Ridhwan Azman kini berdagu

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Hidup usahlah ragu
Berkawan, jangan berlawan
Dulu tidak berdagu
Kini seorang rupawan

Ah, gitew! Tiber.

Itulah yang dikongsi pelakon cilik popular, Ridhwan Azman, di TikToknya baru-baru ini yang mendapat rawatan kosmetik bagi dagunya.

@ridhwannabe_

I have a chin now. Thank you @astute.centre 🥰❤️

♬ original sound – Ridhwan Azman – Ridhwan Azman

Ridhwan atau lebih dikenali sebagai Ridhwanannabe menulis di TikToknya:

Aku ada dagu sekarang. Terima kasih @astute.centre

Dalam video pendek itu, YouTuber itu berkata bahawa dia berada di pusat kosmetik itu kerana sudah bosan tidak mempunyai secubit dagu.

Ikuti Pengkritik Sandiwara di setiap wadah sosial

Video itu menunjukkan dirinya mendapati rawatan filler dagu, membentukkan dagu serta sebelum dan selepas (before and after) untuk menunjukkan keberkesanan rawatan itu.

Sememangnya, rawatan ini amat memujarabkan kerana raut wajah pelakon Ah Boys To Men itu kini lebih kacak dan segak. Dua kali pandang, macam Hael Husaini!

Syukur alhamdulillah, kini Ridhwan tampil lebih beryakin dengan penampilan barunya itu!

– Pengkritik Sandiwara

(gambar: TikTok dan Instagram Ridhwan Azman)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s