Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Pasangan selebriti Biwa Mastura dan Syaiful Ariffin mengumumkan kedatangan anak mereka di Instagram awal pagi tadi.
Dengan gambar melatarbelakangkan pencakar langit Singapura, mereka memulakan kapsyen foto tersebut dengan frasa ‘Hi baby.’ di akaun Instagram bersama mereka – @syaiful.biwa!
Mereka sempat berjenaka dan mengongsi bahawa kegiatan netflix and chill went a bit too far semasa wabak ini. Amboi!
Syaiful juga berharap beliau akan mendapat kerja sepenuh masa/diberi lebih kerja, insyaAllah!
Di ruangan komen pula, ramai rakan artis mengucapkan tahniah kepada mereka.
Nampaknya pasangan yang bernikah pada bulan Jun itu tidak sabar menantikan kelahiran bayi mereka tahun depan. Pasti Ash pun seronok kan nak dapat adik!
Semoga segalanya urusan akan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar buat mereka sekeluarga. Dan tahniah sekali lagi!
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header oleh Instagram @syaiful.biwa)
[…] beberapa bulan bernikah, pasangan pelakon ini mengumumkan di Instagram bahawa mereka bakal menimang cahaya […]
LikeLike