Muara Festival 2020 ke wadah digital!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Pada suku ke-empat setiap tahun, pasti ramai yang menanti-nantikan Festival Muara oleh Era Dance Theatre yang berlangsung di Esplanade.

Apakan tidak, kumpulan-kumpulan tarian dari sekolah-sekolah, pengajian tinggi, kumpulan tarian setempat serta serantau menonjolkan bakat mereka di pentas Esplanade di mana penonton boleh saksikan secara PERCUMA!

Tahun ini, semangat para penari akan dialihkan ke wadah digital! Jadi, peminat seni tari Melayu masih boleh merasakan bahang Muara walaupun dunia ini dalam wabak Covid-19!

Selain peraduan lukisan beg Tote, aktiviti senaman ala tari dan sebagainya, pasti acara utama yang ingin ditonton ramai adalah penstriman secara langsung Muara Festival di YouTube mereka!

.
gambar: Muara Festival

Berlangsung dari 30 Oktober hingga 1 November, saksikan persembahan tarian yang selama satu jam bermula 8.30 malam.

Apa yang menarik tahun ini, ada segmen ‘Pak-pak Penglipur’ yang terdiri daripada perintis tarian Melayu Singapura!

Mereka akan menari, berlakon dan menghiburkan penonton sambil mengimbau kembali bagaimanakah tarian dahulu dan memberi inspirasi kepada penari Melayu masa kini.

Anda juga boleh saksikan segmen Mari Menari dan Let’s Zapin Muara di mana peserta dari sekolah-sekolah turut menari!

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai Festival Muara 2020, lungsuri lelaman mereka!

Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Muara Festival)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s