Pesta Raya 2019

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Acara tahunan yang menyambut warisan masyarakat Melayu setempat dan Nusantara kembali tahun ini dengan pelbagai acara seni untuk orang ramai.

Seperti tahun-tahun yang lalu, Pesta Raya bakal menghiburkan penghadir dengan sajian seni tradisional serta kontemporari Melayu, tidak kiralah muzik, tarian mahupun teater.

Acara Berbayar


Apa: Hetty Koes Endang

Bila: 28 Jun

Pasti ramai daripada mak-mak di luar sana yang ingiiiiin sangat anak-anak diorang bawa pergi tonton Diva Indonesia Hetty Koes Endang di Dewan Konsert Esplanade! Dengan lagu-lagunya yang malar segar seperti JodohKasihBerdiri Bulu Romaku dan banyak lagi! Pasti anda akan terhibur.

Harga: $45, $65, $85


Apa: Hujan x Padi Reborn

Bila: 30 Jun

Band Hujan dari Malaysia dan Padi Reborn dari Indonesia akan bergabung hanya untuk satu malam bagi persembahan di Dewan Konsert Esplanade. Jangan terlepas untuk menyaksikan band indie ini menyanyikan lagu-lagu Kotak HatiEmpayarmuSemua Tak SamaKasih Tak Sampai dan sebagainya.

Harga: $55, 80


Apa: The Seen and Unseen

Bila: 28 – 29 Jun

The Seen and Unseen (Sekala Niskala) merupakan sebuah persembahan baharu, hasil kerjasama artis dari Indonesia, Jepun dan Australia. Terbitan tarian-teater  yang akan diadakan di Studio Teater Esplanade ini adalah sajian mata yang menerapkan unsur tarian, muzik ‘live’ dan lagu, dan juga tarian tradisional Bali bersama kontemporari.

Harga: $35


Apa: Kunto Aji – Mantra Mantra Live

Bila: 27 Jun

Kunto Aji bakal membuat persembahan sulungnya di Singapura! Kunto Aji akan menyanyika lagu-lagu daripada album terbarunya Mantra Mantra serta album pertamanya Generation Y di Studio Annexe Esplanade.

Harga: $30


Apa: Syarif – Up Next

Bila: 28 Jun

Setelah bersara daripada SleeQ, Syarif akan membuat persembahan solo sulungnya di Pesta Raya! Pasti kakak-kakak di luar sana tidak mahu melepaskan peluang ini untuk mendengarkan suara lunak penyanyi R&B ini. Dan pada masa yang sama mungkin makan Chulop!?

Harga: $27


Apa: The Jazz Djogets Show – Singapura Boleh Djoget!

Bila: 28 Jun

The Jazz Djogets akan menyambut segala perkara yang boleh diajak berjoget. Mereka akan mempersembahkan lagu-lagu klasik Melayu, Indonesia, Inggeris serta Jepun yng popular pada zama 50an hinggalah 70an.

Harga: $27


Apa: Akeem Jahat & The Mobbin Hoodies

Bila: 29 Jun

Seorang rapper, penggubah lagu dan penerbit, namanya,  Akeem Jahat terus disebut di setiap pelusuk, dan setelah itu, lagu-lagunya mendapat sambutan kerana lagunya yang dwibahasa.

Harga: $27


Apa: Explore! Because of Nila

Bila: 28 – 29 Jun

Sempena cuti sekolah ini ajaklah anak-anak anda menonton kisah King Nila dan rakannya yang meneroka lautan dan pulau misteri. Tapi, dapatkah King Nila pulang rumah? Sesuai untuk si cilik berumur 4 hingga 7 tahun.

Harga: $20


Apa: Fatih – The Prince & The Drum

Bila: 29 Jun

Jom saksikan muzikal Nadi Singapura ini!

Harga: $25, $40, $55, $70


Dapatkan tiket-tiket untuk acara yang tersenarai di atas di sini. Jangan risau, ada harga istimewa untuk pelajar, anggota NS sepenuh masa dan warga emas bagi sesetengah persembahan!

Kepada anda yang mungkin tak dapat duit raya dan ingin saksikan persembahan seni di Pesta Raya tanpa menghabiskan sekeping fulus, jangan risau.

Terdapat juga persembahan PERCUMA di merata Esplanade pada hujung minggu penuh dengan rancangan menarik ini!


Acara Gratis

Here are the free programmes you can expect at Pesta Raya 2019! Be sure to bring your friends and family to busk in the fun!

Posted by Pesta Raya on Tuesday, June 18, 2019

Antaranya adalah MJ 12 bersama DJ KC (choices!). Anda akan dapat melihat bagaimana DJ KC menambahkan unsur seram sejuk dalam sesi bercerita MJ12nya. Isterinya pula, Fiza O akan mengacarakan pertandingan uNyanyi, ada Syed Azmir uolls!

Kalau minat tarian, ada Kuda Kepang oleh ASK Dance Company, Bantal Busuk oleh P7:1SMA dan Gema Seni oleh Perkumpulan Seni.

Bagi mereka yang kaki dangdut, ada Pesta Dangdut! Kalau tak cukup menggoyangkan badan lagi, boleh tonton Gemadah di Pesta pula! Dan banyak lagi!

Suka mendengar cerita? Nek Selampit and The Amazing Animals, Mak Yong oleh Kumpulan Mak Yong Cahaya Matahari dan Walang Weh oleh RENTA Collective pasti akan menghiburkan anda.

Memang ada persembahan untuk semua orang lah!

Yang penting, pasti ramai yang menantikan ini:

Dah lah percuma, ada Andi Bernadee lagi. Mampus lah sampai ke muara Sungai Singapura nanti orang bertenggek nak tengok! Selain Andi Bernadee, ada penampilan dari Amir Hassan, Bunga dan KucaiMars dalam segmen BBNU – Budak Baru Nak Up pada 29 Jun!

Semua ni percuma!!! Kan meletop dapat hiburkan diri? Senang sikit hidup. Jangan pulak cakap industri seni malap dan tak ada sokongan. Kata belanja berjuta dolar untuk membina panggung baru di Esplanade satu pembaziran duit, ye?

Untuk maklumat lanjut, sila ke lelaman Pesta Raya. Mereka perlu terjemahkan lelaman mereka ke dalam Bahasa Melayu kerana terdapat pilihan BM. So… Sis? Upah penterjemah, ye?

Jumpa anda di sana!

– Pengkritik Sandiwara

 

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s