Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Peminat filem seram pasti teruja apabila sequel Pengabdi Setan akhirnya ditayang di Singapura.
Berjudul Pengabdi Setan 2: Communion, filem ini merupakan kesinambungan filem pertamanya pada 2017.
Tak tonton filem pertama pun tak apa
Seperti kebanyakan filem sequel, karya Joko Anwar ini banyak mengimbas kembali kepada filem sebelumnya.
Tapi kepada anda yang tidak menonton Pengabdi Setan (seperti saya yang sekadar tonton treler), usah risau!
Ini kerana filem kedua ini boleh saja dinikmati penonton baru tanpa rasa bingung kerana tidak tahu apa terjadi dalam filem pertama.
Namin begitu, anda pasti dapat tahu apa yang berlaku dalam filem sebelumnya oleh perbualan oleh watak-watak filem ini yang dilakonkan oleh Tara Basro, Endy Arfian, Nasar Anuz, dan Bront Palarae.
Kayak Stranger Things sih
Mengapa Min cakap filem ini seakan drama bersiri Netflix popular, Stranger Things kerana dalam filem ini, watak-watak yang membawa cerita ini adalah anak muda dan budak-budak; Rini, Toni, Bondi dan rakan-rakan mereka.
Merekalah watak utama yang berani menjelajah flat yang penuh misteri itu.
Terdapat juga babak cinta antara beberapa watak. Penonton gelak ketawa melihat gelagat budak-budak yang cuba selesaikan kes misteri flat mereka. Yes, walaupun ia sebuah filem hantu, unsur lawak diselitkan dalam detik-detik yang amat sesuai sekali.
Jalan cerita berbeda
Tidak seperti filem hantu lain di mana hantunya seekor dan akan mengganggu satu kampung, Pengabdi Setan 2 menimbulkan rasa takut dalam diri watak dari segi cara berbeza. Kalau nak tahu bagaimana… tengoklah!
Hantu ‘utama’nya (Raminom?) hanya benar-benar muncul pada saat-saat terakhir.
Plot twist yang didedahkan pada hujung filem juga amat mengejutkan sekali. Dan di akhir filem ini… memberi pembayang kepada penonton bahawa kemungkinan besar Pengabdi Setan akan kembali!
Cinematography mantap
Memang best tonton Pengabdi Setan 2 kerana cara ia dirakamkan.
Ada kalanya penonton melihat situasi dari sudut pandangan pelakon (point-of-view), penggunaan lampu/cahaya untuk timbulkan unsur kaget dan semestinya bunyi-bunyian untuk saspens.
Memang kalau tak terkejut tengok Pengabdi Setan 2, tak tahulah apa nak cakap!
Watak wartawan
Ada satu je yang Min kurang senang dengan filem ini.
Watak wartawan. Ini kerana wataknya penting dalam filem ini tapi penonton tidak diberi penjelasan mengapa, bagaimana dan siapa. Tiber dia muncul dalam awal dan akhir filem.
Mungkin ini boleh diteroka untuk filem ketiga ya?
Anda boleh saksikan filem ini di Golden Village di lokasi berikut:
Suntec City, VivoCity, Plaza Singapura, Paya Lebar, Bedok, Tampines, Yishun, Bishan, Jurong Point dan Tiong Bahru.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Facebook Rapi Films)
[…] usah tonton kalau korang nak tengok filem hantu yang best. Tengok Pengabdi Setan 2 lagi […]
LikeLike