Pangdemonium tayang Dragonflies, kumpul dana untuk Ukraine

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sebagai tindak balas terhadap krisis yang sedang berlaku di Ukraine, Pangdemonium, sebuah syarikat pementasan tanah air, telah melancarkan pengumpulan dana untuk menyokong usaha kemanusiaan oleh Palang Merah Singapura.

Pangdemonium akan menayangkan persembahannya yang telah dipentaskan pada 2018 berjudul Dragonflies. Ia akan ditayangkan di SISTIC Live dari 5 hingga 11 April 2022.

gambar: Pangdemonium

Dragonflies mengisahkan sebuah keluarga yang cuba hidup dalam dunia penuh kekejaman, tercari-cari tempat untuk berteduh, dan sentiasa mengharap.

Edisi dalam talian ini bakal menampilkan rakaman wawancara bersama Kateryna Zelenko (Duta Ukraine kepada Singapura), Stephanie Street (penulis) dan Tracie Pang (Pengarah Artistik Pangdemonium).

Pengarah Artistik Pangdemonium, Adrian Pang berkata: “Dragonflies menyentuh hal-hal yang menjejas kita semua, tidak sekurang-kurangnya mereka yang berpindah akibat peperangan, keganasan dan kemusnahan. Ia sebuah sahutan genting buat kita semua, dan kami yakin anda akan raih sesuatu bermakna daripada pementasan ini.”

Penjualan tiket daripada penstriman ini akan disalurkan kepada Palang Merah Singapura untuk membantu mereka yang berada di Ukraine.

Tiket-tiket boleh didapati di lelaman Sistic dan Pangdemonium.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Pangdemonium)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s