Bantal Buruk Saloma: Episod 5 & 6

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Kesudahan Bantal Buruk Saloma telah pun ditayangkan minggu ini. Bagaimanakah reaksi anda. Secara terus terang, sungguh sebak melihat akhir jalan cerita drama ini. Jom kita lihat apa yang terjadi!


Episod 5

IMG_4784

Bukan ke diorang ada… kerusi roda untuk Lutfi?????? But ok.

Zaid menyalahkan dirinya atas kejadian ini. Sekiranya dia tidak sibuk dengan kerja sahaja, mungkin perkara ini boleh dielak.

IMG_4787

Lutfi gone. Lagi la Zaid rasa serba salah!

Rafi tidak suka apabila Suraya mengajak Saloma berjumpa dengan ibu Saloma kerana ia mungkin akan menjejas perhubungan mereka.

IMG_4790

Rafi ingin Saloma mengalihkan perhatiannya kepada keluarga baru, seperti mana Rafi ingin Suraya mengalihkan perhatian kepada baking setelah pemergian Alyssa dahulu. Suraya kurang puas hati kerana mereka sepatutnya berdepan dengan masalah dan bukan mengelak.

IMG_4791

Saloma cuba mengembirakan Suraya yang sedang sedih.

IMG_4792

Mereka beli baju raya bersama.

IMG_4793

Macam iklan hari raya!

Saloma mengongsi pengalaman rayanya berserta hashtag #AmacamRaya. Mereka cuma makan lontong dengan kari ayam.

IMG_4796

Adil terletak pinggan di tempat Lutfi… Terus semua orang sedih.

IMG_4797

Overnya, tak nak makan tapi nak batal puasa dengan menangis. Tetapi memang patut dia menyesal sebab dia dulu jahat terhadap Lutfi! Tapi dia budak je kot…

IMG_4798

Mak dia ni, diorang pergi beli-belah pun salah?

Rafi rasa seperti masalah yang timbul semua akibat Saloma dan ibunya terus “I TOLD YOU SO”. Padahal ini semua #RamadanChallenges aja!

IMG_4801

Hanis risau kerana ayahnya berkelakuan pelik setelah pemergian Lutfi.

IMG_4803

Dan dia ingin berjumpa bersama ayah kandungnya agar beban ayahnya (Zaid) mungkin dapat diringankan.

IMG_4804

Rahmah memberitahu suaminya bahawa Hanis bersetuju untuk berjumpa ayah kandungnya.

IMG_4805

Rafi menaip mesej ini untuk dihantarkan kepada Fauziah…

IMG_4806

Namun, setelah Saloma menunjukkan baju sedondon yang telah dibeli di Geylang, dia menukar fikiran. Dia rasa bahawa dia ni over je padahal, hal kecik je.

IMG_4807

Tetapi, tanpa disedarinya, dia TERhantar mesej tersebut!!!!!! Delete lah cepat! Takkan tak sedar eh? Abeh si Fauziah ni tak jawab mesej Rafi ke? Logik la wei!!!

IMG_4808

Rahmah dan Zaid disoal siasat oleh pegawai kebajikan atas kematian Lutfi.

Rahmah dengan tenang menjelaskan segalanya tetapi Zaid tidak boleh menerima cara soal siasat ini diadakan. Seolah-olah TONE POLICING.

IMG_4811

Adil meluahkan perasaannya kepada Saloma tentang pemergian Lutfi.

IMG_4812

LOL. Tu ah? Abeh nak over? Lagi kau over, lagi waswas lah, cik bang oi!

IMG_4813

Anak-anak terkejut melihat ibu dan bapa mereka bertengkar!

Dan kini, mereka menyalahkan diri sendiri (selain Allah swt), atas kematian Lutfi. Sungguh sebak melihat babak ini.

IMG_4816

Ok, bila ada dua orang nak salahkan diri sendiri, agak sedih. Ni Hanis pun nak ikut serta sekali? Overnya! Dah cringey pula nak tonton adegan ni. From babak paling sedih kepada babak paling cringey pulok. Kalau nak salahkan diri sendiri atas sebab kematian seseorang, harap laporkan diri kepada polis.

IMG_4817

Cuma si Rahmah je yang masih waras, eh?

IMG_4818

Suraya menerima panggilan tentang isu pengembalian anak titipan. Suraya bingit la kan dan terus marah suaminya. Suaminya kata dia tak sedar bahawa mesej itu dihantar. Fauziah pun satu, dia hantar screenshot mesej tu kepada isteri tanpa membalas mesej tersebut. APAKAH?????? Ni macam 2 women working together to salahkan lelaki semata-mata MEN R TRASH tau????

IMG_4821

Saloma memberitahu Suraya dan Rafi bahawa Lutfi telah meninggal dunia.

IMG_4822

Mereka pun melawat keluarga Adil.

IMG_4825

Saloma cuba membuat Adil senyum. Adakah mereka akan bersteady?

IMG_4826

Adil masih rasa serba salah kerana membuli Lutfi dahulu. Tetapi ibunya percaya dia seorang anak yang baik kerana dia sanggup berdoa untuk Lutfi.

IMG_4827

Akhirnya, Adil memberitahu tentang adiknya yang kehilangan kepada Rahmah! Akankah mereka mencari Amira?

IMG_4828

Wei dah start CPR?????

IMG_4829

She dead.

IMG_4830

Uh-oh.


Episod Terakhir

Saloma tidak boleh menerima berita bahawa ibunya telah tiada. Dia mula menuduh Suraya yang bukan-bukan.

IMG_4881

Seluruh cast berada di kubur untuk ibu Saloma.

IMG_4882

Hahahahahaha hmmm ok.

IMG_4884

Suraya mengongsi bersama Saloma tentang Alyssa. Kini mereka mempunyai seorang yang amat mereka rindui.

IMG_4885

Saloma berkabung.

IMG_4886

Suraya memberitahu suaminya bahawa dia juga tertekan semenjak mengambil Saloma sebagai anak titipan tetapi tidak pernah sesekali dia terfikir untuk menghantar Saloma balik.

IMG_4887

Mereka akhirnya mengesahkan bahawa Lutfi meninggal atas sebab-sebab sakit yada yada dan bukan salah Zaid, Hanis atau Adil.

IMG_4888

Mereka akan membuat temu janji bersama ayah Hanis.

IMG_4889

Mereka masak spesial untuk bekas banduan itu.

IMG_4890

Rahmah memberitahu mengapa dia mengambil anak titipan begitu banyak sekali. Mereka inginkan keluarga besar tetapi setelah melahirkan Aisyah, Rahmah tidak boleh hamil lagi. Oleh itu, mereka mengambil anak titipan.

Uh-oh. I like how mereka memakai warna primary yang sama tone.

Masa untuk hidangkan teh. Dia berhak tahu kebenaran! Tetapi ditepis oleh ayah dan ibunya kerana menanyakan soalan biadap.

IMG_4895

Sesi bercerita…

IMG_4896

Aisyah dengan tudungnya yang tidak laboh “berjumpa kawan”.

Dia ingin berhenti sekolah seketika untuk mencari kerja agar dapat menampung kos belanja untuk keluarganya. Rafi interviewernya… Dan Aisyah tidak mahu ibu bapanya mendapat tahu.

Ibu Saloma problematic atau sekadar ingin melindungi Saloma?

IMG_4903

Harta ibu Saloma diberikan kepada Saloma. Dia ingin Suraya keluar dari bilik sebelum baca surat yang diberi. LOL dia eh nak keperibadian melampau!

IMG_4904

Lakonan Freda Mel begitu mantap sekali! Boleh titiskan airmata dengan hanya membaca skrip! Setengah daripada pelakon Suria tak mampu to get on her level! Mungkinkah Freda Mel akan memenangi anugerah pelakon cilik terbaik di Pesta Perdana sekali lagi? YES.

IMG_4905

Mereka cuba bincangkan masalah mereka.

Cik Fauziah terkejut apabila mendapat tahu bahawa Rahmah dan Zaid menjemput bapa Hanis ke rumah mereka dan bukan berjumpa di tempat awam. Ini kerana bapa Hanis sudah tahu alamat rumah mereka dan boleh melakukan apa sahaja!!! OH NO!!!!! Akankah dia menculik Hanis????

Oops… Rafi terbilang mereka bahawa Aisyah mencari kerja di tempat kerjanya…

IMG_4912

Mereka menanyakan Aisyah tentang isu kerja. Mereka menasihati Aisyah untuk sambung sekolah dan usah risaukan soal wang kerana ia tanggungjawab ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah. Saya setuju tentang hal ini tetapi pada masa yang sama, tak salah jika Aisyah ingin mencari kerja sambilan masa cuti kerana ia NORMAL. Hampir kesemua (belia) murid Singapura (yang tidak hidup mewah) mencari kerja sambilan waktu cuti untuk menjana wang sendiri but ok.

IMG_4913

Bapa Hanis muncul di depan rumah tanpa memberi tahu!! Untuk menculik memberi sepasang baju raya kepada Hanis. So sweet gitu. Adegan di mana Cik Fauziah terkejut pasal jemput bapa Hanis ke rumah hanya sekadar untuk saspens!

IMG_4915

Masih.

IMG_4916

Bapa mertua Suraya membaca storybook yang ditulis Saloma. Dia ingin membawa balik untuk menunjuk kepada isterinya.

Dia ingin isterinya memahami isi hati Saloma tetapi dia berdegil!

IMG_4923

Akhirnya, hatinya tergerak untuk membaca buku tersebut. Kini, dia memahami isi hati Saloma. WEI AKU NANGIS BABAK NI AND AKU NAK TULIS NI PUN EMOSIONAL.

IMG_4924

Saloma rasa keseorangan dan ingin Suraya tidur bersamanya di atas bantal buruknya. MY HEART!!!!!!!!! Adakah ini bermaksud Saloma telah membuka hatinya untuk Suraya????? OFFICIALLY?

The raya show we all deserve. Zakat Zakaria is trash.

IMG_4927

Eh? Mak bapak datang rumah anak???? We love a WOKE set of parents.

IMG_4928

Oh, ada hajat rupanya.

IMG_4929

YAAAAAY.

IMG_4930

Rafi memberi sedikit wang untuk Aisyah agar dia dapat meneruskan pengajiannya. And subtle product placement oleh F&N.

IMG_4931

??????? AKHIRNYA ADIK ADIL DIJUMPAI. Kesiannya Cik Fauziah, hari raya pun bertugas.


Secara terus terang, saya tidak sangka bahawa drama ini akan berakhir dengan begitu EMOSIONAL ya!!! Saya menangis macam nak rak omggggg. Saya rasa ia sebuah drama yang agak FRESH kerana mengisahkan hal-hal yang berkenaan dengan anak titipan. Seperti cabaran ibu dan bapa anak titipan, stereotaip yang sering ada di pemikiran orang awam mengenai anak titipan dan pelbagai lagi. Mungkin setelah drama ini, ramai pasangan di luar sana terbuka hati untuk mengambil anak titipan? Amin!

Syabas Suria kerana berjaya menayangkan drama yang bermutu dan penuh pengajaran!

– Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s