Salam sejahtera wahai pembaca setiaku yang amat berbakat sekali! Lebih berbakat berbanding peserta-peserta Anugerah Skrin musim ketiga! Peraduan realiti yang telah kita semua nanti-nantikan akhirnya sudah bermula! Sudah bertahun peraduan ini senyap dan kini ia kembali sekali lagi. Dengan adanya pertandingan ini, industri seni tempatan dapat mencari pelapis bagi industri TV.
Sebelum saya memulakan sesi kritik-mengkritik, ayuh kita kenali peserta Top 20 kita dengan lebih dekat lagi.
“Saya bukan sahaja anak mak, saya juga cucu kepada nenek saya”
Saya tahu mesej yang ingin disampaikan tapi awak kelihatan bodoh apabila bercakap sedemikian.
Para peserta Top 20 dibahagikan kepada dua kumpulan. A dan B. Oleh itu, tajuk blog saya kali ini adalah “Anugerah Skrin 2016: Pusingan A1”. A1 bermaksud kumpulan A, pusingan pertama. Dua kumpulan ini akan bergilir-gilir bertanding dan setiap minggu ada penyingkiran. Ini akan berlaku selama 6 minggu. Adakah anda fikir ia suatu yang adil? Saya akan pertikaikan isu ini nanti.
Jom kita kenali para peserta Top 20 Kumpulan A.
Inilah dia 10 peserta dari Kumpulan A. Ada yang lawa, ada yang hensem dan sado. Ada yang gempal, gebu. Semua adalah! Mereka semua pun masih muda juga ya. Cuma si Yamin je dah agak berumur. Agak boleh laku ke?
Ikuti mereka di ig!
https://www.instagram.com/skrinnurul/
https://www.instagram.com/skrinzaidi/
https://www.instagram.com/skrinsyafiqah/
https://www.instagram.com/skrinkamarul/
https://www.instagram.com/skrinshida/
https://www.instagram.com/skrinaidi/
https://www.instagram.com/skrinnabihah/
https://www.instagram.com/skrinyamin/
https://www.instagram.com/skrinamalina/
https://www.instagram.com/skrindanish/
Tanpa membuang masa, ayuh kita lihat apa yang berlaku dalam Anugerah Skrin Pusingan A1.
Hmm… Trademark Anugerah Skrin masih ada. Yang peace sign abeh diorang gerakkan peace sign di sebelah pipi kanan sambil kata “Anugerah Skrin”. Kini, ada tagline pulak. Mencipta Bintang!! Tangan Huda Ali sedang buat gerak-geri tagline tersebut. Kononnya bintang berkelipan.
Ini berdua memang padan ah. Dulu saya ingatkan Shah Iskandar akan menang. Tapi tak?? Whatever happened to Shahril.
Sedutan sesi pencarian di pusat membeli-belah. Yang Pas Ekspres tu. Ingat tak? Kalau tak ingat, bacalah Pas Ekspres Expose.
Eh ni betul-betul acting eh? Konon didekati oleh para alumni Anugerah Skrin padahal it’s all staged?? I can’t.
Eh, si abang rempuh tak dapat masuk ke? Jangan risau, kau ada badan ada rupa. Dah masuk TV pun. Imam Shah alumni Anugerah Skrin 2006 eh??
Wow, ramainya yang ke ujibakat di Scape!
Rambut berserabot ada hati nak pergi ujibakat?? Yuck la hahaha.
Ni baru balik dari jemputan ke? Abeh kaku gila sak.
Ni dua-dua tak dapat masuk la duh hahaha.
Kepada mereka yang berjaya ke peringkat seterusnya, mereka harus berlakon/mengacara secara berpasangan.
Sekali lagi, ni dua di atas tak dapat masuk.
Ironiknya, Huda Ali sedang berkata bahawa antara faktor yang penting adalah penguasaan Bahasa Melayu. Namun, dia kata “fakta” dan bukan “faktor” HA HA HA.
Wow, Puan Zakiah Halim kita wanita Islam liberal?
Pasti ramai yang darah gemuruh kerana keputusan untuk mereka yang berjaya ke Top 20 sedang diumumkan.
Inilah mereka peserta Top 20 Anugerah Skrin 2016. Semuanya kelihatan gembira. Namun, lebih setengah daripada mereka akan sambung kerja seperti biasa setelah Anugerah Skrin tamat. Hanya segelintir sahaja yang akan tetap mewarnai industri TV Melayu Singapura. Ada pula yang mungkin akan melangkah ke seberang tambak untuk mencuba nasib.
Si dekni bila diwawancara asyik cakap pasal ketinggian dia yang tak begitu tinggi je? Dah lama orang dah jelak sak. Pada mulanya kelakar lah, dah selalu kata semua orang benci. Don’t objectify your own height?? Saya tahu anda cuba untuk berkata bahawa ketinggian anda tidak akan menjadi satu isu/kekurangan tapi kalau selalu berbual bukankah itu satu isu??
Peserta kali ini amat bertuah kerana mereka diberi bimbingan oleh mereka-mereka yang amat berbakat sekali. Di atas kita dapat lihat Sanif Olek memberi tips kepada para peserta daripada perspektif seorang pengarah.
Abang Khairudin Saharom kita pula sedang memberi workshop pengacaraan. Saya juga dapat tahu bahawa beliau tangan kidal!
Sani Hussein pula mengajar peserta untuk menjiwai watak dan lakonan mereka.
Di sini, kita lihat bahawa para alumni Anugerah Skrin memberi kata-kata semangat dan nasihat kepada peserta kita. Lawanya Akhmar!!!!
Wah wah wah. Pertandingan sudah bermula!
Si Shah Iskandar pakai apa????
Juri tetap kita, Sharon Ismail. Bukan main gembira lagi.
Padahal dia nervous sebab takut otak Melayu dia tak berfungsi.
Khairudin Samsudin macam suka betul.
Dan juri jemputan Mastura Ahmad yang kelihatan amat ayu sekali semenjak berhijab.
Inilah mentor tetap untuk para peserta Anugerah Skrin, Najib Soiman dan Rilla Melati. Sungguh bertuah betul ada mentor segala!
Ikuti saya di Twitter (klik gambar di atas) serta hashtag #AnugerahSkrinSuria!
Tu je hadiah diorang??? Wang tunai sebanyak $20,000? Takde kontrak? Takde peluang untuk berlakon dalam filem Yusof Haslam? Takde? Takde ke…?
Para peserta akan dinilai dari segi pengacaraan dan lakonan. Pengacaraan akan merangkumi 30 peratus daripada markah penuh manakala baki 70% adalah pada lakonan. Mereka akan berlakon dan mengacara secara berpasangan. Setiap pasangan diberi peluang untuk mengenalkan pasangan yang bakal berlakon. Mereka bergilir-gilir untuk melakukan perkara tersebut. Namun, dalam sesi kritik-mengkritik saya, saya akan satukan pengacaraan dan lakonan mereka.
Pasangan pertama, Nurul Nadia dan Yamin Yusof. Yamin membawa watak seorang bapa yang tidak mahukan anaknya berkawan dengan jantan mana entah. Saya berpendapat bahawa Yamin tidak berjaya memainkan watak orang tua (walaupun dia agak berumur antara peserta lulz) kerana saya tidak dapat meneka berapakah umur wataknya. Adakah beliau seorang bapa berumur 40an atau 60an? Tahap kemarahannya menunjukkan bahawa beliau bapa yang muda namun pemakaian menunjukkan bahawa beliau seorang bapa yang sudah mencecah 50++ tahun. Tiada komen untuk Nurul kerana lakonan agak normal.
Pengacaraan pula saya berpendapat bahawa semua peserta masih agak kaku (kecuali satu/dua peserta). Tiada keserasian dan jelas terserlah ketegangan mereka. Bukan itu sahaja, mereka semua harus berhati-hati apabila berbual. Diksi itu amat penting apabila di depan TV, ini kerana kadang-kala para penonton tidak dapat mendengar dan memahami apa yang mereka masudkan.
Seterusnya, Amalina Roslee dan Zaidi Zailee. Mereka memainkan watak pasangan yang asyik bergaduh kerana si Zaidi ni kaki bantai. Zaidi berjaya memainkan wataknya yang bengis. Tambahan pula dengan badannya yang agak sado, lakonannya menonjollah. Si Amalina… Gerak-gerinya masih tidak besar, beliau masih teragak-agak. Ekspresi muka pula membuat saya keliru? Dia ni nak ketawa ke nangis eh? Si Zaidi mengacara macam mamat Mesyo pulak.
Ini pula Aidi Isham dan Nabihah Zainodin. Sememangnya, kekurangan Aidi amat ketara. Pengacaraan beliau seperti budak sekolah menengah? Lakonannya pulak… Lupa skrip ke??? Nabihah.. wow. Memainkan watak seorang ibu dengan mudah ye. Penonton dapat lihat bahawa beliau benar-benar menghayati watak tersebut dengan cara beliau berbual serta ekspresi muka. Gerakan badan juga memainkan peranan penting untuk menunjukkan bahawa beliau sebenarnya memainkan watak seorang ibu. Syabas! Make-up Aidi macam tebal? Putih sak? Tak kena dengan warna kulitnya.
Ni pasangan paling comel dan serasi! Danish Ashraf dan Syafiqah Shahlan. Walaupun si Syafiqah asyik tersasul masa pengacaraannya, beliau berjaya membetulkan kesilapan beliau dengan penuh konfiden dan bersahaja. Si Danish pula amat selamba dan ceria. Kita dapat melihat perwatakan mereka sebagai seorang individu apabila mereka mengacara. Saya rasa ia amat penting kerana sebagai pengacara, kita harus menambat hati penonton untuk melihat kita mengendalikan sesebuah rancangan. Lakonan mereka berdua pula saya rasa paling terbaik antara lima lakonan pada minggu itu. Walaupun adegan yang saya rasa agak tidak adil, (konflik di sebuah kafe) mereka berjaya mementaskan babak itu dengan penuh keyakinan!
Akhir sekali, Shida Lestaluhu dan abang bomba kita Kamarul Arifin. Saya amat suka dengan suara Shida. Amat lunak bak juruhebah di radio. Kalau tak berjaya mungkin boleh try radio? Pengacaraan si Kamarul agak kaku. Lakonannya juga tidak begitu meyakinkan. Dalam sketsa ini, mereka merupakan pasangan suami isteri yang sedang bergaduh hal anak. Saya pula mula sedar bahawa baju yang dipilih memainkan peranan penting. Skirt yang kembang yang dikenakan oleh Shida amat distracting???
Setelah melihat kelima-lima sketsa, saya sedar bahawa semua ni ada mengena dengan kemarahan. Adakah ini desengajakan agar para juri dapat menilai api kemarahan mereka? Adakah kerana perasaan marah antara yang paling senang untuk dilakonkan?
Komen-komen juri agak general. Mereka juga agak kurang puas hati dengan prestasi Kumpulan A. Mungkin kerana ini minggu pertama? Ini memberi mesej kepada Kumpulan B untuk step up the game kerana seperti kata-kata Khairudin, ini pertandingan tahap nasional, bukan sekolah-sekolah. Mastura Ahmad pula memberi nasihat penting kepada kesemua peserta iaitu untuk belajar menari. Ini kerana dengan menari, peserta tidak akan rasa kekok untuk menggerakkan badan mereka. Sharon Ismail pula memberi sumbangan kepada Word of the Day!
MENGHALUSI
Sebelum ini, para peserta diberi bimbingan oleh mentor mereka! Rilla Melati ajar bab hos, Najib Soiman pula lakonan.
Detik yang ditunggu-tunggukan. walaupun minggu pertama, tetap ada penyingkiran! Mereka semua memakai merah kerana peserta yang tersingkir akan disembelih. Oleh itu, dengan memakai merah, titisan darah tidak akan nampak begitu jelas.
Aidi dan Amalina terkecundang! Kasihan Amalina tersepak keluar haha. Double A eh? Malangnya, saya amat setuju dengan keputusan ini! Ini kerana saya rasa mereka berdua merupakan antara yang terlemah. Amalina tidak dapat mengawal ekspresi muka apabila berlakon! Aidi pula terlupa skrip dan sememangnya agak janggal apabila berada di pentas.
Namun, jangan putus asa! Jadilah calefare seperti Aidi di drama Farhana hahaha. Kepada yang berjaya, anda semua harus lakukan lebih lebih lebih!! Dan kepada Kumpulan B, saya harap anda semua belajar daripada minggu ini. Saya ingin lihat mutu yang lebih tinggi!
Para pembacaku, sedar tak yang kali ni takde sistem undi? Saya rasa belum lagi kot. Mungkin peringkat separuh akhir?
Saya musykil, kenapa ada penyingkiran pada minggu pertama untuk satu kumpulan? Kenapa tidak tunggu Kumpulan B dahulu dan singkirkan 4 orang terbawah? Saya rasa ini satu perkara yang tidak adil kerana mereka akan terus bersaing dalam kumpulan sehingga separuh akhir! Bukankah mereka sepatutnya dinilai secara satu kumpulan dan bukan dua kumpulan berbeza?
Sekiranya, ada 2 individu yang lebih lemah daripada Aidi dalam kumpulan B namun hanya seorang daripada mereka disingkirkan, ia akan menimbulkan ketidakpuashatian di dalam hati para penonton. Saya harap pihak Suria tidak akan meneruskan sistem penyingkiran seperti ini.
Saksikan Anugerah Skrin minggu hadapan untuk melihat Kumpulan B beraksi!
Jangan lupa untuk ‘Like’ saya di Fesbuk!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle and Facebook)
[…] pentas Anugerah Skrin buat kali pertama. 2 orang telah terkeluar dari kumpulan A. Nak tahu siapa? BACA. Jangan malas. Siapa pula yang bakal disingkirkan pada minggu ini […]
LikeLike
[…] Top 16, kini kita tinggal 12 peserta sahaja. Seperti saya berkata dalam minggu pertama, saya masih berpendapat bahawa pemisahan Kumpulan A dan Kumpulan B ini merupakan sesuatu yang […]
LikeLike