Salam Ogos dan juga salam Zulkaedah, wahai pembaca setiaku sememangnya merindui saya sebab dah lebih seminggu saya tak update blog ini walaupun ada rancangan baharu di Suria seperti Hos!pektakular dan cerita bibik-bibik tu, kan?
Malang sekali, saya tidak akan menulis tentang rancangan Mediacorp Suria kali ini. Malah, saya akan cecite pasal pementasan Rosnah. Sebuah monodrama yang dilakonkan oleh Siti Khalijah, diarah oleh Alvin Tan, diterjemahkan oleh Adlin Alin Mosbit dan ditulis oleh Haresh Sharma! Kepada anda yang mengikuti blog ini, pasti anda tahu bahawa saya telah menonton dengan salah seorang pembaca yang amat bertuah sekali sebab dapat keluar dengan saya muahaha lame sak.
Ekcili keluar dengan saya macam buzy ah sebab asyik terserempak dengan artis je. Semalam kita nampak beberapa artis tau. Sebagai contoh, Fiza O, Marina Yusof, Wirda Elliesa, Nura J, Riz Sunawan dan ramai lagi. Maklumlah, I kan femes. Kasihan saya tengok pembaca saya yang asyik terbeliak matanya apabila ternampak artis. Dan mestilah kita nampak Huda Ali sebab dia kan bos di Festival kat esplanade tu.

Saya sarankan youalls pergi ah bazaar ni sebab tak begitu sesak, bukan macam Geylang. Makanan hipster semua dipindahkan ke sini so ya. Dan kepada anda yang bajet, youalls boleh saksikan persembahan di luar Esplanade yang dihoskan oleh Bonda Bedah dan Mak Temah! Kekek saya dibuatnya. (trivia: semalam saya baru sedar LalooLalang = lalu-lalang, bye)
Ok enough talking, let’s get started.

Apabila mendapat tahu bahawa pementasan Rosnah ini sebenarnya sebuah monodrama, saya agak keliru. Apa bezanya monologue dan monodrama? Secara terus terang, ia pertama kali saya terbaca perkataan “monodrama”. Perasaan ingin tahu semakin meningkat semakin hari dan saya benar-benar nak tahu apa itu “monodrama”.
Siti K berjalan ke pentas dan mula bercakap dengan selamba, saya sungguh terhibur dengan wataknya yang amat berbuih (bubbly lel). Konsep pementasan ini juga sungguh santai dan Siti K mampu mengajak penonton untuk bersama-sama menjalani cerita ini dengannya kerana kita diajak bernyanyi dan berselfie (pls upload the photos somewhere) bersama.
Kisah Rosnah bermula di “transit”. Rosnah merupakan seorang wanita Melayu Islam yang berjaya melanjutkan pengajian di sebuah institusi di London. Pada zaman sekarang, ia menjadi satu kebiasaan bagi anak Melayu ke luar negara dan melanjutkan pelajaran (esp to Australia) tapi pada zaman 90an?
Dan oleh kerana itu, Rosnah rasakan bahawa ia merupakan satu tanggungjawab sebagai seorang anak Melayu untuk menamatkan pengajiannya dan pulang ke rumah dan menyumbang bakti kepada negara dan masyarakat. Tanggungjawab atau beban?
Semasa di London, Rosnah terpaksa mengharungi pelbagai situasi yang mampu meruntuhkan pendiriannya. Dia berdepan dengan islamophobia, karenah rakannya Muslinda yang dah havoc dan terjumpa mamat omputeh yang ingin memulakan perhubungan dengannya. Bagaimanakah Rosnah akan mengharungi cabaran ini semua di negara asing, jauh dari keluarganya?
~* Spoilers Alert *~
Rosnah mati. Chey tak lah. Rosnah pulang ke Singapura membawa Stephen dan ingin kenalkan Stephen kepada neneknya. Nenek dia yang mati. Klisye kan? Walaupun klisye, saya rasa kesannya ketara ah. Airmata dah bertakung kat mata siol bila Rosnah terpekik-pekau. Abeh si Stephen tanak kahwin sebab dia agnostics. Ekcili saya tak faham ni agnostics ah???? I roll my eyes @ agnostics and murtad (yang cannot explain to me why the left their religion [not only Islam]) like huh???? Atheist lagi mulia sak.
Setelah itu, Rosnah, Siti K, Siti Zubaidah dan Nenek mengadakan satu sesi bahas (konflik dalaman gitew) di tebing sungai di Glasgow. Di babak inilah baru saya faham kenapa Rosnah wujud dalam diri kita. (At first saya ingatkan macam blasphemy ah sebab macam holy trinity sak) Watak Rosnah wujud dalam diri kita kerana perwatakannya melambangkan kita semua.
Ketidaktentuan. Kadang kala kita tak tahu apa nak buat, pada masa yang sama nak lakukan banyak perkara. Keberanian. Kita harus menyahut cabaran dan mengambil risiko untuk mendapatkan apa yang kita inginkan. Keyakinan. Kita harus percaya bahawa kita boleh.
Fuh macam esei sastera pulak.
But ya, Rosnah relates to me so much. As y’all loyal readers know I just entered uni and I just finished camp (ya you stalkers can strike one uni out if you wanna know which uni I’m in), dan keinginan untuk menyumbang balik kepada masyarakat Melayu is there. Beban untuk berjaya dan mengharumkan masyarakat pun wujud. Tak payah ke luar negara untuk terpengaruh dengan budaya Barat. Kat SG pun ada budak uni Melayu yang dah murtad sebab pergi clubbing banyak sangat. Tak payah ke Eropah untuk rasakan islamophobia, kat sini pelajar Melayu dipinggirkan sebab cheers kebanyakan dialek Cina. Bila kau cakap kau Melayu diorang tengok kat kau macam kau makhluk asing baru darat di Bumi.
Saya tak sangka suara Siti K begitu lunak sekali ya! Saya suka! Terutama sekali apabila dia nyanyi Fantasi Bulan Madu. Fuh!
Cantik kan set! Senget sebab saya amek gambar ni stealth mode sebab ada crew Esplanade dan Adlin Alin Mosbit kat belakang hahaha lame. Yang empat segi tu saya ingatkan tempat duduk je tapi di situlah di mana mereka simpan prop-prop ya.
I also LOVE LOVE LOVE the songs played by Bani Haykal!!! Fuh jiwang sak. I suka.
Soundcloud: https://soundcloud.com/banihaykal
Really suka muzik dia sebab kreatif!!!
Saya juga berpendapat bahawa pementasan Rosnah ini amat similar dengan babak terakhir Hotel iaitu di mana isu sementara, penghijrahan diketengahkan.
This show is very apt for me ah sebab sekarang saya sedang menjalani “transit” phase ah and there’s so many things on my mind. O Allah, guide me.
Kepada anda yang ingin tonton Rosnah, tiket dabes.
Soalan Bonus: Kenapa Rosnah dan bukan Roslee? Yes I know isu wanita, feminism juga disentuh tapi bagaimana jika Rosnah seorang lelaki? Hmm…
– Pengkritik Sandiwara
[…] monodrama The Necessary Stage yang ditulis Haresh Sharma dan diarah Alvin Tan (sama juga untuk Rosnah!), ia boleh dianggap sebagai sebuah respons bagi monodrama Best Of yang dipentaskan pada tahun […]
LikeLike