Perbincangan Rudy & Rilla: Episod 7

 

Salam sejahtera, pembacaku yang amat setia. Kali ini saya akan bincangkan topik perbualan Rudy dan Rilla minggu ini.

Tajuk minggu ini, “Harapkan Pagar…”

Secara jujur, dulu saya ingat pagar tu gate. Padahal burung dah. Topik minggu ini mengenai penderaan kanak-kanak. Mereka-mereka yang ditanggungjawabkan untuk menjaga kanak-kanak tetapi telah mengambil kesempatan sebagai penjaga dan mendera anak-anak. Hais, apa nak jadi?

Malang sekali, Rudy dan Rilla tidak pakai sedondon minggu ini.

Ok, dalam VT di atas, budak perempuan itu merupakan anak saudaranya. Dia terpaksa menjaga budak perempuan itu kerana kededua ibu dan bapanya berada dalam penjara. Oleh kerana merasakan bahawa anak sedaranya tu beban, dia dera dan mengguna-guna anak sedaranya tu. Dia sebenarnya nak letak kat rumah tumpangan je tapi mak dia tanak.

Dalam situasi di atas, Rudy berpendapat bahawa sebagai makcik yang mempunyai pertalian darah, lebih afdol untuk makcik dia jaga daripada letak kat rumah kebajikan. Tetapi, pada pendapat saya, lebih baik jika anak itu ke rumah kebajikan dan mendapat pelajaran holistik, cukup makan dan cukup masa untuk belajar daripada didera di rumah, bukan? Lebih rela tumpang di rumah kebajikan daripada jadi mangsa hamba abdi. Lagipun, kalau makcik dia memang dah tanak jaga then ok la tak ikhlas then berambus sua.

Banyaknya!!! Ini statistik yang amat memeranjatkan!

82 kes yang diketahui. Bagaimana pula kes yang tidak dilaporkan?

Astagha.

Kepada anda yang bodoh, 20% merupakan kanak-kanak lelaki yang menjadi mangsa seksual oleh pesalah lelaki. Pedophile + homoseksualitas.

Isu disiplin vs dera juga timbul. Apakah itu disiplin dan apakah itu penderaan? Bagaimana kita membezakan dua perkara tersebut? Secara peribadi, saya rasa kekerasan tidak harus dan tidak patut menjadi satu cara mendisiplinkan kanak-kanak. Mungkin anda berpendapat bahawa begitulah anda dibesarkan. Disebat rotan dan sebagainya. #flashnews agama tidak menggalakkan memukul anak so bye. Saya rasa ia amat memeranjatkan sekali bahawa ia merupakan satu kebiasaan sehinggakan ramai ibu bapa tidak puas hati kerana anak-anak tahu akan hak mereka dan akan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya kekerasan digunakan untuk “mendisiplin” anak. All I can say is go back to religion la eh.

Kedua, penderaan bukan sahaja dari segi emosi, fizikal dan seksual, jika anak itu diabaikan, itu juga dianggap penderaan kerana anak itu miss out on so much. Seperti VT di bawah ini.

Anak kecil ini selalu kelihatan di kawasan kejiranan pada waktu sekolah. Ibu bapanya sudah tidak menghiraukannya lagi + penderaan fizikal. Namun, makcik yang tolong kasi makan dianggap sebagai kepo.

Secara jujur, ia bukan kepo. Ini prihatin dan inisiatif. Ni la orang Singapore. Fikiran macam ni. Pls insaf.

Isu yang timbul dari isu kepo ini adalah jika kita membuat aduan, dan ibu bapa anak tersebut tidak mendera, adakah kita akan disaman oleh ibu bapa. eh chill ah kalau tak salah then ok go on w life.

Dr Sophian Kayat,  ketua rumah kanak-kanak PERTAPIS tetamu minggu itu.

Bagaimana pula jika si anak membuat-buat cerita. #bye to anak.

Ada pula yang menyuruh anak menarik balik aduan. Tu paling teruk la eh. URGH!!!

Isteri-isteri pula tidak mahu melaporkan penderaan kerana 1) sayang suami 2) mengharapkan wang daripada suami 3) bodoh. Suami boleh carik la anak kenek buat. Kalau anak kau lapor, kau bersubahat!!!


Amat memberangsangkan ya tapi realitinya… Kita semua tahu akan kes-kes yang telah terjadi. Jiran tetangga tidak menolong.

Pendek kata, TOLONG JE. Kalau takut dilabel kepo or what, fikir dulu. Kau nak dilabel pembunuh (tidak langsung)? HUH? Kalau anak tu bapak dia hayun sampai retak otak dia baru nak panggil polis? So pls eh. Biar kau dilabel jaga tepi kain orang. Sekurang-kurangnya kau jaga, bukan koyakkan. Seperti topik minggu lepas, kita sebagai jiran merupakan orang pertama yang bakal menyelamatkan atau memburukkan lagi keadaan. So pls ambil inisiatif!! Jika anak itu tidak mempunyai keberanian untuk bersuara, kita merupakan suara mereka.

Marilah kita sama-sama mencegah peristiwa-peristiwa pahit ini daripada berlaku. Kita semua tahu implikasi penderaan ini. Anak-anak kita merupakan masa depan kita, kita tidak mahu mereka ada masalah psikologi apabila sudah dewasa. Kita ingin mereka membesar dan berjaya dan menyumbang kepada masyarakat. Ayuh sama-sama sebagai satu masyarakat maju ke hadapan dan membesarkan anak-anak kita dengan baik dan sempurna.

FRASA MINGGU INI:

KITA SEMUE KEPO

Oleh kita masih dalam topik Harapkan Pagar ni, ini bukan sahaja relevan kepada kanak-kanak tetapi haiwan juga!

Screen Shot 2016-10-08 at 10.27.06 PM.png

SOBSSSSSSSS. Get out Low Chong Kiat. Engkau diamanahkan untuk menjaga anjing-anjing itu!!!!

14449748_10154098104712893_7162361754722685373_n
klik gambar untuk sertai tinjauan! Jawapan saya, YA LA SIAK HARAM BABI.

– Pengkritik Sandiwara 

(photos from mediacorp Suria’s Toggle, FB and ST)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s