GV8: Aliff Aziz mara ke separuh akhir

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Seperti dijangkakan, Aliff Aziz berjaya melepasi pusingan suku akhir Gegar Vaganza 8.

Dengan lagu Rapuh yang dibawanya, Aliff berjaya mengekalkan posisi nombor duanya sekali lagi dengan meraih markah juri sebanyak 76.8%

Minggu depan, Aliff akan menyanyikan dua buah lagu. Salah satunya adalah karya anak Singapura, Taufik Batisah iaitu Sesuatu Janji, serta Lay Me Down nyanyian asal Sam Smith, semuanya pilihan juri sempena separuh akhir minggu depan.

Bagaimana agaknya prestasi Aliff minggu depan? Bolehkan penyanyi asal Singapura itu merampas balik tangga pertama dan mara ke peringkat akhir?

ade je haters eh?

Turut melangkah ke separuh akhir adalah Suki, Aweera, Nikki, Adibah Noor, Shidee, Azan Scan dan Ani Mayuni.

Minggu ini, kumpulan duo yang diminati ramai, SA.YA (Saiful Apek dan Yassin Anye dari kumpulan Senario) disingkirkan.

Siapakah yang akan mara ke gelanggang akhir GV8?

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: IG Astro Gempak)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s