Salam sejahtera, pembaca! Terkejut tak? Tup tup saya tulis reviu pasal 11 Oktober episod 6. Selalunya saya akan tulis 2 episod secara serentak, bukan? Ini kerana, Suria mati-mati nak tamatkan drama bersiri ini pada 11 Oktober, esok. Jadi, episod “akhir” esok akan berlangsung selama 2 jam. Kan tayangan episod pertama drama ini ditunda untuk memberi penghormatan bagi pemergian mendiang S R Nathan, so macam tergendala 1 minggu. Oleh itu esok Suria adakan selama 2 jam. Kenapa 11 Oktober eh? Walauapapun, bersyukur ia bukan 11 (Oktober – 1 bulan) #BushDid911.
Jika anda belum baca episod 4 dan 5, klik di sini. Tanpa membuang masa, ayuh kita lihat apa yang terjadi! Raquelle dah mati ke…dia hidup balik sebab dia sebenarnya setan?
Episod 6
Tu la. Kenapa masih risaukan Raquelle? Padahal kau lari sebab nak selamatkan diri pe. Kalau dia tak jatuh, kau yang dah mampui! Biarkan je.
subtle racist joke
Falsafah seolah-olah dalam trauma dan mula rasa gelisah. Tapi kenapa? Bukannya dia bersalah. Dia tak tolak Raquelle. Dia hanya tidak melaporkan kepada rakan-rakannya sahaja. Itulah yang salah. Kalau dia bilang, takde hal punya.
Falsafah bangun dari tidur untuk memeriksa tapak kejadian. Falsafah dihentak dan terjatuh ke tanah. Raquelle muncul sebelahnya, meminta pertolongan. Falsafah bangun dari mimpi… YEK ELEH. Oleh kerana mimpinya tadi, Falsafah keluar bunk dan pergi ke tapak kejadian, peliknya, bangkai Raquelle tiada di situ…
Mana Raquelle?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ia setakat permainan tidur. Falsafah bangun dari mimpinya. Wow, Suria. That’s the worst thing you can do ok. Mimpi dalam mimpi.
Haryani mengadu kepada Hijabster pasal tuduhan yang dibuat oleh Raquelle. Ekcili, kau nak ambil hati dengan kata-kata Raquelle buat apa sak. Raquelle tu sial, so buat bodoh sua.
Pak Tam terdengar perbualan Hijabster. Haryani dan Raquelle tidak ada dalam bilik semenjak pagi tadi.
Abang Batu mengesyaki Pak Tam ada kaitan dengan kes ini. Namun Pak Tam menafikan segalanya.
Abang Batu memberitahu Calbee bahawa Raquelle dan Haryani menghilang semenjak pagi tadi. Mereka pun dengan segera mencari dua wanita ini.
Falsafah ingin membantu tetapi ditolak. Bila masa muka dia ada calar?
Batu cuba memberitahu Calbee bahawa Haryani ada masalah keluarga ke apa tapi Calbee step tanak amek tau/dah kenal Haryani lama, so mereka teruskan dengan pencarian mereka.
Batu jumpa Haryani di tengah-tengah mana entah. Haryani memberitahu Batu lokasi kejadian.
Falsafah bersemuka dengan Pak Tam dan bertanyakan apa yang telah dia lakukan kepada Raquelle. Sekali lagi, Pak Tam menafikan segalanya.
Calbee terjumpa darah di tempat kejadian. Darah yang masih segar dan merah. Belum kering walaupun dah satu malam kat situ. Aneh sekali, dia berani menyentuh bahan bukti tersebut. Peliknya, mereka semua sebagai satu kumpulan kini menjadi pakar sains forensik dan ahli-ahli detektif. Mereka dengan sendirinya ingin menyelesaikan misteri ini dan mencari Raquelle tanpa pertolongan polis. Tiada siapa yang bercadang untuk menelefon polis. Wow! Atau mungkin ini merupakan aktiviti yang dirancang oleh Prof untuk lihat bagaimana murid-muridnya boleh bekerja sebagai satu kumpulan? 10 markah bagi kreativiti!
Pak Tam menjelma dan merampas balik barang-barang bukti.
Pokai ingin menyiasat Pak Tam.
Mereka memaksa Pak Tam buka bilik stornya. Perasaan takut, tertekan dan gelisah mula menyelubungi Pak Tam, oleh itu, Pak Tam mengambil masa untuk buka pintunya. Malang sekali, Pak Tam diheret secara paksa dan Guna-guna membuka pintu tersebut.
Secara jujur, saya rasa it’s rude of them to heret orang tua dan menengking suara sebegitu. Kalau pihak polis lakukan kerja ini, confirm dengan cara penuh tata tertib. Tsk. Kesian sak Pak Tam. Kalau dia tak bersalah? Mampus korang kenek sue! “3 mahasiswa universiti privet setakat dijatuhkan hukuman 3 tahun di penjara kerana menuduh dan mengheret orang tua” baru tau.
Bangkai Raquelle.
Bila saya Google “Wirda Elliesa”, instagram dia muncul sebagai pencarian pertama, yang bawah-bawah semua porno tumblr. #justsaying
Pak Tam diberkas. Orang-orang lain di situ bebas.
Betul. Raquelle dah mampus, nak kasi viral kasi ah, Calbee kau pegang.
Calbee pun bersyukur sebab Raquelle dah tak kepit dia lagi. Haryani, ni up to kau nak kasi Calbee peluang ke tak la eh.
Menyesal kerana tidak meluangkan masa bersama Raquelle semasa dia hidup.
Baru sekarang nak rasa serba salah sebab tak laporkan.Tak payah sua.
Falsafah memberitahu Pokai apa yang dia lihat pada malam jumaat keliwon itu… Pokai menggesa Falsafah untuk memberitahu Prof.
Apabila mereka ingin memberitahu Prof, Pokai ternampak ibunya bersama Prof. PROF NI PUN EH SUKA PEGANG2 POMPAN WTF LA HALAL GAP PLS.
Mak dia pun bodoh eh? Padahal diorang sepatutnya merahsiakan segalanya abeh datang kampus? WTF. Kan boleh bank transfer duit tu!!!
Pokai meminta penjelasan dari ibunya.
Padan muka kenek sepak sebab tuduh mak kau ada hubungan sulit. Tapi takpa la kan sebab mak kau pun janda. Prof pun duda. So apa salahnya!!!
RAHSIA TERBONGKAR.
Tu la tak kerja keras sangat untuk ke universiti awam. Kan boleh dapat 100% TTFS dari Mendaki.
JENGJENGJENG.
Yaaaaaas. Pls Haryani beranikan diri dan laporkan kepada polis, bukan bunuh haha. At least kau happy eh kematian Raquelle justified.
Ni sebenarnya drama apa ni? Mula-mula pasal mahasiswa-mahasiswa yang sedang bercintalah, ingin jadi top student, cemburu abeh tiba-tiba dah tukar dark side pasal pembunuhan pulak. Macam Bara meets Dimensi ke4 meets Jejak Jenayah meets Kes 325 meets Cinta Ixora.
Tapi… Siapakah yang benar-benar membunuh Raquelle? Mungkin Haryani bunuh? Atau Falsafah? Saya rasa bukan Pak Tam. Pak Tam sekadar sembunyikan kerana tidak mahu dituduh membunuh lagi. Atau mungkin… Guna-guna? Kerana dia tidak puas hati dengan Raquelle kerana Raquelle tidak membalas cintanya?
Saksikan kesudahannya dalam episod terakhir 11 Oktober esok… 2 jam spesial, you!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)
[…] (klik di sini untuk membaca episod 1, 2 & 3, 4 & 5 dan 6.) […]
LikeLike
[…] 11 Oktober […]
LikeLike