkan? Akankah pasangan tersebut menaikkan taraf bidang pengacaraan? Atau ambil wang $7500 dan kembali ke kehidupan mereka yang biasa?

Untuk pengetahuan anda, pasangan yang memenangi akan mengadakan rancangan talkshow selama satu jam di rancangan ini. Lepastu apa? Kedua-dua mereka akan menjadi hos-hos yang akan mengacarakan Pesta Perdana? Rancangan-rancangan LIVE di Suria? Hmm?

Pada pendapat saya, rancangan Pop Agenda dan Hos!pektakular ini merupakan satu wadah yang amat bagus untuk mengetengahkan bakat-bakat yang sedia ada. Dengan adanya rancangan ini, mereka dapat lebih exposure ah. Namun, rancangan seperti ini sekadar pemangkin untuk mereka mencapai kejayaan mereka. Adakah mereka akan terus mengejar impian mereka setelah tamatnya rancangan ini? Kalau mereka sertai rancangan ini sekadar untuk suka-suka?

Lihat sahaja rancangan Pop Agenda, di manakah penyanyi itu semua? Seperti yang saya katakan, keinginan untuk berjaya harus datang dari diri mereka sendiri. Rancangan seperti ini sekadar pemangkin je. Mereka harus bekerja keras dan melakukan lebih daripada apa yang mereka lakukan sekarang untuk benar-benar hit the regional market.

Pada masa yang sama, saya fikir bahawa Najip Ali telah melakukan banyak perkara untuk mengetengahkan bakat-bakat Singapura di rantau ini. Secara jujur, he is such a big inspiration for all of us and I admire him so much lah!!!

Harap-harap something big will happen from this show ah eh. Amin.

Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)

Advertisement

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s