Bakti Khair, Asiyah Sinnan, Shafyre, Ikhsan, Idi Hakim & Erma, Sunny Jackson, Nana Karia, Faridzuan Faris, Zaibaktian, Normalah Salleh, Ryan Sufiyan, Chirul, Juz-B, Hydir Idris dan Chirul.
Pasti ramai yang terpinga-pinga dan sedang memerah otak apabila terbaca nama-nama di atas. Ada nama yang tidak pernah kita dengar langsung manakala ada yang pernah kita dengar namun raut wajah si pemilik nama tersebut tidak menjelma dalam fikiran kita.
Tetapi, usah risau, jangan khuatir! Pihak Suria telah pun menjemput mereka-mereka untuk bertanding dalam “pertandingan” realiti yang bertajuk Gegar Vaganza “SG Mania“!
Ha kau. Ni la para penyanyi yang kurang laku tapi sebab Suria ada terlalu banyak dana, Suria sanggup memanggil mereka balik untuk memasuki sebuah rancangan yang kononnya mampu mengembalikan zaman kegemilangan para penyanyi tersebut (macam lah ia pernah wujud dulu hahaha).
Rancangan yang dihoskan oleh Nadiah M Din dan Fauzie Laily ini disiarkan pada setiap hari Selasa jam 830 malam, menggantikan slot Anugerah Skrin. Ann Hussein dan Mayuni Omar merupakan juri tetap bagi rancangan ini. Saya rasa bahawa ada kurang kemiztree antara dua pengacara rancangan ini. Tambahan, saya agak hampa dengan pengacaraan Nadiah M Din (sebab saya expect a lot from her sobs😭) seolah-olah beliau tidak selesa dengan pengacaraan secara langsung dan penguasaan bahasanya tidak begitu wow tapi that’s not the reason why I’m writing this blog entry. (I still love her nonetheless)
Kepada anda yang mengikuti rancangan Suria dengan teliti, pasti anda tahu bahawa ini adalah kali kedua rancangan SG Mania ditayangkan di Suria. Iskandar Ismail merupakan juara musim pertama SG Mania. Dan apakah perkembangan baharu juara SG Mania musim pertama eh? Album baru? Single baru? Lagu baru? Macam takde je… Yang pasti, setiap kali Suria ada rancangan khas, pasti Iskandar Ismail ada.
Sebagai contoh:

Setiap kali ada rancangan khas seperti ini, pasti muka-muka yang kerap muncul di TV akan muncul di TV!
Antara isu-isu yang ingin saya kemukakan dalam entri ini adalah:
Apakah manfaat yang boleh diraih oleh pemenang SG Mania (setelah rancangan ini tamat) melainkan habuan wang tunai yang dimenangi?
Setelah berminggu-minggu bertanding, bagaimanakah rancangan ini boleh mengubah kerjaya juara SG Mania? Adakah pemenang SG Mania akan menggunakan wang yang dimenangi untuk melabur dalam kerjayanya atau menggunakan untuk menampung hidup seharian dan hutang-hutang? Adakah pemenang SG Mania akan kembali senyap dan menjalani kehidupan peribadinya seperti biasa atau akan rasa lebih bersemangat untuk berjuang dalam bidang nyanyian?
Secara terus terang, saya berpendapat bahawa penyanyi tempatan kita kurang mengambil risiko. Tiada kelainan dalam muzik mereka, tiada keunikan, tiada kekuatan. Mereka seperti tidak berani untuk mencuba apa yang luar daripada biasa. Masih terperangkap dalam kepompong dan juga masih dalam zon keselesaan masing-masing. Kononnya, tidak mahu mengenalkan lagu baharu, hanya melayan kehendak konvensional sahaja. Bukan itu sahaja, persembahan mereka juga agak mediocre dan biasa-biasa. Pernah tak awak tengok penyanyi tempatan kita rancak berdansa semasa bernyanyi? Taufik Batisah? Ok, lagi? Takde, kan! Mungkin ada yang akan membantah dan berkata bahawa mutu lagu tempatan is already there, ok tu masing-masing punya telinga la kan so… Korek telinga, tanya deria dengar.

Apakah tujuan rancangan SG Mania?
Hmm..? Untuk mengetengahkan bakat-bakat yang dulu pernah wujud tapi dah basi so nak ingatkan orang ramai bahawa kita ada individu-individu yang sebenarnya amat berbakat tetapi mereka tidak laku sebab mereka tidak ada album? Saya difahamkan bahawa konsep rancangan ini adalah untuk memberi nafas baru kepada lagu-lagu “retro” agar pemuda dapat menghargai lagu-lagu evergreen. Tapi kau rasa pemuda suka tengok rancangan macam ni ke? Lihat muka-muka has beens yang jarang kita nampak/dengar tiba-tiba muncul di TV untuk memupuk kesedaran dalam diri belia?
Menurut pengadil tetap Ann Hussein dalam wawancaranya bersama Berita Minggu pada 24 April 2016,
Misi kami di sini ialah memupuk setiap peserta menjadi lebih baik dari segi persembahan menyeluruh atau ke tahap yang lebih tinggi dan jauh… mungkin ke peringkat antarabangsa, bukan setakat di Singapura, Malaysia dan Indonesia sahaja.
Soalan bonus: Adakah pemenang musim lalu kini dalam proses untuk mengetengahkan bakatnya kepada dunia antarabangsa? Orang Johor kenal dia ke tidak eh?
Secara terus terang saya tidak faham mengapa Suria sanggup menghabiskan wang untuk menerbitkan rancangan seperti ini kerana tiada hasil jangka masa panjang. Lagipun, dengan menjemput penyanyi-penyanyi ini semua, seolah-olah mengingatkan kita bahawa industri nyanyian sebenarnya flopz. Adakah itu tujuan sebenar Suria?
Bagaimanakah masyarakat Melayu setempat boleh meraih faedah daripada menonton SG Mania?
Selain hiburan, bagaimanakah para penonton boleh bermanfaat daripada rancangan ini? Hmm… Membeli album mereka yang tidak lagi wujud di pasaran? Menghargai/menyokong bakat tempatan tetapi kalau takde album/lagu baru macam mana eh? Entahlah eh… Saya pun keliru.
Pada episod lepas, panggung Mediacorp tidak penuh pun. Cuma setengah daripada panggung tersebut dipenuhi penonton! Rancangan gratis pun takda orang nak tengok?
Secara jujur, saya rasa the demand for local songs sentiasa wujud tetapi the quality of the supply is not there! Jadi, something is wrong w the demand/supply of our music industry tu pasal penyanyi tempatan always stagnant ah.
Memanglah segelintir para peserta kali ini masih muda dan ada potensi untuk go big dan saya berharap sangat rancangan ini akan menjadi landasan untuk mereka menonjolkan bakat mereka kepada awam dan menghidupkan balik enjin kereta mereka yang terkandas di tengah jalan. Kau jangan buat U-turn sudah. (Melainkan Chirul ah sebab dia penyanyi untuk show bawah blok and kenek stop w his name) Saya harap mereka akan meneroka diri mereka (sounds wrong) dan juga dunia dan mengharumkan nama Singapura so kita boleh feeling pride ah eh.
Ini menimbulkan lagi satu isu tentang bajet Suria. Kenapa Suria ada banyak dana untuk terbit rancangan ni semua tapi bila rancangan intelektual seperti Detik, Bicara dan rancangan informasi yang lain-lain, selalu kurang dan tidak disiarkan pada waktu perdana? RUDE SAK.
Sejauh manakah rancangan realiti merealisasikan cita-cita seseorang?
Jika kita lihat, ramai bakat-bakat tempatan lahir daripada peraduan realiti yang dianjurkan Suria mahupun Channel 5. Menang atau tidak, peserta dianggap sebagai pelapis baru bagi industri TV/nyanyian tempatan. Mereka seolah-olah sudah ada tanggungjawab/amanah yang besar di bahu mereka sedangkan mereka tidak sign up for that. Apabila mereka memenangi peraduan tersebut, mereka amat bersemangat dan beriya-iya untuk menyemarakkan lagi industri nyanyian. Namun, setelah lama berkecimpung dalam industri nyanyian (dan maybe like 1.5 mini albums lol), they call it a quit.
Syed Azmir, Hady Mirza dan Rahayu Ridhwan. Antara mereka yang sudah senyap dan tidak lagi aktif dalam industri nyanyian. Sungguh kasihan dan membazirkan, ya?Memang benar mereka bebas untuk menjalani kehidupan mereka secara peribadi, lantak lah kan. Tapi macam wasted uh. Walaupun begitu, ada individu yang masih aktif dalam industri nyanyian!
photo from: https://www.facebook.com/temptingtrading/photos_stream
Rancangan realiti satu keperluan?
Selain Anugerah Skrin dan SG Mania, Suria juga telah menerbitkan pelbagai rancangan realiti yang lain. Sebagai contoh, Anugerah V dan Ratu.
Saya berpendapat bahawa Anugerah V merupakan satu rancangan yang amat tidak perlu kerana ia tidak mendatangkan hasil langsung. Saya bukan ageist tapi saya suka fikir jauh. What’s for these otai-otai setelah rancangan realiti Anugerah V. Oh ya, penjara. HAHAHAHAHAHA.
Di manakah mereka sekarang? (Selain lokap)
Rancangan Ratu pula… Macam merepek pulak. Si Fatin Amira aku tengok entah buat apa. Nak berlakon pun asyik watak yang seakan sahaja. Saya harap takde lagi eh rancangan tu…
Kenapa semua lentok eh bila posing? Botox si Hafeez Glamour has to go. Saya pasti lebih setengah daripada mereka menyesal memasuki rancangan ini yang tidak begitu berjaya.
Secara keseluruhan, saya rasa rancangan realiti itu penting untuk mengasah bakat baharu tetapi Suria harus berhenti menerbitkan rancangan realiti yang tidak mendatangkan faedah jangka masa panjang. Suria seharusnya menitikberatkan beberapa faktor sebelum menerbitkan sesebuah rancangan yang sudah terang akan flopz!
Saya juga agak bingit kerana Suria tidak menyiarkan Live Tweets saya di TV. Padahal korang kata “ada sebarang komen?” bukannya “komen positif” sak. Komen-komen saya adalah constructive comments, you know. How dare you take away my freedom of speech!
Pada masa yang sama, kadang kala saya rasa bahawa masyarakat Melayu kita juga agak tak betul dan mahukan benda yang sama sahaja. Jadi, agak rasional la eh yang rancangan SG Mania diterbitkan. Sebagai contoh, saga MJ12!

Walaupun rancangan Misteri Jam 12 sudah hampir sedekad berkumandang di radio pada setiap malam Isnin hingga Jumaat, para pendengar masih mahukan rancangan ini! Kesian Dyn Norahim. Merajuk sampai berhenti kerja! Si KC ni masih ah nak fish for likes? Padahal ni semua gimmick/strategi Ria untuk buat drama abeh letak KC balik pada slot 10 malam – 2 pagi. Boo. Tidakkah kamu semua inginkan kelainan? Sampai bila nak dengar kisah momok dan syaitonne yang sememangnya bertentangan dengan ajaran Islam?
Saya harap takde pihak yang kecik hati la eh dengan ranting saya ni. Kalau ada pun, pergi ambil wudhu ya. Ini cuma pendapat saya yang tak begitu berharga pun. Kalau ada sebarang komen, silakan lafazkannya di mana-mana wadah yang boleh saya lihat.
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Facebook and Toggle)
[…] pemenang SG Mania tidak dijemput untuk membuat persembahan ke? Tak kisahlah musim mana. Bukan ke pertandingan itu […]
LikeLike
[…] […]
LikeLike
[…] Gandingan 2 hos ini juga mengingatkan saya akan Hos!pektakular. Seperti biasa, pemenang rancangan realiti Suria selalu tak akan buat apa-apa. Selalunya, si bukan pemenang yang dapat rancangan sendiri dan sebagainya (Where Yaya Hamid @ 11 Oktober?). Ataupun, semuanya senyap sahaja. (I’m waiting for your album, Nana Karia) […]
LikeLike
[…] selebriti itu juga dimentor oleh pemenang SG Mania, Nana Karia serta Trisno […]
LikeLike