Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Kumpulan tarian Melayu setempat, Artistari Gentari bakal mempersembahkan penerbitan berjudul Hati Ke Hati bulan depan.
Persembahan ini mengetengahkan coretan pandemik, mengisahkan babak-babak yang mempersoalkan perhubungan sesama diri kita, bersama orang lain serta alam semula jadi.
Ia juga sebuah eksperimentasi tarian zapin dalam kita di dunia yang sepi, di mana SOP Covid-19 harus dipatuhi.
ATG menjanjikan malam penuh gemilang menerusi tarian, muzik dan media visual yang membawa harapan. Pementasan ini menampilkan Pengarah Artistik, Badarudin Hassan, Pengarah Muzik Alhafiz Jamat dan Pengarah Kreatif Hyrul Anuar.
Pada malam sulung ini, jiwa yang sunyi boleh berharap hari esok yang lebih baik.
Hati Ke Hati akan dibahagikan kepada 4 babak utama, iaitu Taksim, Alif, Kopak dan Wa’inab masing-masing seiring dengan perasaan hati iaitu Ketenangan, Cinta, Amarah dan Kebanggaan.
Hati Ke Hati bakal berlangsung pada 12 Februari, 8 malam di Drama Centre Theatre. Tiket-tiket boleh didapati di sini.
Anda juga boleh menontonnya di wadah digital.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: ATG)