Acara Menarik Bulan Ini: Julai

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sedar tak sedar, kita dah nak masuk setengah kedua 2019! Cepat kan? Dan pada bulan Julai akan datang ini, terdapat pelbagai acara menarik yang anda serta keluarga (atau ajak aweknye) boleh kunjungi! Ada yang percuma, ada yang murah dan ada juga untuk anda yang ada duit berkepok. Gitew.


Kata-Kata 

Kumpulan tarian Azpirasi di bawah bimbingan Azmi Juhari akan mempersembahkan pementasan Meluntur Buluh: KATA-KATA yang akan mengupas isu keperibadian di era media sosial ini. Dapatkan tiket anda di sini.

Bila: 12 Julai (8mlm), 13 Julai (3ptg & 8mlm)

Mana: Taman Warisan Melayu (Auditorium)

Harga: $25, $20


Rumah Terbuka Pesta Hari Raya Taman Warisan Melayu

TWM akan mengadakan Rumah Terbuka tahunan mereka! Terdapat pelbagai acara menarik yang akan berlangsung minggu ini (22 & 23 Jun). Dari aktiviti untuk si cilik seperti pengembaraan haji, kraf tangan, menganyam ketupat sehinggalah menonton filem klasik P. Ramlee di bawah kerlipan bintang. Terdapat juga pameran tanglung sehingga akhir bulan Julai. Ajaklah keluarga anda bersama, masuk adalah percuma!

Bila: 21 Jun – 28 Julai


Pestariasi: Terang

Variasi Performing Arts bakal menjayakan muzikal dwitahunan Pestariasi mereka bertajuk Terang. Ia mengisahkan seorang watak bernama Dani yang mencari erti persahabatan di samping menampung kehidupan yang lebih baik untuk keluarganya. Tiket-tiket boleh didapati di pautan ini.

Bila: 12 & 13 Julai (8mlm)

Mana: Play Den @ The Art House

Harga: $22


Kacip Mas Dulang Permata 8

Era Dance Theatre kembali dengan pementasan Kacip Mas Dulang Permata tahun ini! Bertemakan “BATIK- Alon Alon Waton Klaton|Perlahan-lahan Asal Terlaksana”, ia merupakan pementasan bersiri ini yang ke-8 tahun ini. Hubungi mereka secara langsung untuk dapatkan tiket anda.

Bila: 5 Julai (8mlm), 6 Julai (3ptg & 8mlm)

Mana: Pusat Seni Goodman (Blackbox)

Harga: $20, $25


Mat Champion

Teater Ekamatra mempersembahkan Mat Champion!

Bila: 4 – 7 Julai

Mana: Maktab Seni Laselle

Harga: $25


Selubung

Isu-isu sensitif bakal dipertikaikan dalam pementasan NUS Pentas Budaya berjudul Selubung. Antaranya adalah hal mengenai aurat, agama dan pendidikan. Ia dijayakan oleh para belia yang menuntut di NUS. Dapatkan tiket anda di sini.

Bila: 28 Jun (8mlm), 29 Jun (3ptg & 8mlm)

Mana: Teater Gateway

Harga: $12


Muzikal Aladdin

Nampaknya demam Aladdin masih dirasa sampailah bulan depan! Kalau awal bulan Jun, ramai ibu bapa dah bawak anak-anak mereka menonton Aladdin versi “LIVE ACTION’, kini masa untuk ibu bapa meluangkan masa bersama berdua sahaja menonton Muzikal Aladdin!

Bila: 21 Julai – 1 September

Harga: $68 – $712


Pesta Raya 2019

Pesta tahunan anjuran Esplanade, Pesta Raya merupakan satu acara yang tidak ingin anda lepaskan. Terdapat pelbagai persembahan menarik, dari Dikir Barat oleh Wahana Deksu, persembaha Salammusik oleh Salam, berpesta bersama DJ Itch dan DJ RAH, dan banyak lagi! Yang penting, kebanyakannya percuma! Untuk ketahui lanjut, klik di sini!

Bila: 27 – 30 Jun


An Actress Prepares, Faghag, Anything Can Happen/Something Must Happen

Pementasan W!LD RICE berjudul Anything Can Happen/Something Must Happen akan terus dipentaskan tapi di lokasi berlainan. Manakala Faghag dan An Actress Prepares telah dibatalkan.

Bila: 4 – 7 Julai

Mana: Pusat Seni Aliwal

Harga: HABIS DIJUAL


Jangan cakap Julai ni bosan, ok? Banyak acara tau!

– Pengkritik Sandiwara

Jika anda inginkan acara anda disenaraikan di Acara Menarik Bulan Ini, hantarkan e-mel kepada pengkritiksandiwara@gmail.com

 

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s