Saksikan Piala Suara Serumpun secara langsung di YouTube!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Setiap tahun, peminat mahupun penggiat seni Dikir Barat pasti akan tidak sabar untuk menonton serta menyertai peraduan tahunan Dikir Barat setempat yang dimulakan semenjak 2008!

Piala Suara Serumpun (PSS) merupakan peraduan yang diadakan setiap tahun untuk memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi yang berkecimpung dalam seni ini.

Walaupun wabak Covid-19 tidak membolehkan orang ramai berkumpul seperti biasa, ini tidak menghambatkan jawatankuasa PSS untuk terus adakan peraduan ini!

Malah, PSS tahun ini diberi nama E-PSS kerana anda semua boleh menonton peraduan ini secara langsung di wadah YouTube!

Ditayang pada 7 November kelak, anda bakal menyaksikan kumpulan-kumpulan bertarung dalam video 8 minit yang telah mereka rakamkan! Tahun ini, sebanyak 15 kumpulan yang bakal sertakan diri, daripada politeknik, ITE dan juga universiti.

Menjelang acara kemuncak ini, ada boleh menonton siri di mana mereka mewawancara orang-orang penting yang menjayakan PSS, di IGTV dan saluran YouTube mereka!

Bertemakan ‘Tangan Tidak Tercapai Bulan’, anda boleh saksikan peraduan ini seawal 11 pagi hinggalah 6.15 petang di YouTube mereka. GOH Dr Mohammad Maliki Osman turut akan membuat kemunculan dalam peraduan ini!

Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s