Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku yang amat jujur. Bukan macam drama Farhana yang sanggup menipu seseorang semata-mata untuk bahagiakan hatinya. Pada masa yang sama, tidak menghiraukan kehidupan seseorang lagi. Apa motif?
Kepada anda yang belum membaca Farhana Episod 1, klik di sini.
Episod 2
Oh ye ke? Hmm… Semua calefare yang memainkan watak doktor semua tak boleh harap eh. Sebagai contoh: Menantu International, P.I.Z dan Danny. Semuanya kaku, kurang ilmu kedoktoran dan tidak boleh mengatakan istilah-istilah medikal dengan betul.
Fauzie muka gian semacam sak. Model pun sanggup jual badan eh?
Rakan sekerja Farhana tanya pasal kematian Farid. Noor kata Farhana belum tahu pasal pemergian Farid.
Gila sak ni dua orang? Nak Fauzie nikah/rapat dengan Farhana. Hais.
Noor sentiasa ada mimpi ngeri? Dia Islam ke bukan sak.
Oh no! Farhana berjaya melarikan diri dari hospital. Dia terus menuju ke rumah Farid. Kasihan, dengan serta-merta, Fauzie terpaksa menjadi Farid.
Eh laki dia eh. Dia tahu isteri dia dementia abeh masih nak biarkan dia sorang-sorang??
Hmm… Farhana perasan perubahan dalam diri Farid. Namun, tidak rasa sangsi. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa Farid itu sebenarnya Fauzie ke?
Kan, si Salmah dah mengelamun!! URGH.
Nasib baik dapat jumpa.
Yang *** tu apa? *** = sluttywhore? Merepek sak ni model nak jurugambar? Isap lah editor majalah ke.
Erm, dalam drama ni takde orang yang berfikir waras? Si Fauzie pun #goje? Takkan si Farhana tak boleh berdepan dengan realiti?
Kesian Fauzie.
Eh eh. Memerintah pulak. Fauzie, stop. Jangan nak berlakon lagi!
Masak kebenaran.
LOL?? Sebab haritu Farhana bagi flying kiss tapi dia tak tangkap hahaha.
Fauzie bertanya Aaliyah sama ada Aaliyah sukakannya atau tidak. Hhahaha.
Oh, kesiankan Fauzie? Abeh asal kau nak buat hidup dia susah. Sekarang dia kenek menjadi dua orang pada satu masa. Korang ada bayar dia tak?
Wah wah wah. Fauzie mengadu kat Aaliyah.
Diorang nak plan wedding…? Gila ke urgh.
Hahahahaha. Eh kalau majlis kahwin tu berlangsung, malu gila sak.
Hahaha. Adakah ini alamat sebenar mimpi ngeri haritu?
Eh eh adik dia asyik mintak duit eh? Buang sudah adik macam ni.
Siti mendapat tahu bahawa ibunya kini asyik menghubungi firma peguam. Untuk apa eh?
Hmm, apa kata kau berdepan dengan Farhana dan kata yang sebenar? Habis cerita.
Hahaha si bapok ni. Suara jantan sak??
Akhirnya, Farhana melungsuri Fesbuknya dan ternampak banyak rakan-rakannya mengucap takziah. Tapi Siti berjaya menghentikan operasi expose ini.
… Patutlah senang untuk Xiaxue expose Gushcloud. Kata kunci senang untuk dipecah!
Mereka semua buntu. Tapi, usah risau. Aaliyah memberi cadangan untuk selesaikan masalah.
Hmm… Where is your ethics??? HAHAHAHA.
Oh no. Rakan kerja semua beri wang selawat. Ini menimbulkan kemusykilan dalam diri Farhana.
Tiba-tiba, Farid Fauzie muncul. Tak ke terperanjat ni semua? Hahahaha.
Fauzie terpaksa pergi kerana ada BIG project. Quickie la tu. Fauzie pun menyuruh Aaliyah untuk meneman Farhana.
Wah wah. Farhana suruh Aaliyah tackle Fauzie? Kau sedar tak, disebabkan kau lah, si Aaliyah tu tanak tackle Fauzie…YET.
Senyum je dia eh.
Astagha!!! Fauzie sedang berdansa di kelab.
Dalam episod 2 ini kita lihat bahawa Fauzie dengan tidak sengaja menjadi Farid kerana Farhana muncul di depan rumahnya secara tiba-tiba. Fauzie tidak mahu menjadi Farid namun oleh kerana sayangkan arwah abangnya, dia sanggup berbuat sedemikian. Tambahan pula, ibu Farhana dan bapa Fauzie ingin Fauzie menjaga hati Farhana. Namun, siapa yang ingin jaga hati Fauzie?
Episod 3
Hmm… Seperti biasalah ni. Abeh alamat la apa la.
Astagha. Selepas clubbing je tidur kat rumah model? Satu malam bertegak ke?
Aaliyah memarahi Fauzie kerana klien serta peragawati sudah ada di studio!
Tengok tu baju dia. Pakai macam gitu maksudnye dapatlah.
Eh eh. Gelojoh pulak? Berapa pinggan kau nak??
Oh, rupanya nak air. Salmah lupa minuman kegemaran suaminya.
Siti terdengar ibunya berbual dengan seseorang. Siti rasa curiga dan bertanya. Dengan pantas, ibunya kata Cik Arfah. Entah siapa Arfah. Day of Arafah tu adalah.
Haha comelnya bila Aaliyah marah bos dia. Kesian kenek marah sebab tertinggal handphone Farid kat rumah Farhana! Oleh itu, Aaliyah terpaksa hantar mesej kepada Farhana.
Si Siti ni rasa amat curiga hal mak dia tu. Abeh tanya pakwe dia untuk cari peguam??
Wow, Fauzie tak sabar nak jumpa Natasha. Si Aaliyah cemburu ke?
Siti cuba mengorek rahsia ibunya tapi dia punya skills tak sehebat Xiaxue.
Eh eh. Bukan ke mamat ni baru disingkirkan dalam pertandingan Anugerah Skrin?
Ah, betul lah! Aidi nama dia. (Nantikan blog post saya mengenai #AnugerahSkrinSuria!) Wah bagus. Dah jadi calefare!
Eh eh, si dekni pemalas betul eh. Dia ada babak di mana wataknya akan berjumpa dengan ibu kandung tapi belum berlatih pun.
Buruk sak baju?? Rileck ah, kau kahwin selepas majlis kakak kau kan? Hakim dapat mengesan masalah yang sebenar yang sedang mengganggu Siti. Dia pun bertanya.
Eh dia tahu isteri dia ada dementia abeh dia biarkan sorang-sorang?? URGH.
Si Siti tetiba tanya kakak dia pasal anak angkat. Abeh tanya soalan bodoh? Kalau anak angkat mestilah bukan anak kandung sak. Siti rasa dia anak angkat… Sebab dia asyik terdengar ibunya berbual dengan peguam.
Eh eh? Dia fikir Aaliyah tu hamba dia ke?
In this context, Quran ye. Eh model ni semua gatal eh? Dapat apa mengurat dengan Fauzie. Bukannye Fauzie bayar diorang. Abeh setakat model tempatan nak berlagak?
Hmm.. Siti terserempak dengan jiran lama. Makcik tu kata Farhana sentiasa dihimpit kesusahan, semenjak kecil lagi. Hmm…
Wah wah wah. Macam pasangan secoli, eh bukan! Sejoli. Fauzie pun satu. Dia ni masih ah nak layankan si Farhana. Memberi harapan kosong?
HAHAHAHAHAHHA.
Oh ye ke?
URGH. Tengoklah! Disebabkan Fauzie asyik sibuk menjadi Farid, ini menimbulkan kebingungan dalam diri Salmah. Ini akan menambah seteres dalam diri Salmah. Ia tidak akan menolong keadaan Salmah yang ada dementia ni!
Fauzie terjumpa rakan-rakannya di pasar. Mereka bertanya siapakah wanita di sebelah Fauzie. Mereka terkejut bahawa Fauzie sudah ada tunang.
Sebenarnya, saya lagi terkejut. Kerana Suria sudah berani menunjukkan pasangan #LGBT yang sedang berseronok membeli barang dapur bersama. #PinkDot2016
Oh, pentingkan Farhana. Abeh siapa nak jaga hati Fauzie? Kenapa boleh utamakan kebahagiaan Farhana dan pada masa yang sama tidak hiraukan kehidupan Fauzie langsung? Lagipun, Farhana sudah agak stabil. Mungkin sudah tiba masanya untuk memberitahu perkara sebenar! Sampai bila nak Farhana hidup dalam penipuan besar ni?
Mak dia tanak amek ubat eh?
Tanggungjawab??? Tanggungjawab kau sebagai seorang bapa yang jujur mana? Sampai bila kau nak anak kau memainkan dua watak?
Farhana dah sedia untuk menghantar kad jemputan. Mak dia ok je? EH DIORANG SERIUS KE???
Wow, suka lattew. Fauzie bukan sahaja dapat beryoohoo bersama seorang wanita… Tapi dua. Payung jangan lupa!
Alalalalala kasihan Aaliyah ni kerja seorang diri kat studio manakala bosnya sedang berfoya-foya.
Farhana dapat merasakan jarak antara dia dan Farid semakin jauh. Ibunya suruh dia bersabar je. Siti sempat dengar perbualan mereka ni.
Kan, Aaliyah dah marah.
Hmm… Ni berbual pasal Farhana ke diri sendiri, cik kak oi…?
Eh? Si Aaliyah berpesan bahawa dia harus cari pasangan agar ada orang untuk menjaganya waktu tua. Dia kata bila dia tua dia kaya? Wow, yakin sangat eh? Allah tu maha kuasa, bila-bila boleh amek rezeki kau.
SAAT-SAAT YANG DINANTI-NANTIKAN.
FUHHHHLEMAK. Iman tergugat ni. Aaliyah rebangkan rambutnya untuk membuktikan bahawa dia sebenarnya mampu memikat hati abang-abang walaupun mulutnya banyak meroyan.
Ikuti Hannah Delisha di Twitter! Klik gambar di atas.
Suka la tu. Senyum kambing.
Fauzie tanya jika Aaliyah sukakannya tapi Aaliyah buat dek je.
Siapa Johan?
Oh, Johan rakan Farhana dan Farid semenjak di bangku sekolah lagi. Johan dulu sukakan Farhana. So sekarang, dia cuba nasib lah. Tapi si Farhana bingung dengan kata-kata Johan. Ini kerana… FARID MASIH HIDUP DALAM DUNIA FARHANA. Haissssss. Kan dah ada masalah rumit ni!!
Dalam episod 3 kali ini, kita dapat tahu bahawa Fauzie terperangkap dalam situasi yang amat belit ini. Namun, dia tetap layankan Farhana. Walaupun dia amat tegas akan pendiriannya, dia tidak mahu mengecewakan arwah abangnya. Farhana pula masih ditipu namun, secara perlahan, beliau mungkin dapat mengesan kebenaran. Takkan matair tak tau tingkah laku serta perwatakan pakwe dia eh? Kembar pun ada banyak perbezaan dari segi fizikal! Siti pula tertekan akibat hal anak angkat? Kerjaya dia sebagai pelakon teater bagaimana pula? Kita lihat sahaja episod 4 ye.
Saya juga perasan Suria semakin menjauhkan diri dari ajaran Islam ye? Watak Noor merupakan liberal hijabi eh? Dia tutup kepala dia dengan kain tapi beberapa helai rambut masih boleh dilihat? Bukan itu sahaja, dia juga pakai baju lengan pendek semasa mengenakan hijabnya?? Tambahan pula, dia asyik mimpi abeh alamat? Huh?? Islamik ke tu? Selain itu, ada babak di mana pasangan homoseksual sedang membeli barang pasar. Pakai baju warna merah jambu lagi. Wow, Suria. Dan watak Fauzie asyik mentel dengan wanita-wanita? Asyik kat rumah wanita? Kan bukan muhrim! Astagha. Ni apa? Nak ajar anak muda kita untuk bercohabit? Seks rambang? One night stand? Friends with benefits? Astaghfirullah. Semoga Suria taubat dan dapat membawa penonton ke Jannah!
Adakah anda sedar bahawa dalam drama ini, Norman Ishak sebenarnya sudah tidak memainkan dua watak lagi? Kini, beliau memainkan watak Fauzie yang terpaksa menjadi dua orang! Menarik bukan?
Ikuti saya di Twitter dan Fesbuk!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle & Facebook)
[…] jangan putus asa! Jadilah calefare seperti Aidi di drama Farhana hahaha. Kepada yang berjaya, anda semua harus lakukan lebih lebih lebih!! Dan kepada Kumpulan B, […]
LikeLike
[…] Kalau terlepas baca episod lepas, klik: Episod 1, 2&3. […]
LikeLike
[…] anda yang belum membaca entri saya mengenai Farhana, sila klik di sini: episod 1, 2&3, 4&5, […]
LikeLike