Salam semua!
Sudahkah anda semua menonton filem Marvel terbaru Captain America: Civil War? Pasti ramai yang akan menontonnya minggu ini kerana ia sedang ditayangkan di pawagam! Tapi tahukah anda bahawa Suria juga ada drama ala-ala Superhero? Ia bertajuk Alam Maya tetapi ia amat flop sekali. Kasihan. Sebelum anda membaca reviu ini, saya ingin ingatkan bahawa reviu di bawah ini amat berat sebelah, bias dan tidak munasabah kerana saya tidak menonton drama bersiri ini dengan teliti. Saya hanya menonton episod satu dan episod terakhir. Sebenarnya, tergerak hati saya ingin menonton episod 2 tetapi baru sahaja 15 minit ia dimainkan di Toggle, saya tutup aplikasi tersebut. Buang masa sahaja.
Sinopsis:
Maya merupakan seorang gadis yang belajar di politeknik. Dia mempunyai misi iaitu untuk mencari ayah kandungnya. Dia bekerja sambilan di sebuah kedai komik (Kapow Komix) kerana menyangka bahawa pemilik kedai tersebut, Matin, adalah bapanya. Dia mula rapat dengan Matin dan menolong Matin untuk kembangkan perniagaannya serta mengharungi pelbagai cabaran oleh watak Azmi (pemilik West Comics) melalui alam siber, thus the “Alam Maya”. Azmi ingin membeli KK tetapi Matin tidak mahu menjual KK kerana kedai itu merupakan warisan ayah Matin. Azmi menghantar Siti untuk menggoda Matin agar menjual (aku rasa) kedai itu tetapi Siti dan Matin jatuh cinta. Akhir sekali, Maya mendapat tahu bahawa Azmi bapanya dan Azmi taubat nasuha dan semuanya ok kot.
Episod 8
Maya mendapat tahu bahawa Azmi adalah bapa kandungnya. Bukan Matin. Kenapa ibu dia rahsiakan perkara ini eh? Maya tak pernah tanya siapa bapak dia ke?
Ibunya pun menceritakan kisah silam mereka. LOL @ vintage filter??? And, memanglah membaca boleh menimba ilmu. Tapi kalau baca komik… Ilmu apa eh? Sci-fi pun berdasarkan fakta yang sudah tentu tidak tepat!

Ni skrip paling merepek??? Si perempuan datang abeh lelaki ni nak impress abeh berbual apa aku tak faham ah. Lakonan macam terburu-buru!
Inilah Matin, ibu Maya dan Azmi sewaktu mereka muda dahulu. Azmi selalu menolong Matin untuk mengembangkan bisnes komiknya ini. Pada masa yang sama, mereka bertiga sedang mengarang senaskah komik. Mereka ada sedikit pertelingkahan mengenai komik itu.
Secara terus terang, masih ada lagi ke kedai komik yang dapat bertahan?Hinggakan saingan untuk kedai komik begitu ketat? Berapa banyak orang di Singapura yang gila komik eh? Menurut kajian saya, hanya tinggal satu kedai komik yang masih bertahan di Singapura.
http://news.asiaone.com/news/singapore/last-comic-shops-standing-spore
Flashback dabes. Sedang Matin berjalan, seseorang menumbuknya. Dia pun pengsan. Weak sak?
LOL. Matin kaya ke?
Matin melaporkan insiden itu kepada pihak berkuasa.
Mereka berjumpa untuk berbual hal lama.
Maya ke rumah Siti dan dapat tahu bahawa Siti mungkin diculik.
Matin ke rumah Azmi untuk menyelesaikan hal lama. Azmi inginkan komik yang telah mereka karang, tetapi Matin tidak mahu berikan kepada Azmi. Azmi hanya ingin menjadi penerbit (publisher) untuk komik tersebut tetapi Matin enggan bekerjasama (entah kenapa?? Pride issues ah)
Hairannya… Si Azmi ni kaya gila eh? Dia pemilik West Comics tapi rumah besaq sak! Dia jual berapa banyak komik dalam satu hari? Komik begitu high demand di Singapura ke? Saya pasti dia juga menjual hentai. Tu pasal dia ada banyak duit.
Maya ke pejabat Azmi untuk memberitahu tentang kehilangan Siti dan juga mendapatkan maklumat penting.
Boo Chiat tu nenek kau.
Mereka berdua ke rumah ibu Siti untuk bertanya tentang Siti.
Jengjengjeng…
Mereka berdua mengekori orang upahan Azmi. Tapi last last si dekni nak pergi Kapow Komix sak.
Si Matin dengan Maya macam terlalu free eh nak ikut orang? Diorang kan ada kedai?
Mereka bergelut. Matin ditikam.
Polis ternampak Maya memegang pisau. Padahal dia belum buat apa-apa. Maya diberkas.
Polis wanita ini tidak boleh berlakon.
Tu la????
Ibu Maya memberitahu Azmi bahawa Maya adalah anak kandung mereka.
Muka tak kisah sebab dah lepaskan kat dalam so lepaskan tanggungjawab sekali hahahahahah.
Family discussions.
Mereka pun memberitahu mengapa Azmi dan Matin berpecah-belah. Ni kononnya macam diorang ada lain ideologi ah abeh gaduh ala-ala Iron Man VS Captain America
Ataupun Batman VS Superman
Dia mati-mati ah nak terbitkan komik Kapten Kapow tu.
Chey.
LOL si dekni mengamuk tak bertempat? Orang dah pecat tu dah la lupakan saja. Si dekni Doomsday hahahahaha.
Apa sak? 4 lawan 1 pun tak boleh handle?
Semua ditikam kecuali Matin.
Setelah menyedari dia dah berdosa, dia lari hahaha. Tak faham. So kau datang rumah Azmi dengan tujuan apa? Untuk membunuh, bukan? Setelah menikam sasaran kau, kau terus menyesal. Terlambat sudah.
Ni apa??? Sailor Moon ke?
Seriously… Can’t @ the cheap visual effects!!!! Si Matin ni nak gaduh dengan mamat ni tapi dia yang kalah. World.
Eh lakonan si dekni kaku tahap tak boleh masuk Anugerah Skrin HAHAHAHAHAH.
Hmm… Kepala dia sakit?
Azmi mahu Maya mengganti tempatnya sebagai CEO West Comics.
Akhir dengan begitu sahaja. Seolah-olah memberitahu penonton bahawa musim kedua akan datang tapi saya sarankan NO sebab flopz.
Tahniah kepada Suria dan Ochre Pictures kerana menerbitkan drama yang mempunyai konsep yang agak unik. Tetapi, jalan cerita agak biasa-biasa dan juga klisye ya. Seorang gadis yang ingin mencari ayah kandung dan akhir sekali dapat tahu bahawa ayah kandung orang kaya dan terpaksa mengambil alih jawatan ayahnya. Hmm… Amat typical sekali! Selain itu, terima kasih kepada Suria kerana mengetengahkan bakat-bakat segar seperti Atyy Malek, Jun Junalis, mamat IO tu dan juga Awad Salim (sebab jarang dapat watak utama)!
Secara jujur, saya berpendapat bahawa drama ini agak… kebudak-budakan. Ia tidak sepatutnya ditayangkan pada slot 930 malam! Slot 6 petang lagi afdol hahahaha. Efek visual ala-ala Big Bad Beetleborg (which is so 90s) memberikan saya lebih sebab untuk percaya bahawa drama ini dikhaskan untuk remaja!!!
Saya fikir drama ini tidak menepati citarasa penonton Suria secara amnya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa penonton Suria inginkan drama yang mempunyai konsep baharu, tetapi, dalam penerbitan sebuah drama yang unik, jalan ceritanya harus menarik juga. Saya pasti penonton inginkan cerita yang lebih matang, menimbulkan isu-isu yang relevan kepada masyarakat kita dan juga yang menyentuh hati. Saya rasa Alam Maya kurang faktor kekeluargaan dan pengajaran.
Ok tanak berbual banyak ah sebab takde pape nak berbual (dan saya tidak berhak berbual sebab tak mengikuti drama ini but whatevs) . Itu sahaja, ya. Drama apa yang mengganti slot ini eh?
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)
[…] dari konek ke mulut. Itulah drama terbaru Suria yang menggantikan drama Alam Maya. Secara jujur, saya tidak tahu ada drama yang bertajuk “Kemelut” akan disiarkan. Ini […]
LikeLike
[…] Alam Maya […]
LikeLike