Talbis Iblis buat anda menangis

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Filem seram terbaru yang disiarkan di layar perak, Talbis Iblis, pasti akan membuat anda hampir terkucil apabila menonton di pawagam.

Dengan barisan pelakon mantap seperti Zul Ariffin, Nasha Aziz dan Azira Shafinaz, filem hantu ini agak sedikit lain daripada filem hantu yang sedia ada.

Ini kerana ia TIDAK melibatkan sebarang Pak Ustaz atau Imam yang akan menyelamatkan situasi.

Malah, watak Hajar (Azira Shafinaz) yang sarat berdosa berjaya menewaskan hasutan setan dengan sambil komat-kamit menyebut nama Tuhan.

Hajar ke rumah Mak Ju (Nasha Aziz) untuk membuang anak luar nikahnya tetapi dihasut untuk menyimpan bayi dalam kandungan. Namun, apa yang Hajar tidak tahu adalah Mak Ju inginkan anak Hajar untuk hidupkan semula anaknya sendiri yang sudah tiada.

Dalam pada itu, kisah ini mengetengahkan perkara yang menarik dan jarang ditonjol dalam filem seram – menghidupkan jasad yang sudah mati.

Dan disebabkan itu, terdapat acara memuja, membaca jampi serapah sehinggakan filem ini diharamkan di Brunei.

Selain itu, cinematography Talbis Iblis juga agak unik, membuat filem ini amat menggerunkan sekali. Seolah-olah kami mempunyai POV si hantu.

Apa yang benar-benar mengejutkan saya adalah rahsia Mak Ju di mana wataknya bunting hasil sumbang mahram yang dilakukan oleh bapanya sendiri.

Tapi… plot twist tidak berhenti di situ. Di akhir cerita menyeramkan ini, penonton benar-benar diberitahu mengapa ini semua berlaku, membuat penonton tertanya-tanya apakah motif sebenar Nasir (Zul Ariffin) dan mengharapkan kesinambungan kepada cerita ini.

Secara keseluruhan, Talbis Iblis sebuah filem yang harus anda saksikan. Ia penuh dengan kejutan, jalan cerita yang boleh disifatkan slow pada mulanya tetapi segala persoalan dibongkar pada akhir cerita, cerita hantu yang tidak bergantung kepada Ustaz untuk dileraikan.

Aksi di mana hantu atau setan (ala-ala Stranger Things’ Vecna) bergaduh dengan Hajar dan Nasir tu memang gempak!

Anda boleh tempah tiket anda di Cathay Cineplex.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: YouTube)

PS.

stream defam

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s