Aliff Aziz Ketagih Dadah?

Salam sejahtera para pembaca setiaku!

Di dalam video yang tular di Facebook, seorang artis yang diberi gelaran “AA” oleh Berita Mediacorp kelihatan seperti dirinya berbual dengan seorang lelaki tentang “cakap belakang” menerusi video chat.

Aliff Aziz menyoal lelaki tersebut sama ada lelaki itu pernah berbual belakangnya. Seorang wanita bernama “Ros” juga disebutkan. Difahamkan bahawa Aliff Aziz keluar dengan wanita tersebut, juga kawan lelaki dalam video chat itu.

Penyanyi berumur 28 tahun itu juga menggunakan Bahasa Melayu “Samseng” dimana kata ganti nama “gua” dan “lu” didengar. Dia ni gangster ke? Taqod tau kami dengar. Macam nak rembat je.

Cara pertuturannya juga tidak jelas. Dia ni dah tekan ke? Berbual tak sebut betul, mata tu pun macam dah layu.

Siapakah wanita bersebelahannya dalam gambar di atas ini?

Aliff Aziz yang mengenakan singlet kelabu dan berseluar hitam dalam video yang dimuat naik oleh AdriaSarah Abad kelihatan seperti berada di pasar basah (ye ke entah) yang telah ditutup. Tatu berwarnanya yang terdapat di belakangnya juga kelihatan dalam video ini. Tak tau pulak dia wild sebegini. Ini kali pertama kami nampak ada tatu di badan pemenang Anugerah 2007 ini!

aliff tattoo
foto: makcik-makcik WhatsApp

https://twitter.com/aidasykrhh/status/1142444911712591872

deleted
(gambar telah dipadam di Twitter)

Ternyata, Aliff Aziz sebenarnya buruk dan mempunyai tatu nama bekas isterinya, Bella di dadanya. Ni lah, haritu dia berkawan dengan Nick Mikhail je dah nak conteng badan!

Tapi tu semua henna kot…

Menurut @leahena_artist di Instagram, Aliff Aziz telah ke rumahnya untuk melukiskan inai di dadanya. Jadi yang dada tu inai? Dan yang belakang berwarna tu airbrush ke?

Bella pula baru bersuara di Instagramnya.

View this post on Instagram

Salam, Bella baru sampai Malaysia subuh tadi. And I received a lot of calls, texts, dms and mentioned from ig & twitter berkenaan dengan ex-husband saya, Aliff. Maaf kepada media yang bella tak dapat reply sbb harini bella nak rest kurang sihat🙏🏻. . . Di sini saya kongsikan sedikit, saya sangat2 sedih dengan apa yang menimpa diri Aliff. Walau apapun he is still the father of my son. Dan sebenarnya sebelum bella berangkat ke Melbourne, Bella bawa Ayden berjumpa dengan dia di Singapore untuk spend time dengan Daddy dia. Apa yang terjadi sekarang sangat mengejutkan saya dan keluarga. Saya tak dapat menahan sedih dan menghubungi dia pagi tadi and he said dia dianiaya oleh orang yang baru shj dia kenal yang terdapat dalam video tersebut hanya untuk mengenakan dia. Wallahualam 😔 . . Tapi niat dan point utama saya kat sini, Aliff is feeling lost and despair. Perlukah kita bersorak gembira? Adakah kita betul2 tiada hati dan perasaan? Adakah kita atau ahli keluarga kita dah cukup sempurna? Adalah lebih baik kita doa yang baik2 sebab kita sendiri taktahu apa dan bagaimana pengakhiran hidup kita. . . Jangan kita meremehkan hal yang berkenaan dengan depression. Saya selalu beritahu Aliff he can always call/video call Ayden. Anytime. Saya tak berdendam dengan dia, saya dah maafkan dia 100%. Siapalah saya nak menghukum dia. Aliff seorang yang sangat bijak, berilmu tinggi cuma iman dia kurang. Dan kepada siapa pun yang berkawan dengan Aliff sekarang, lindungi dan bantulah dia bukan sebaliknya. Soal tattoo, boleh check ig @leahenna_artist sbb kak Lea yang buat nama Bella tu menggunakan Inai when I was in China tahun 2016 rasanya lama sangat dah. . . Adakah kita rasa puas dan hebat sekiranya apapa terjadi pada Aliff? Nauzubillahminzalik. Kita doa yang baik2 dan comment yang baik2 kat ig dan twitter dia, manatahu dapat bantu dia. Dan semoga Aliff kembali sihat, mudah mudahan. Be strong @aliffaziz91

A post shared by T E N A N G (@bellaastillah) on

Bella yang baru pulang dari Melbourne tidak ingin orang ramai mengecam bekas suaminya dan menyeru orang ramai untuk memahami situasi Aliff Aziz yang mungkin sedang kemurungan. Sungguh understanding, ye? We stan!

Baru-baru ini, Aliff Aziz diberkas kerana disyaki mencuri wang seorang artis/ahli politik Indonesia, Raja Yunika.

Macam-macam kes lah mamat ni buat. Ni mesti sebab dah miskin dan terdesak, kan?

Kami hanya akan tunggu kenyataan dari ibu Aliff Aziz!

– Pengkritik Sandiwara

 

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s