Azzam Sham juarai Big Stage 2020

Salam sejahtera, pada pembaca setiaku!

Setelah 8 minggu bertarung, akhirnya pemenang Big Stage musim ketiga telah dinobatkan!

Tidak lain tidak bukan, takhta Big Stage tahun ini dirampas Azzam! Apakan tidak, hampir setiap minggu (6 to be exact) pasti Azzam akan dapat BBNU of the week!

Azzam Sham mendendangkan lagu Aku Bidadari Syurgamu, nyanyian asal Dato’ Sri Siti Nurhaliza, dan Grenade, nyanyian asal Bruno Mars, dalam konsert akhir bertemakan Ultimatum malam tadi, dan meraih markah sebanyak 67.85%!

Juara Big Stage 3 itu menewaskan Usop, Qody Rany, Dinie Rashid dan Fadh Majid yang mendapat tempat kedua hingga kelima masing-masing.

Minggu ini, Misha Omar menjadi pengadil jemputan, mengiringi juri tetap Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Ajai dan presiden netizen, Kak Lina Pompom.

Sebagai juara, penyanyi yang popular dengan lagu Biar Saja itu membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 bersama piala Big Stage!

Konsert finale ini juga diserbu hos-hos Gegar Vaganza 2020, Nabil dan Jihan, yang mempromosikan rancangan realiti itu yang bakal mula minggu depan!

Sebelum ini, Sarah Suhairi menjuarai Big Stage 1 manakala Hanbyul memenangi Big Stage 2.

Apa pendapat anda? Adakah Azzam layak menang?

Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Instagram Big Stage)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s