Big Stage 5: Farhan Shah Mara ke minggu 3

Farhan Shah mara ke episod seterusnya dalam Big Stage musim ke-5, tahniah!

Beliau yang membawa lagu Mercy (nyanian asal Duffy) meraih markah sebanyak 58.67%, menempatkan penyanyi Singapura itu di tangga yang ke-7.

Menurut juri Aina Abdul, nyanyian Farhan Shah lebih baik dan sedap berbanding minggu lepas. Ajai memberi 49% manakala Aina memberi 70% markah. Juri undangan Andmesh Kamaleng memberi sebanyak 57%.

Farhan Shah juga sempat melafazkan “I love you” kepada ibunya yang sedang menontonnya secara LIVE di panggung. Ye lah, Hari Ibu kan?

Minggu depan, Farhan Shah akan menyanyikan lagu Dari Mata nyanyian asal Jaz dalam rancagan realiti BBNU ini.

Nadeera Zaini berada di tangga pertama minggu ini dengan markah setingga 85.67% manakala Naufal Azrin pula berada di tangga terbawah.

Namun begitu, Ajai menggunakan Imuniti X untuk selamatkan Naufal, dan oleh kerana itu Ajai ‘serapkan’ penyingkiran kepada nasib Isaac Voo.

Semoga prestasi Farhan Shah akan terus meningkat minggu depan! Tahniah sekali lagi.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar-gambar: Astro Gempak)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s