Are you… Are you… (oh oh) My Raden Mas Ayu?
Saya pasti anda semua dah ketagih dengan lagu di atas setelah menonton Interns semalam, kan? Tak boleh dinafikan bahawa lagu itu amat catchy dan liriknya juga agak bermakna, bukan?
Ini menimbulkan satu isu yang amat membingitkan. Kenapa Suria tidak mengeluarkan lagu-lagu drama di iTunes ataupun mana-mana wadah yang sesuai seperti soundcloud atau lain-lain? Saya rasa Suria pasti akan dapat menjana hasil jika mereka melaburkan sedikit wang untuk memuatnaikkan lagu-lagu drama di iTunes. Saya juga amat suka akan lagu tema Mengejar Mentari yang memenangi anugerah di Pesta Perdana kelmarin.
Peliknya, Suria ada cukup dana untuk menerbitkan rancangan tidak berfaedah aka Gegar Vaganza SG Mania di mana penyanyi flopz bersatu untuk menunjukkan siapa yang tidak seflopz tetapi tiada wang untuk menyokong bakat yang sedia ada. LOGIK??? So, please make it available somewhere before I illegally download it, and you + I won’t like it cos haram and it’s all about the halal life. Tapi aku pun dah lupa macam mana nak muat turun lagu secara haram sebab iTunes kan lebih senang,
(saya bakal menulis tentang SG Mania dalam entri seterusnya, insyaAllah jika ada masa)
Sudahkah anda bersedia untuk membaca kupasan saya mengenai episod 3 Interns musim kedua ini? Adakah Azree dan Nadya akan meneruskan misi mereka untuk menjatuhkan interns baharu? Siapakah Wan Dragon? Adakah hubungan Sarah dan ibunya akan kembali seperti biasa? Masalah kewangan Nadya? Akankah Azree dinaikkan pangkat/diberi jawatan lebih baik? Hilmi? Hmm… Jom baca! Terlepas episod lepas? Baca di sini.
Episod 3
Eh? Sarah tumpang Sani? Hmm… Apa yang berlaku antara mereka berdua eh?
Eddy dan Wan Dragon sedang fokus merakam lagu tema Are You Raden Mas Ayu.
Ok, sedikit lawak untuk memulakan episod ketiga. Ataupun Nadya dah boleh berhenti dengan jokes dia pasal rambut Azree.
Clap back dahsyat.
Eh diorang takde perisa Yeo’s lain ke? Asyik laici saja. And biasa lah ni Nadya dan Azree ejek Sarah. 🌞
Saya tak pasti ni sexual innuendo ke apa lah eh tapi ni kan Suria so, saya rasa tak kot. Dan ia agak tidak logik di mana Sarah tak tengok cermin langsung semasa di tempat meletak kereta sampai ke pejabat ya. Dalam lif takde reflection ke?
Hahahahaha Azree dan Nadya adalah saya.
Azree dan Nadya ditugaskan untuk fikir tentang baju Are You Raden Mas Ayu sementara Sarah harus cari kain untuk Fashion Week.
Nadya being a bodoh. Dia fikir itu shaver!!
Hahaha Coco terlalu percayakan Sarah eh? Coco juga tidak memakai rantai, thank god.
Hahahaha ye lah tu. More like you are not needed in this episode. Last semester kau sakit abeh sekarang baru nak amek test? During your internship? Cikgu kau bodoh ke?
Tambahan pula, lakonan si Sofia Dendroff ni amat kaku dan tidak semula jadi. Dia stres on the wrong words. Abeh ekspresi muka pun macam semua sama saja, suara high pitch pulak tu.
Si Nadya nak berperibahasa dalam Inggeris pun salah sak.
Hmm… Eddy tersend emoji 😍 abeh Coco tersengih kambing.
LOL freeloader sak. Dan… Big earrings was 10 years ago?
Azree macam musykil sebab si Nadya asyik berdandan saja tak buat kerja.
Dia pun mnl Nadya.
Azree memainkan lagu Are You Raden Mas Ayu dan mamat barista ni macam suka lagu tu ah eh.
Ok, I’ll use AYRMA from now on sebab letih sak taip panjang lebar.
Hahahahaha gila si Wan Dragon ni.
The berlagak-macho-alpha-male-tapi-loser-muka-tak-lawa character terpikat dengan perempuan lawa yang dia ternampak semasa kerja. Klisye.
Nadya menjelaskan ideanya yang literal tapi tak berjaya so Azree mengambil alih.
Mereka kagum dengan idea Azree. Tapi kasihan, Nadya yang dapat nama.

Hanya seorang boleh memantau/berada di set rakaman MV AYRMA. Walaupun idea Azree dipilih, Wan Dragon mahukan Nadya berada di set.
Eh eh sampai ke situ tauke kain ni?
Sarah mahu belanja Sani kerana menumpangnya hingga ke kedai kain, namun setelah bayar kain, dia tiada wang. Erm… TAKKAN TAKDE ATM ATAU TAK BOLEH BAYAR GUNAKAN KAD. Ngok sak. Abeh terpaksa makan kat kedai kopi. Sebenarnya si Sarah sengkek.
Sesi kenal-mengenali aka nak pikat hati Sarah.
Setahun internship dan setahun bekerja sebagai full-timer oi.
Coco menasihati Azree agar dia tidak kecil hati.
Azree agak marah kerana Nadya yang tidak melakukan apa-apa diberi pujian dan diberikan peluang untuk bekerjasama dengan WaNaga. Azree mengatakan bahawa rupa Nadya membolehkannya untuk mendapatkan segala yang dia inginkan, padan dengan bidang fesyen.
Saya rasa adegan ini menimbulkan isu yang amat berat dalam dunia pekerjaan. Isu di mana wanita mendapat kerja/peluang dengan lebih senang kerana rupa. Aka sexism la kan. (Dalam kes ini saya berpendapat bahawa wanita dan lelaki boleh menjadi mangsa so feminists out there jangan nak marah)
Azree mencampakkan fail-fail kepada Nadya. Amek kau.
Coco memberi day off kepada Azree agar dia dapat menenangkan jiwanya yang sedang tertekan.
Hahahaha nama Wandy sak.
Ya. Kenapa???
Huh?? Cermin rosak? And I can’t deal how he made someone a victim of his sexism tapi end up dia pentingkan diri sendiri?? Like sexist cos sexy?? Apa link.
Dia apa sak. Patutlah bakat tempatan tak pergi jauh eh. Oops.
Mari kita ucapkan tahniah kepada watak Tasya kerana dia sudah selesai skripnya untuk episod kedua, hahahahaha loser.
Sesi Peer Evaluation.
Ye ke?
Ni saya setuju.
Kalau ada pun, saya tak merestui perhubungan mereka!!!!
Saya agak hampa dengan bilangan #SlayronIsmail dalam episod ini. Ia hanya boleh dilihat apabila Sarah bertanya sama ada Coco ok atau tidak dan Coco berjawab “Always” dengan muka smug.
Merepek bodoh!!!
YAAAS. Jangan biarkan si mamat ni mengguna-gunakan kau untuk puaskan nafsu dia.
Dan pembedahan plastik.
JUST SAY NO. Macam main Monopoly Deal.
????? Remuk hati Hilmi!!!!!
Tapi dia tak send pun.
Hahaha apa sak MV AYRMA ni? Watak Mas Ayu perempuan omputeh ke? Si Azree kata abstract shapes la apa la tapi aku tengok ada cat kat dahi dia abeh pakai jaket kulit lembu?? Tu je… Merepek.
Diorang rakam dalam Vault ke? Lampu UV tu…
Si watak ni seriously gila lah eh.
Kenapa dia berbual Inggeris, sarikata pun Inggeris? Normah Idris, kau tak buat kerja eh? (I’m assuming it’s her sebab subtitles selalu dia)
Snapchat. Tapi bukan ah dia view dari galeri.
Eh eh si Sani ni. Salah satu saya tak ship mereka sebab takde ship name??? Kalau Hilmi boleh #Hilrah atau #Salmi ke apa. Ni Sani Sarah???
Eh eh mak dia? Kenapa tanya? Bukan ke korang dah kaya?
OMG nampak sedap ya!!! Ni dah macam adegan Jeritan Sepi pulak si Mastura Ahmad ni.
Si dekni masih ah tak berbual dengan mak dia? Lupakan saja la omg.
Setakat Swensens…
Sani tak panas ke butang sampai ke leher??
Diorang makan kat airport??? Bodoh pe…
Okkkkk, I suka episod ini. Sebab akhirnya kita tahu drama sebenar bakal bermula! Hilmi terserempak dengan Sani dan Sarah yang sedang berpaktor oooohhh… Apa reaksi Hilmi eh? Adakah Hilmi akan sambung kerja di RCV sebagai jurugambar? Bagaimana pula dengan persahabatan Azree dan Nadya? Perhubungan Sarah dan ibunya pula? Si Eddy dan Coco nak go ke tak eh?
Si Sani ni… Dia nak tackle Sarah tapi dia sedar tak yang Sarah tu senior dan dia setakat intern? Boleh ke dia bersikap profesional apabila bekerja? Walaupun saya tidak suka cara Azree dan Nadya mengejek Sarah, saya rasa tingkah laku mereka wajar kerana Azree dan Nadya seolah-olah ingin mewujudkan jurang antara pekerja sepenuh masa dan interns agar para interns menghormati mereka dan juga tahu status mereka. Namun, Sarah, being the naive girl that she is, tidak sedar bahawa pergaulan antara interns dan pekerja sepenuh masa serba sedikit boleh menjejas internship si Sani tu. Ikutkan NAPSU sahaja. Dan Sani pun tak tahu ke yang dia datang RCV untuk belajar dan bukan menggatal?! Abeh si Tasya tu macam ekstra je hahaha.
Pada masa yang sama, Coco cuba menjaga hati Azree tetapi saya rasa macam tidak kena sebab dia sendiri yang tidak memberi jawatan setaraf kepada Azree. So…? Entah la eh. Saya juga suka cara Coco ingin selesaikan isu si Wan Dragon yang inginkan Nadya sahaja. Sungguh profesional dan ia menunjukkan kematangan kepimpinan Coco! Syabas. Episod ini menunjukkan kematangan Azree dan Nadya apabila bekerja which is good sebab musim lalu kan diorang asyik main-main.
As I am typing this, drama Alam Maya sedang dimainkan. Saya cuba menonton episod kedua dan ketiga. Saya tak sanggup menonton sak. Baru 15 minit otak saya dah konfius tahap calculus H3. Saya juga baru sahaja catch up Premonition episod kedua dan Rosalyn Lee memang tak boleh berlakon eh? SHOULDERS DOWN. (Lol back when I was a ballet dancer, this phrase haunts me v much)
Kepada anda yang ada sebarang komen ataupun cadangan, jangan ragu-ragu untuk memberitahu saya! Anda boleh menghubungi saya menerusi pelbagai wadah; Fesbuk, Twitter dan juga e-mel! Saya akan membalas anda semua! Unless it’s hatemail then get out.
Anda suka membaca blog saya? Apa lagi… SHARE LA DI FB TWITTER DAN SEMUANYA HAHAHA.
Ok guys, semasa saya sedang edit final touches sebelum publishing entri ini, saya singgah ke halaman Interns dan ternampak ini:

YAYYYYY! Ada 2 versi, akustik dan biasa punya la eh whatever you call it. Sokonglah lagu ini dan beli ya. (Saya akan beli apabila I’m back on my desktop)
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)
[…] kepada drama Interns 2, pada episod ketiga, Hilmi terserempak dengan Sarah yang sedang bermesra bersama Sani. Apa yang bakal berlaku dalam […]
LikeLike