Kepaten Obor sentuh isu legasi keluarga

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Siapa sangka titisan airmata akan mengalir berlinangan di akhir Kepaten Obor. Maklumlah, permulaan cerita ini dibuka dengan lagu yang agak ceria dan rancak.

Selama sejam lebih menonton pementasan yang dipentaskan sempena Pesta Raya 2022 ini, penonton disajikan dengan suara lunak, lantang dan merdu Suhaili Safari, pelakon selaku penulis bersama monolog ini. Meremang bulu mendengar suaranya. Disney, pls take note!!!

Kepaten Obor mengisahkan kehidupan Suhaili bersama neneknya, seorang biduanita Singapura yang dikenali ramai, tapi dirinya sendiri tidak begitu mengenali neneknya. Dalam persembahan ini, pononton dapat lihat bagaimana Suhaili cuba sedaya upaya untuk merapatkan jurang antara dirinya dan neneknya.

Kepaten Obor bermula dengan dirinya yang ingin memperjuangkan kerjaya seninya tapi sering disoal ibunya. Padahal darah seni sudah mengalir dalam dirinya.

Watak Suhaili terasa seolah-olah dirinya tidak mempunyai sokongan keluarga dan tiada siapa memahami kehendaknya untuk terus berkarya.

Ini mengingatkan Min tentang lagu Sepi yang dinyanyikan oleh Aina Abdul, di mana kejayaannypenuh liku-liku tapi tidak pernah dirinya terasa terhambat.

.

Cakap pasal Aina Abdul, iolls ade diskon 20% untuk konsert A Night With Aina Abdul 2.0 kalau uolls nak gunakan. DM saje lah…

Selain mengetengahkan isu impian seni yang sering dipandang serong oleh masyarakat, Kepaten Obor yang ditulis bersama Agnes Christina juga menimbulkan kepentingan untuk saling menjenguk orang tua kita, terutama sekali atok dan nenek kita yang jaraknya cuma satu generasi.

Ibu bapa kita sudah tentu melihat orang tua mereka tapi, adakah kita akan teruskan lawatan mingguan itu? Ini kerana dengan menjenguk mereka secara kerap, kita dapat terus kekalkan perhubungan kita bersama mereka dan sekaligus menyalakan obor persaudaraan yang kian menyala.

Seperti tajuknya, obor yang hangat mungkin akan tidak sengaja mati sekiranya kita tidak teruskan legasi keluarga. Tapi itu tidak menjadi masalah. Kita boleh saja hidupkan obor yang mati atau nyalakan obor baru. Mulakan tradisi keluarga baru yang lebih relevan dan dekat di hati.

.

Karya arahan Adib Kosnan ini juga mengingatkan penonton bahawa apa jua yang terjadi, talian persaudaraan tidak boleh putus.

Selain itu, melihat lakonan Suhaili yang bertukar watak, suara, beraksi amat memukau sekali. Beliau bukan sekadar seorang pelakon, tapi seorang penghibur yang mampu melontarkan suara merdunya dan membawa penonton ke dunia fantasinya.

Bagi anda yang ingin menonton Kepaten Obor (Min sarankan 100%), anda masih boleh dapatkan tiket anda di Sistic. Ia berlangsung hingga esok (29 Mei).

Boleh tak kita ada lagu-lagu yang dinyanyikan Suhaili di Spotify..?

Anda masih boleh saksikan lebih banyak persembahan Pesta Raya 2022 percuma dan bertiket hingga Jun!

.

Nak baca pasal Fenomena? Klik sini.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Facebook Pesta Raya)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s