Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku! Sememangnya anda semua masih tidak berteman kerana dating adalah haram! Kita terus nikah ye, ikut cara islam! Seperti blogger FEMES ni, bacalah blog dia mengenai kahwin-kahwin!
https://caramelsnowflakes.wordpress.com/category/wedding/
Kali ini, saya akan mengupas drama ala-ala dokumentari, Demi Cinta. Ia mengisahkan dua orang yang bekerja dalam satu bumbung. Diorang tak kenal sangat tapi lama-kelamaan, jatuh cinta. Ini semua standard! Klisye tahap drama 80an. Tapi, halfway, adalah kekasih lama muncul ke, mak tak restu ke, apa-apalah.
Saya juga berpendapat drama ni macam konsep Dol & Minah Nak Kahwin.
Masih ingat akan cerita ini?
Saya amat suka dengan opening credits? Agak cute ya.
Abang sado Fir bermain watak Wan. Seorang jurugambar buat syarikat majalah kahwin-kahwin.
Ini pula Abang Moe?? Seorang diva kekwat yang bekerja di majalah kahwin sebab dia tak akan dapat kahwin secara sah di Singapura?? Hahahaha.
Ini pula Natasha. Seorang penulis. Dia terpaksa mengganti tempat rakannya yang kini berkerusi roda. Pelik, kawan dia kat kerusi roda tak boleh type artikel? Dia tulis artikel gunakan kaki ke? Hahahaha. Natasha ni seorang yang tak suka akan cinta-cintun la. Tengok saja pemakaian watak Natasha. Agak tomboy.
Natasha diberikan tugas pertamanya. Beliau disuruh menulis artikel mengenai sepasang suami isteri yang baru sahaja bernikah. Menariknya, pasangan tersebut bercinta semenjak di pangkuan sekolah rendah! Comelnya!
Dua-dua hensem dan manis ye!
Masih tetap kacak dan anggun ni dua. (Ini realiti ye bukan drama)
Dalam rancangan info-ed ini, mereka juga mewawancara pakar kewangan agar kaum kita dapat menangani belanjawan mereka apabila merancang majlis perkahwinan mereka. Ingat, bajet kita hanya $50!

Si Fatimah Mohsin pakai apa??? Bulletproof vest ke??
Natasha mengadu kat Lisa sebab dia tak yakin dengan kerja baharunya. Dahulu, beliau sekadar penulis untuk majalah pelancongan/travel lah. Nak tulis pasal cinta ni amat leceh buat dia. Tambahan, agak bercanggah dengan pendiriannya. Lisa merupakan rakannya yang cacat sampai tak boleh tulis tu.
Mereka berdua menelefon Lisa pada masa yang sama sehinggakan Lisa jatuh dari kerusi roda??
Merepek sak abeh entah dia sakit atau ketawa?
Lisa pun memberi kata-kata perangsang untuk membakar semangat Natasha. Aku tengok si Lisa masih sihat walafiat je?? Abeh dah tak boleh tulis? Pemalas.
Kata-kata nasihat tersebut amatlah efektif sekali. Natasha, bersama Wan, menemuramah pasangan tersebut dan mereka berkongsi pahit manis majlis perkahwinan mereka!
Bos kewat sampai menitis air mata membaca artikel yang ditulis Natasha. Wow, sungguh berkesan ke? Ke dia nangis sebab dia tak dapat kahwin? Si Wan ni anak ikan dia ke?? Hahahahaha.
Saya pasti ramai daripada anda semua dapat tahu kesudahan cerita ini kan??? Walaupun Wan dan Natasha tidak menunjukkan sebarang perasaan terhadap satu sama lain, lambat laun, mereka akan jatuh hati punya. Ini semua SOP. Melainkan ada plot twist… Perkahwinan antara sesama jenis dibenarkan di Singapura so Abang Moe propose kat Wan hahahaha bye.
Saya tidak akan mengupas cerita ini seperti drama-drama lain kerana ia bukan sebuah drama yang lengkap? So, mungkin bila episod terakhir saya akan rumuskan la eh. Itu sahaja daripada saya!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)
[…] Kenapa Suria ada drama kahwin-kahwin lagi eh? Haritu ada cerita Demi Cinta. Adakah kerana pihak pemerintah mahu orang Melayu kahwin secara sah dari segi undang-undang negara? […]
LikeLike
[…] sejahtera, pembaca setiaku! Kali ini saya akan kupaskan episod akhir Demi Cinta. Cepat kan cerita doku-drama itu tamat? Dan seperti ramalan saya, watak Wan akan bersama watak […]
LikeLike