Syed Azmir lancar aplikasi ‘Pacquetz’ buat HBB

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Penyanyi setempat, Syed Azmir, mengumumkan di Instagramnya bahawa beliau akan lancarkan aplikasi Pacquetz pada awal November ini.

Menurut video yang dimuatnaikkanya, aplikasi Pacquetz ini merupakan khidmat penghantaran untuk para peniaga dari rumah, atau HBB, agar dapat menghantar makanan atau produk mereka dengan lebih cekap.

Apakan tidak, HBB ni kan perniagaan kecil-kecilan, jadi sumber mereka pun agak terhad. Dah lah tu, mereka buat semua sendiri. Ambil order sendiri, buat makanan/produk sendiri, harus layan pelanggan, jadualkan penghantaran dan segalanya! Jadi, agak sibuk bagi mereka.

Dengan aplikasi Pacquetz ni, mudah-mudahan dapat membantu beban para ahli HBB ini dari segi menghantar produk atau makanan mereka.

Tapi tulah… Bila tonton ‘trailer’ Pacquetz, sis terpinga-pinga…. Apa produk yang ingin disampaikan? Ini sketsa komedi ke sebab ada Era Farida pelakon utamanya!

Hampir dua minit menonton video di IGTV Syed Azmir tu lah baru sis dapat teka Pacquetz ni apa! Lambat betul mesej utama dia nak muncul eh?

Kepada para HBB, bolehlah check Pacquetz out kalau nak tukar khidmat penghantaran! Mana tau berbaloi dan lebih murah?

Kami harap aplikasi ini akan sukses dan semoga HBB kecil-kecilan akan terus berkembang!

Korang dah dengar tak single terbaru nyanyian Syed Azmir, Fauzie Laily dan Hyrul Anuar aka ANBS?

.

Jom lah sokong bakat setempat! Gitew…

– Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Instagram Pacquetz)

p.s.

Terbaca yang apa ditulis dalam IPA, alah yang /pac-kuht;z/ tu! Kalau disebut ikut cara IPA, bunyi dia lain tau. Janganlah mempergunakan IPA sebagai ‘aesthetics’ saja kalau tak tau sebutannya…. unless nak disebut sebegitu! Tapi dalam video tak disebut seperti /pac-kuht;z/. Keliru sis!

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s