Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Semalam, sedang pentas Gegar Vaganza 8 menanti keputusan persembahan minggu ke-2, dunia internet heboh dengan ramalan Gegar Vaganza.
Selebriti popular Malaysia Datuk Hj Aznil Nawawi atau lebih dikenali Pak Nil turut memberi pandangannya di Twitter.
Pak Nil mencatat bahawa beliau berharap Aliff Aziz dan Adibah Noor sebagai juara Gegar Vaganza tahun ini.
Cuba korang perhatikan tweet tu lagi. Pak Nil gunakan ‘&’, bukan atau. Adakah ini bermaksud sekiranya Aliff menang, ia sebuah kemenangan berganda seperti Hady Mirza & Naqiu?
Apakah makna tersirat yang boleh anda kupaskan melalui tweetnya itu? Tidakkah bakat Singapura, atau bakat bukan-Malaysia, berhak memegang gelaran sebagai satu-satunya pemenang GV pada satu musim?
Adakah ia satu peraturan tidak tertulis untuk mengharuskan seorang pemenang Malaysia bagi Gegar Vaganza walaupun peraduan ini terbuka untuk selebriti bukan-Malaysia? Apa pendapat korang?
Selain itu, Michael Ang juga meramalkan bahawa Aliff Aziz bakal ke peringkat akhir!
Min setuju, Aliff sekarang nyanyi lagi power!
Ramai juga warganet yang setuju Aliff mampu ke peringkat akhir. Korang setuju tak? Siapa korang sokong?
Semalam, Aliff kekal di tangga nombor satu manakala Adibah Noor berada di tangga kedua.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Instagram Astro Gempak)
[…] Gegar Vaganza 9 akan bertemu anda mulai 18 September, setiap Ahad. […]
LikeLike