Aliff Aziz kekal no.1 di minggu ke-2 Gegar Vaganza 8, tiada penyingkiran

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Nampak gaya, kedudukan nombor satu Gegar Vaganza milik Aliff Aziz sekali lagi dengan markah daripada juri sebanyak 81%.

Beliau menutup tirai konsert minggu kedua dengan lagu berjudul Kasih Tak Sampai oleh Padi. Persembahan memukau itu mendapat komen positif daripada Dato Ramli MS yang berkata nyanyiannya dinamik! Hetty Koes Endang pula berkata persembahan Aliff amat grande!

Bagi undian penonton pula, Aliff memenangi Anugerah Betul-Betul Luar Biasa. Jangan lupa undi untuk minggu akan datang ni kalau nak Aliff menang lagi.

Ikuti Pengkritik Sandiwara di semua wadah sosial

Minggu lepas, penyanyi kelahiran Singapura ini telah mendendangkan lagu popularnya ‘Sayang Sayang’ dan meraih markah sebanyak 74.6% oleh para juri!

Dalam minggu ke-3, Aliff akan menyanyikan lagu Kasihnya Lail oleh Jinbara sempena temanya ‘Segalanya Kita Terima’.

Di tempat kedua dan ketiga adalah Adibah Noor dan Nikki masing-masing.

Mungkinkah Gegar Vaganza menjadi wadah di mana Aliff membangkit semula? Ayuh sama-sama kita doakan yang terbaik buatnya!

Isteri Aliff, Bella Astillah juga telah memberi kata-kata perangsang kepada suaminya setelah persembahan minggu pertama.

Menurut siaran Instagramnya, semasa lagu Sayang Sayang popular, Bella baru berusia 13 tahun!

Tahniah buat Aliff Aziz sekali lagi.

Nico G di tangga terbawah dengan markah sebanyak 52.9%. Namun, tiada penyingkiran minggu ini, entah kenapa.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: YouTube Astro Gempak)

Advertisement

5 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s