Nick Mikhail Menyebelahi Aliff Aziz?

Salam sejahtera para pembaca setiaku!

Pada sekitar jam 10 malam semalam, selebriti tempatan Singapura, Nick Mikhail telah mengadakan sesi Instagram ‘LIVE’ di akaunnya.

Nick Mikhail pertikaikan isu yang hangat dibincangkan sekarang iaitu video tular Aliff Aziz.

Dalam video itu, Nick Mikhail mengatakan bahawa Aliff Aziz mengingatkan tentang dirinya sewaktu dirinya muda.

Pelakon yang sudah bersara dari saluran Suria itu berkata bahawa dia tidak menyokong kelakuan Aliff Aziz tetapi orang ramai tidak harus memberi komen negatif atau mengecam Aliff Aziz.

Nick Mikhail akui bahawa Aliff Aziz seorang yang tak makan saman tetapi ini tidak bermakna netizens harus mengecamnya.

Ini kerana ramai orang awam yang tidak mengenali Aliff Aziz dan tidak tahu apa yang sedang dialami Aliff Aziz. Jadi, tidak usahlah kita kecam.

Selain itu, Nick Mikhail juga berkata bahawa mungkin bimbingan yang Aliff Aziz dapat setelah bebas tidak betul juga. Oleh itu, dia juga masih ke laut kerana si pembimbing pun tak betul.

Dalam pada itu, Nick Mikhail menyebut tentang jumlah pengikut Aliff Aziz yang mencecah 1 juta! Dia berkata bahawa Aliff Aziz bukanlah calang-calang orang kerana tak ramai selebriti Singapura (termasuk dirinya) yang boleh mencapai jumlah pengikut yang begitu banyak.

https://www.instagram.com/p/BzCvdUeg1w-/

Tetapi, adakah jumlah pengikut membuktikan apa-apa? Ini kerana jumlah pengikut boleh disebabkan oleh “peminat” yang ingin tahu perkembangan Aliff Aziz dan bekas isterinya? Ataupun pengikut yang dibeli? Ini terbukti dengan iklan IG yang Aliff Aziz kongsikan tentang pembelian pengikut!

Dalam video tersebut, Nick Mikhail kelihatan agak marah sehinggakan memanggil media hiburan Malaysia “kepala buto”. Antara sebab mengapa Nick Mikhail bertindak sebegitu adalah kerana media hiburan Malaysia hanya menyebelahi pihak Bella dan memberi pandangan serong terhadap pemenang Anugerah 2007 ini.

Nick ingin media hiburan untuk memahami perasaan Aliff Aziz yang baru sahaja kehilangan kerjaya dan keluarga, dan mungkin kemurungan. Dia tidak ingin orang kecam, dan menyoal orang ramai jika situasi yang sama menimpa ahli keluarga anda sendiri, apa yang akan anda lakukan? Secara terus terang, kalau ahli keluarga saya yang buat macam ni, dah lama aku buang kot. TBFH.

Dalam videonya juga ada pengajaran penting kerana Nick Mikhail menyuruh orang ramai untuk sama-sama fikirkan punca mengapa Aliff Aziz berkelakuan seperti Britney syndrome, dan tidak memberi komen negatif membabi buta. Dia juga berkata bahawa ada selebriti Malaysia yang terjerumus dalam kes dadah dan kini sudah berubah. Kenapa kita tidak boleh berikan peluang yang sama kepada Aliff Aziz?

Hmm… Patut ke kita berikan peluang ke-tiga, ke-empat atau ke-lima kepada penyanyi ini?

Nick Mikhail juga kata semua Singaporeans menyokong dan memberi dorongan kepada Aliff Aziz. Ye ke?

Nick Mikhail juga telah memuatnaikkan sebuah gambar yang menunjukkan perbualan antara dirinya dan seorang hater dari Malaysia

Aaron Aziz, seorang selebriti asal Singapura dengan jumlah pengikut yang mencecah 3 juta, telah dengan penuh sopan menasihati Nick Mikhail untuk padamkan gambar ini tetapi ia masih tertera di akaun Nick Mikhail.

Pada waktu sebegini, ada segelintir yang juga menggunakan taktik clout untuk mendapatkan retweets!

https://twitter.com/danypopot/status/1142848025741520896?s=21

We have to unstan dan laporkan kepada pihak berkuasa! This is DOXXXING.

Dikatakan bahawa Aliff Aziz akan muncul dalam sebuah talkshow yang popular untuk memberi keterangan. Talkshow tempatan atau Malaysia? OkLetsGo ke? Rancangan podcast nombor 1 di Spotify yang diterajui oleh Dyn Norahim, Raja Razie dan Dzar Ismail? Nantikan sajalah!

– Pengkritik Sandiwara

 

 

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s