Hanya seorang wakil Singapura di Gegar Vaganza 2020

Wakil Singapura, Hady Mirza, menjuarai Gegar Vaganza bersama Naqiu tahun lepas. Tahun ini, bolehkah anak watan Singapura juga merangkul gelaran juara Gegar Vaganza?

Adakah penyanyi kumpulan Rusty Blade, Yantzen, dapat mencapai tahap seperti mana dilakukan wakil-wakil Singapura tahun lepas, termasuk Jatt Ali?

Sebenarnya, dengan mewakili Singapura di pentas pertandingan popular ini sudah cukup membanggakan! Kalau dapat ke peringkat akhir merupakan satu bonus, gitew!

Menarik sekali, Yantzen pernah dijemput beberapa untuk sertai Gegar Vaganza namun komitmen serta keraguan menjadi sebab mengapa beliau tidak sertai Gegar Vaganza sebelum ini. Oleh kerana dunia dilanda pandemik sekarang dan Yantzen tidak ada banyak projek, GV7 menjadi wadah di mana beliau boleh meraih pengalaman baru, kongsinya bersama Berita Harian dan BERITAmediacorp.

13 pesaing lain yang juga dalam Gegar Vaganza tahun ini adalah Mus May, Noraniza Idris, Ayu Damit, Rozita Izlyn, Haslinda, Ashira, Linda Nanuwil, Cliff Umar, Oja, Aju, Nomad, Indigo dan Eva.

Adakah anda akan melekat di depat TV 11 Oktober esok?

-Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Instagram Yantzen)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s