Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Cakap pasal sejarah, tentu sekali anda akan terfikir untuk membaca buku-buku, menonton filem mahupun dokumentari atau ke muzium untuk melihat artefak supaya dapat tahu lebih lanjut tentang sejarah tersebut itu.
Tapi bagaimana pula dengan sejarah tarian yang bukan ketara (intangible)? Tidak cukup untuk sekadar melestarikan unsur-unsur ketaranya seperti busana, muzik dan lain-lain. Gerak tarinya juga harus dilestarikan, kan?
Itulah niat pementasan Azpirasi berjudul Introspect: Gemersik Ombak di mana penonton seolah-olah berada di kuliah sambil menonton persembahan oleh penari Azpirasi!
Pengasas kumpulan tarian, Azmi Juhari, akan meneroka idea di sebalik tari Zapin Gemersik Ombak serta perjalanan untuk menyempurnakan tarian tersebut.
Persembahan tahun ini merupakan tahun pertama projek ini yang akan mengambil masa selama tiga tahun. Pada tahun ketiga, segalanya tentang Gemersik Ombak yang pada mulanya tercipta pada 2002, akan dibukukan.
Para pengkaji (gambar di atas) Gemersik Ombak telah mewawancara individu-individu yang terlibat dalam Gemersik Ombak yang pertama kali dipersembahkan sempena Gentarasa 2002, dan pengalaman mereka turut dikongsi dalam persembahan Introspect.
Melalui persembahan ini, diharapkan gerak tari serta segalanya tentang Gemersik Ombak dapat diarkibkan, sekaligus melestarikan dan memperkasakan lagi Zapin Gemersik Ombak untuk generasi akan datang.
Amat menarik sekali adalah penonton juga dapat melihat penari-penari asli yang terlibat dalam persembahan Gentarasa 2002 di pentas Introspect!
Dengan cara inilah legasi Azpirasi, atau lebih tepat lagi, Azmi Juhari, dapat dikekalkan dan dinikmati oleh semua penggiat seni tarian akan datang.
Secara terus terang, I suka konsep ‘lecture performance’ ni sebab kite boleh tahu proses persembahan semasa menonton persembahan! Nak more of these please!
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: IG Azpirasi // standstillsmovement