Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Korang pasti rindu melancong kan time Covid-19 ni? Maklumlah, tak boleh keluar negara dek sekatan sempadan.
Untuk mengubati rasa keinginan makan angin, apa kata kita tonton rancangan kembara realiti yang amat popular satu ketika dahulu iaitu ZOOM THAILAND? Rancangan popular itu baru saja dimuatnaikkan 2 hari lepas di meWATCH.

Bukan saja dapat rasa kononnya kita di Thailand, dapat juga kita mengimbau zaman waktu kita kecik-kecik tonton rancangan ni di Suria pada awal 2000.
Dihoskan Nurul Aini dan Dalina Jaapar, ia menampilkan tempat-tempat menarik di Thailand menerusi misi-misi yang harus dilakukan hos-hos ini. Ekcili bila tengok balik, muka Shaista sebijik macam mak dia eh? Hahahaha!
Memang favourite lah tengok Zoom Thailand! Tengok Dalina dengan Nurul bergaduh dan bermanja, carik logo Zoom sambil membuat misi, dan perangai Nurul yang kemaruk sebab naik kapal terbang pertama kali!
Selain Zoom Thailand, siri lain Zoom seperti Zoom Hong Kong dan Zoom Korea juga terdapat di Toggle bersama hos Huda Ali bersama Nurul Aini, Norfasarie dan Maiya Rahman masing-masing.
Bolehlah kita melancong ke Thailand, Hong Kong dan Korea bersama selebriti ni semua. Walaupun secara virtual saja!
And yes, Zoom New Zealand memang ada kat Toggle kot semenjak ia diterbitkan.
Apakah rancangan lain yang ingin anda tonton di meWATCH? Bagi sis, sis nak tengok 647km2!
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar dipetik daripada meWATCH Suria)