Kathy Gerenti: Episod 1

Salam sejahtera, wahai pembacaku! Sekali lagi saya muncul hari ini (wow macam ada banyak masa eh padahal assignment bertepek, deadlines merata but takde mood ah so #bye) untuk menulis reviu pasal drama terbaru Suria, Kathy Gerenti! Drama bersiri yang berlangsung selama setengah jam pada setiap hari Jumaat ini mengisahkan seorang ejen hartanah, Kathy, yang mencuba sedaya upaya untuk menjadi ejen hartanah yang terbaik di syarikatnya. Tetapi… Ada sahaja liku-liku kehidupan yang terpaksa dia harungi, tak kira di rumah atau di kerja, yang menghambatnya daripada mencapai cita-citanya. Kot…

img_8375

Dibintangi oleh Nurul Aini sebagai watak utama dan diiringi Adlina Adil, Izzat Yusoff, Rahimah Rahim, Ahmad Stokin, Era Farida, Hannah Delisha, Fadhli Abdullah, Fadhlur Rahman, Sheiryn Aisiqa, Norsiah Ramly dan ramai lagi! Drama ini sebenarnya macam nak #ProductPlacement HDB atau badan-badan pemerintah yang bertanggungjawab untuk jual/beli hartanah. Alah, ala-ala drama Kembali Bersinar! Di mana ia disokong oleh Generasi Perintis yadayada. So ni disokong Lembaga Pembangunan dan Perumahan (Housing Development Board, HDB) gitu.

Tanpa membuang masa, ayuh kita lihat apa yang terjadi dalam episod pertama!


Episod 1

img_8376

Kathy dan Johan merupakan pasangan romantis dan juga pasangan kerja. Mereka bekerjasama untuk mendapatkan klien. Johan melakukan segala perbincangan dengan pelanggan manakala Kathy ditugaskan untuk melakukan kerja-kerja kertas. Sebab Kathy buruk, nanti klien terkejut.

img_8377

Ini pula Netty, pesaing Kathy. Memang puas hati tengok Netty.

scaqq_w1

Ini keluarga Kathy. Mereka sedang menyambut hari jadi ibu Kathy (Era Farida). Johan tidak hadir makan-makan kerana sibuk berjumpa klien.

img_8379img_8380

Semasa Kathy sedang menikmati makanan birthday, Johan menelefon untuk mengingatkan Kathy bahawa dia seharusnya habiskan paperwork. Kalau tidak, Kathy akan lambat ke kerja. Kasihan sak dia kenek guna-guna. Padahal Johan sedang berfoya-foya!

img_8381img_8382

Adik Kathy ingin membeli rumah BTO di rumah yang belum matang. Namun, matairnya (Hannah Delisha) ingin membeli resale yang berharga setengah juta kerana rumah itu berdekatan dengan rumah ibunya. Mereka cuba menyenaraikan pros & cons.

Secara peribadi, matair dia tak fikir secara rasional/logik/jauh.

img_8383

Kathy memberi nasihat kepada adiknya.

img_8384

Johan tidak menghargai penat jerih Kathy tapi Kathy tak kisah dan ingin belanja makan…

img_8385

Netty memenangi hadiah. Johan hanya menatap Netty walaupun Kathy sedang berbual dengannya.

img_8387

Malang sekali, Johan tidak muncul untuk makan malam bersama Kathy.

img_8388

Setelah melihat kondo rakan mereka, suami kakak Kathy ingin membeli kondo. Tetapi, kondo di luar kemampuan mereka. Nasib baik Adlina talk some sense eh.

img_8389

Dia masih nak rumah 4 bilik walaupun tak mampu…

img_8390

Mereka meminta nasihat Johan dan Kathy tetapi Johan menghasut mereka untuk membeli rumah 4 bilik di kawasan Ang Mo Kio. Ini luar kemampuan mereka dan tidak munasabah. Johan hanya inginkan wang! Si Hannah Delisha pun yekan je. Dia tak sedar yang dia tak mampu ke?

img_8391img_8392

Baru episod pertama dah ekspos??? Apakah reaksi Kathy? Apa yang akan dia lakukan? Bagaimana perjanjian mereka sebagai business partners? Kwua kwuaaaa.

Secara terus terang, saya amat suka dengan konsep cerita ini. Pertama, ia mampu mendidik penonton mengenai bab-bab jual beli hartanah kerana kita tidak ada program khusus di sekolah or what untuk mengajar how to adult di Singapura. Kedua, pada masa yang sama, ia agak mencuit hati. Ketiga, ia relevan kerana ada pasangan di yang ingin beli rumah tetapi tidak cukup wang dan tidak tahu ingin beli rumah BTO atau resale. Pasti anak-anak muda/bakal mempelai boleh belajar sesuatu. Selain itu, pasangan yang ingin beli kondo juga boleh memberi sedikit pelajaran  mengenai pembelanjaan wang dan family planning. Pendek kata, Kathy Gerenti sebuah rancangan yang memanfaatkan dan menghiburkan.

Bagi aspek jalan cerita pula, saya rasa ia mugkin akan menjadi agak klisye. I mean, watak utama je dah klisye. Seorang wanita belo-belo yang memakai gigi besi yang diperguna-gunakan. Sepanjang cerita ini, Kathy akan menjadi wanita yang semakin berani dan kuat. Setelah ditinggalkan Johan, Kathy akan bekerja sendirian dan akan melakukan apa sahaja untuk membuktikan bahawa dia “best thing Johan never had”.

tumblr_mimqwxkfbe1s6nynxo1_500

Kathy akan remove bracesnya tidak lama lagi dan dinobatkan sebagai ejen hartanah terbaik. Dia akan menjalani extreme makeover dan memakai pakaian seksi untuk mencemburukan Johan dan Netty. Manakala prestasi Johan akan merosot kerana tiada orang yang melakukan paperwork untuknya. Netty akan meninggalkannya kerana Johan tidak lagi Johan yang berjaya. #klisye Dan Kathy ada mamat baru yang lebih hensem. Ini semua normal.

Itu sahaja daripada saya!

Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s