Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Anak watan Singapura, Aaron Aziz, lancarkan pewangi tersendirinya yang diberi nama Oud Sabr by Aaron Aziz baru-baru ini.
Pewangi pertamanya kini boleh ditempah dahulu di stokis-stokisnya. Bagi peminat Singapura yang inginkan pewangi ini, anda boleh ke stokis Singapura untuk mendapatkannya.
Anda boleh klik gambar di atas untuk menempah minyak wangi misteri, berkayu bersertakan wangian binatang eksotik dan manisan (as stated in the kapsyen)!

Pada masa yang sama, Aaron juga masih mencari 2 lagi slot stokis bagi pasaran Singapura. Jika anda ingin menjana pendapatan tambahan… ini peluang korang ler!
Menurut IG Story @sabr.byaaronaziz.singapore, harga minyak wangi ini hanya $25, promosi harga sempena pelancaran!

Harga biasa bagi wangian ini berharga $30.
Berbual di IGTVnya, Aaron berkata bahawa beliau suka menggunakan oud yang dibeli di Tanah Suci, tapi payah untuk beliau cari oud yang dia inginkan apabila wangian itu sudah habis.
Mujur, selepas banyak kajian, terciptalah wangian atau produk yang beliau percayakan, iaitu Oud Sabr by Aaron Aziz. Menariknya, kotak wangian itu melambangkan kaabah.
Aaron juga menjanjikan bahawa pengguna Oud Sabr ini tidak rasa hampa dan akan rasa rindu terhadap Tanah Suci.
So… adakah korang akan sokong Aaron dengan membeli sebotol oud ni?
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header: Instagram Aaron Aziz Oud)
[…] Yang penting, jom beli pewangi Aaron Aziz! […]
LikeLike