Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku! Sudahkah anda membeli lagu AYRMA? Jika belum, sila klik di sini: https://adarapictures.bandcamp.com/
Ada 2 versi. Yang biasa dan akustik. Bagusnya, anda boleh membeli lagu ini dengan harga minimum $2. Jika anda nak sokong (lebih) bakat tempatan, belilah dengan harga yang lebih tinggi ya. Saya cuma agak keliru dengan tajuk lagu ini kerana judulnya “Radin Mas Ayu” tetapi poster tulis “Are You Raden Mas Ayu”. So is it Radin or Raden? Harap betulkan masalah ini walaupun ia masalah yang kecil.
Kembali kepada drama Interns 2, pada episod ketiga, Hilmi terserempak dengan Sarah yang sedang bermesra bersama Sani. Apa yang bakal berlaku dalam episod ini pula, ya?
Episod 4
Wow, setakat telefon dan meminta maaf? Takkan kat tempat kejadian tak berbual atau bertanya khabar? Tunggu sampai esok pagi baru nak minta maaf, eh?
Standard la si Tasya. Hmm… Saya rasa si Sofia Dendroff ada masalah dengan pihak penerbit ke selalu tak muncul je?
Menyampah sak nama Arman Ibrahim nak dipanggil Armani. Aku panggil Anwar Ibrahim untuk liwat kau baru tau.
LOL Majalah si Armani “Mentel” tetapi disebut mentel la abeh si Azree nak berlagak Perancis pulak.
Apa si Sani pakai? Sweater w scarf??? Apa sak dia sejuk ke dalam cuaca panas yang disebabkan kuasa El Nino? Si Tasya pun sama sak asyik pakai skirt kembang yang belum habis siap macam designer dia malas nak habiskan. Abeh rambut macam baru habis mandi.
Nadya ditugaskan untuk jadi in-charge untuk projek ini tetapi Nadya ingin menyambut hari jadi ibunya malam itu, Coco pun menyuruh Sarah mengambil alih. Kesian Azree diketepikan sekali lagi.
Asal nama Farah Way? Kononnya macam Anne Hathaway dalam Les Misérables?

Haven’t you heard of coming to work on time? Lakonan dia macam off?
Kenapa sexist sangat? I feel so sad for Azree omg.
Kau berhenti sudah. Tengok si Nadya pun macam mnl kau. And lakonan Sofa Dendroff amat kaku ya.
Azree dan Nadya berselisihan faham.
Tu lah. Mana hot chocolate kau? Nak tukar selera konon.
LOL sudah terang lagi bersuluh. Abeh si Azree cakap “satu RCV” macam lah RCV besar sangat.
Back w the helmet jokes. Is this a sexual innuendo? Entahlah eh terlalu kerap sangat ia muncul saya dah blasé.
HAHAHAHAHAAH REAKSI MUKA DIA.
Eh eh si dekni. Tak tau nak pilih mana ke? Ye lah tu.
Huh… Azree suka motorboat ke? Azree ada fetish terhadap feminine boys?
LOL.
Semasa sedang berbual dengan Hilmi, Armani menelefon Azree untuk memberitahu bahawa mereka tiada jurugambar.
Unsur kebetulan 100 markah.
Tanpa membuang masa, Azree pun menyuruh Hilmi menjadi jurugambar untuk projek malam itu.
Si dekni cemburukan Sarah ke? Dia syiokkan si Sani ke… Hahahahaha.
Eh dia lapar tapi tangan dia kat daerah buah pinggang dia? Dia lapar ke ada kidney stones sak.
LOL Kopi tertumpah kat Sani.
Sedih banget sih. Kenapa setiap episod si Azree dipinggirkan sak. Mungkin benar kata Sarah, Coco sedang save the best for the last.
Terlepas peluang Azree untuk berONS bersama Sani kerana Sani alahan kepada nuts.
Cute sak Sarah.
Eew… Geli sak Sani. Ni la lelaki. Hmm… Jumpa doktor terus muka dah tak bengkak?
Apa kaitannya? Alahan kacang dengan makan ayam??
Sarah tetiba sentap.
Saya berpendapat bahawa Sarah tidak sepatutnya rasa marah terhadap ibunya kerana mereka berdua sudah tidak berbual untuk beberapa hari/minggu. Ibunya cuba untuk memberitahu Sarah tentang jejaka yang muncul dalam hidupnya tetapi Sarah cuba mengelak perbualan antara dia dan ibunya. Jika Sarah benar-benar marah, dia sepatutnya berbual dan tahu lebih lanjut isi hati ibunya itu. Dia juga harus faham bahawa ibunya mungkin inginkan belaian seorang lelaki! Ni tidak, tetiba marah tanpa sebarang penyelidikan. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dahulunya, Sarah sudah penat berkorban masa untuk menjaga ibunya namun kini Sarah juga sibuk dengan kerja dan seolah-olah mengabaikan ibunya. Ibunya pasti rasa keseorangan, tambahan, adik Sarah bakal menduduki PSLE, lagilah mak dia rasa sunyi!
Saya berharap sangat bahawa Sarah insaf dan sedar bahawa syurga di bawah telapak kaki ibu. Kalau tak aku panggil Ustaz Shahrul bagi ceramah.
Huh? Sarah dah berambus abeh nak makan tempat lain? Makan je lah kat situ!
Menyampah sak si Nadya ni step tanak konon.
Nadya tak boleh mampu $1 buger dari Burger King ke? Ataupun Filet-O-Fish yang hanya $2?

Hmm… Azree ada idea untuk projek malam itu tetapi Coco ingin menunggu Sarah.
Adakah Coco ahli kelab Illuminati? Lihat itu, dia sedang pejamkan kededua matanya, hanya menggunakan mata “ketiga” untuk memukau Azree.
Secara jujur, saya rasa ini satu babak yang amat sukar untuk dilakonkan oleh Aaron Khaled dan Sharon Ismail #SlayronIsmail. Ia memberi kesan yang amat mendalam ya.
Tapi eh. Coco tahu bahawa Azree pasti kurang puas hati dengan pilihan Coco dalam pemilihan yadayada tapi Coco masih ah nak teruskan je???
Eh? Adik dia dah berkenalan dengan matair mak dia? Adik dia kata ada PSLE tapi balik sekolah je main PS4 eh!
Tuang-air-sampai-penuh-lepastu-tumpah klisye.
Is it just me or baju Mastura Ahmad see-through? Astagha! Tapi takpelah saya faham sebab pergi dating kan? 😉
Azree mengadu secara sarkastik.
Pasal apa? #LoveWins?
I don’t know. Can you?
Huh??? Merepek sak. Padahal kau dah tengok pelanggan kau berkulit cokelat keemasan, abeh kau nak berbual Inggeris, mestilah dia berbalas balik dalam Bahasa Inggeris. Abeh nak ejek orang?
Setelah diberitahu bahawa Hilmi baru pulang dari London, si minah bunga pun bertanya khabar Elizabeth. KAU NI NAK FLIRT KE?? Merepek sak.
Hilmi tanya ada interest (bunga) ke tak abeh dia kata dia tak interested…
Well… I can’t expect a lot from a Miss Universe Singapore 2015 who studied Visual Merchandising at ITE, right?
Source: https://en.wikipedia.org/wiki/Lisa_Marie_White
Kalau dalam beg tu kosong… Baru kau tau!
Dia macam rasa serba salah/kesal membeli hadiah untuk ibunya. LOL duit dabes hahaha.
Hahahahaha apa???
Macam ini? Sungguh tidak realistik!
Apa dia ni merepek sak. Padahal penyanyi tempatan nak berlagak big shot? Entah makan minum sendiri terjaga ke tak.
And she’s so sexist!!! Suruh Azree keluar lah tolong jurukamera segala.
“ketue”
Hilmi tak panas ke pakai jaket kulit lembu?
Uh-oh. Si Sani ni oblivious sangat eh.
LOL Nadya’s bimbo moment.
Sani datang ke kerja kerana tidak rasa sakit lagi.
Kasihan Sarah, dah penat-penat adjust baju abeh si Farah Way fold her arms pulak. BUANG KAREN WEY.

??? Tak pernah lihat Sarah marah tiba-tiba meletup. Ni drama ni.
Sani pun menyelamatkan keadaan.
Si Sani balik dan rehat, kan? Abeh pulang ke kerja memakai baju yang sama? Yuck… Kan ada bekas kopi kacang? Eew…
Armani mahu Farah Way menerapkan kemarahan Sarah dan Sani dalam foto-fotonya. Farah kata senang saja.
Inilah raut wajah apabila “so fierce and kemarahan yang merapi”.
BODOH. Entah kenapa dia model/pelakon untuk AYRMA. Melainkan filem tersebut bakal flopz seperti Bangsawan Raden Mas then saya rasa ok la sesuai.
BTW, apa yang dia pakai kat leher dia? Besi-besi tajam yang melambangkan jaring-jaring/sampah sarap yang berada di laut untuk menunjukkan bahawa lautan kita tercemar? Dilengkapi 3 kuih keria untuk mengingatkan kita tentang 3R, reduce, reuse dan recycle?
Sorry but saya rasa saya ternampak logo MasterCard. Mungkin kerana itu Visa payment ditolak.
LOL. Mom saves the day.
Oh no Azree! Jangan bekerja dengan Runway Rio!
Ni anak durhaka. Mak dia call sebab risau tapi dia tak jawab. Jangan jadi macam ni.
Coco nak pergi merawat ke nak beli katil? Dia pegang-pegang katil tu, abeh lihat sekeliling. Apa sak.
LOL dia keluarkan beg-beg dia semata-mata untuk baring bersama.
Aww… Tak sempat kasi bunga sebab Sani bawak Sunflower geddit.
Ye ke Sarah?
Dan itulah episod 4 aka mid episode!
Dalam episod kali ini, kita dapat lihat bahawa Sarah sudah ada perasaan terhadap Sani. Dia macam dibelenggu pelbagai masalah di kerja, rumah dan juga secara peribadi. Malangnya, penonton tidak dapat melihat the growth of persahabatan antara Sarah dan Sani seperti musim lalu di mana Hilmi dan Sarah mencapi tahap lebih daripada kawan. Pelik sekali, kenapa Sarah tetap keluar dengan Sani sedangkan dia masih menyimpan perasaan terhadap Hilmi? Kenapa dia menjemput dirinya kepada masalah? Adakah Sarah gian? Kesian saya tengok Hilmi. Tunggu setahun tetapi diabaikan. Sobs.
Sejauh musim ini, kita dapat lihat bahawa watak-watak utama kini semakin matang dan dengan kematangan timbullah masalah yang mencabar perwatakan dan individuality mereka. Sebagai contoh, Azree dengan konflik dalamannya dan diskriminasi yang dihadapinya, Nadya dengan masalah kewangannya dan Sarah dengan masalah keluarga dan perhubungannya. Ini amat berbeza dengan plot musim lalu di mana watak-watak menghadapi masalah-masalah remeh-temeh yang berkaitan dengan kerja sahaja. Dan pada setiap akhir episod, pasti masalah akan terlerai.
Kita juga dapat melihat bahawa konsep musim ini juga agak berbeza di mana masalah dan plot musim ini sebenarnya berkesinambungan pada setiap episod dan tidak diselesaikan dalam satu episod sahaja. Saya lebih gemar jika ada isi utama pada setiap episod but oh wells.
Selain itu, interns kali ini juga tidak membuat kerja yang berat. Jika dibandingkan interns kali ini dengan interns lepas (Azree, Nadya dan Sarah), saya berpendapat bahawa Azree, Nadya dan Sarah bekerja lebih keras dan lebih pro-aktif. Mereka melaksanakan tugas tanpa pertolongan full-timers. Dalam musim ini kita lihat bahawa interns hanya penolong full-timers. Dan kenapa Tasya melakukan internshipnya di RCV kalau asyik ke sekolah? Buang sua.
Saya juga perasan bahawa pada hampir setiap penghabisan episod, pasti kesemua watak akan termenung jauh sambil lagu bermain di latar belakang. Hmm…
Lagu best ya. It’s on iTunes already.
Kepada anda yang tak sempat menonton Interns di TV, jangan lupa catch-up di Toggle ya. Give it a like and 5 stars too! Jangan lupa untuk ikuti saya di media sosial dan juga berinteraksi bersama saya, ya.
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)
[…] Salam bulan Mei, semua! Best cuti panjang sempena Hari Buruh ataupun Hari Pekerja? Seolah-olah hari Selasa tu macam hari Isnin! Sehinggakan saya terlupa Interns 2 disiarkan malam Selasa hahaha. Tanpa membuang masa, ayuh kita lihat apa terjadi pada episod 5. Jika terlepas episod sebelumnya, klik di sini. […]
LikeLike